Pages

Saturday, May 21, 2011

Qaryah Guar Perahu rakam penghargaan TKM1 bantu masjid dekati belia Melayu

"Umat mesti diperkasa, masjid mesti berfikir bagaimana nak dekat dengan orang-orang muda."

PENANTI | Qaryah Masjid Taman Guar Perahu dalam Dun Penanti merakamkan penghargaan kepada Dato' Mansor Othman kerana komiten membantu qaryah mendekatkan belia Melayu dengan masjid, kata timbalan pengerusinya Haji Mat Yusof Baharom.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Bengkel Sehari Urus Jenazah di sini yang bermula sejak 8 pagi tadi.


Pakar urus jenazah, Sheikh Muhammad Hussin bin Abdul Halim konsultansi mengenai hal urus jenazah cara profesional.


Program anjuran Biro Wanita dan Dakwah masjid itu katanya lag,i boleh dikatakan mencapai sasaran; iaitu 40 peratus dari 150 penyertaan adalah terdiri oleh golongan anak muda.


"Bengkel pengurusan jenazah ini dibuat kerana kita nak anak qaryah kita (khususnya) orang-orang muda celik dan kerja ini tak boleh lagi difardhukifayahkan pada (jamaah) masjid sahaja."Kalau masjid kita buat apa-apa program, biasa Dato (Mansor) akan sokong dari segi kewangan dan lain-lain.


"Masej Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato' Mansor Othman jelas (iaitu) mahu masjid ini menjadi pusat kegiatan belia selain melaksanakan program-program beliau.


Difahamkan sebanyak RM2,000 dari peruntukan Dun Penanti yang diwakili oleh Mansor disalurkan pada masjid sempena aktiviti tersebut.


Sebelum pada itu, Mansor yang juga Naib Presiden PKR merangkap Ketua Perhubungan PKR Negeri merasmikan majlis tersebut.


'Orang kuat' masjid yang banyak membantu di peringkat qaryah Taman Guar Perahu, Penanti.


Mansor ketika berucap mahu orang-orang Melayu khususnya belia supaya agresif memanfaatkan peluang Pakatan Rakyat memerintah negeri untuk membangunkan potensi umat Islam setempat.


Beliau percaya, dengan memperkasa institusi-institusi Melayu-Islam seperti persatuan qaryah masjid mampu menyedarkan umat pri penting memajukan diri, keluarga dan umat di samping menolak anasir rasis gara-gara pemerintahan Umno sebelum ini.


Selain bengkel, dilaporkan pentadbiran masjid turut mengadakan gotong royong kenduri di sini bagi merakyatkan masjid sebagai institusi kemasyarakat belia Melayu setempat yang baru. -END


Gotong-royong masih menjadi sebahagian identiti masyarakat di sini.



Gulai kawah...pesamah daging...antara resipi tradisi di sini.


Abang Bakaq, antara 'tekong masak' pada setiap kali program di masjid ini