"Apa yang Dato' Mansor buat untuk orang Melayu mesti kita (PKR) sampai ke pengetahuan rakyat," kata Johari..
Georgetown | Parti Keradilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang dalam rangka lawatannya ke pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) petang kelmarin menyatakan kesediaan untuk membantu Dato' Mansor Othman menjelaskan mengenai tiga tahun pencapaian kerajaan negeri Pakatan Rakyat kepada rakyat khususnya Melayu, kata ketua penerangannya Johari Kassim.
Tidak cukup dengan itu, Setiausaha Sulit bagi TKM(1) Anuar Hamid selaku wakil tuan rumah turut dimaklumkan mengenai kesediaan parti membantu Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang dalam menyebarluaskan akhbar Buletin Mutiara sebagai persiapan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada November ini.
"Bagi Jabatan Penerangan Negeri, kita dengan rasa penuh bertanggungjawab merasakan berita pencapaian dan sumbangan oleh kerajaan negeri khususnya yang digerakkan sendiri oleh Datuk Mansor demi membela nasib Melayu Pulau Pinang mesti disampaikan di setiap rumah di negeri ini.
"kita merancang beberapa lagi bengkel kerja yang lebih jitu supaya jentera pilihan raya kita senantiasa terlatih sementara menunggu musim pilihan raya umum nanti," ujarnya di pejabat TKM(1), Tingkat 52, Komtar, di sini.
Rombongan tersebut disambut oleh Setiausaha Politik bagi TKM(1) sendiri, iaitu Anuar.
Dalam perbincangan lebih sejam antara lain bersetuju untuk menubuhkan "media council" bersama bagi menguruskan isu di pilihan raya umum ke-13 ini."Media council PKR ini satu ad-hoc yang disertai wakil kita (Penerangan PKR), wakil pejabat TKM1 dan beberapa pihak lagi.
"Sokongan Melayu kepada Dato' Mansor boleh melengkapkan sokongan rakyat kepada Ketua Menteri (Lim Guan Eng) kita.
"Kita (Media Council) mahu menjelaskan dasar-dasar parti dan kerajaan negeri yang boleh menguntungkan rakyat di samping merancang agenda penerangan bagi menghadapi politik adu-domba dan fitnah oleh pembangkang, iaitu Umno dan Barisan Nasional.
Mansor dalam satu reaksi lain memberi respons positif dengan inisiatif Jabatan Penerangan PKR membantu kerajaan negeri menjelaskan sumbangan serta pencapaian kerajaan negeri ke atas rakyat. -END