Pages

Sunday, May 23, 2010

Menyampaikan Sumbangan di Kubang Semang










23 Mei : Setelah selesai program gotong royong di Tanah Liat, YB Mansor turun pula ke kawasan Kubang Semang yang merupakan salah sebuah kawasan dalam DUN Penanti. Kali ini bagi menyampaikan sumbangan kepada anak muda di kawasan tersebut. Kedatang YB Mansor ke kawasan tersebut telah disambut dengan meriahnya. Malah anak-anak kampung kawasan tersebut juga turut menyediakan kenduri sempena dengan lawatan tersebut.

YB Mansor dalam ucapannya menyetuh betapa pentingnya penglibatan anak muda dalam pelbagai kegiatan yang menyihatkan. Di samping itu juga, anak muda perlu menceburi pelbagai bidang bagi mememastikan waktu muda tidak disia-siakan begitu sahaja. Beliau juga turut mengingatkan anak muda di kawasan tersebut agar mendaftar sebagai pengundi sebagai salah satu tanggungjawab sebagai warganegara.

YB Mansor telah menghulurkan sumbangan berupa sebuah mesin potong rumput, sebuah mesin bebuat garisan dan jersy bola sepak kepada pemuda di kawasan tersebut untuk kegiatan beriadah.

Gotong Royong Di Tanah Liat

23 Mei 2010. YB Mansor hari ini telah turun melawat Kampung Tanah Liat di Penanti dalam satu program gotong royong. Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Penanti dengan kerjasama JKKK Tanah Liat itu merupakan salah satu program untuk membersihkan kampung dalam masa yang sama mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung.

Gotong royong tersebut bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari itu telah berjaya membersihkan jalan masuk ke kampung tersebut.

Dalam masa yang sama, Y.B. Mansor juga menghulurkan sumbangan kepada salah sebuah keluarga di kawasan tersebut yang mengalami masalah kerosakan rumah akibat banjir. Dalam masa yang sama, YB Mansor juga telah meminta pihak Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah untuk membaiki saliran air di kawasan tersebut bagi mengelakan banjir berulang.




Y.B. Mansor turut membaiki salah sebuah rumah penduduk di Tanah Liat yang mengalami kerosakan disebabkan banjir.


Monday, May 17, 2010

Pendaftaran Warga Emas dan Pengundi Baru

Semalam 16 Mei merupakan minggu kedua Pusat Khidmat Bergerak ADUN Penanti berada di Pasar Tani Kubang Semang untuk mendaftarkan pengundi baru dan warga emas yang berusia 60 tahun.

Usaha ini adalah satu langkah untuk mendekati pengundi di kawasan Penanti di samping usaha untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Insyaalah, pusat khidmat bergerak ini akan diteruskan bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.


Syabas Rakyat Sibu

KENYATAAN MEDIA UNTUK SEBARAN SEGERA
17 Mei 2010

Syabas Rakyat Sibu

Syabas rakyat Sibu! Terima kasih saya ucapkan kerana memilih Sdr Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru, menggantikan mendiang Robert Lau Hoi Chew. Rakyat Sibu membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat, kuasa keramat. Mereka menzahirkan kepada kita semua, misi Menyelamatkan Malaysia dari segala kebejatan merupakan matlamat utama ketimbang tunduk menyerah kepada sogokan pimpinan Umno-BN.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat. Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lainnya. Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran berguna kepada Pakatan Rakyat buat merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Friday, May 14, 2010

Sehari Di DUN Penanti

13 Mei: Selepas selesai semua urusan kerja di KOMTAR, Y.B Mansor terus ke Pusat Khidmat di Penanti untuk melihat dan meninjau masalah rakyat. Semua ini dilakukan tanpa mengenal penat dan lelah walaupun kesibukan tugas begitu menghimpit. Ini kerana Y.B. Mansor mempunyai prinsip untuk berbakti kepada rakyat.

Sampai sahaja di Penanti, beliau terus berkunjung ke salah sebuah rumah di Penanti untuk menziarahi keluarga yang barui sahaja kehilangan ahli keluarga. Malah Y.B. Mansor sendiri menghantar jenazah sehingga ke kubur dengan menumpang sebuah motosikal penduduk tempatan.



Selepas selesai pengkebumian, Y.B Mansor terus ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib. Kemudian beliau turun ke pasar malam berhampiran bagi melihat masalah yang boleh dibantu untuk usahawan-uasahawan kecil di Pulau Pinang ini.





Selepas di Pasar malam Y.B Mansor terus ke masjid untuk menghadiri tahlil di masjid berhampiran. Kesempatan ini digunakan untuk mendengar masalah dan permintaan daripada warga tempatan untuk membantu mereka yang memerlukan.


Thursday, May 13, 2010

KENYATAN MEDIA (SEBARAN SEMULA)

Cadangan Menghalalkan Judi - Dasar Tidak Bertanggungjawab Yang Membawa Kehancuran
7 Mei 2010

Parti Keadilan Rakyat membantah keras cadangan kerajaan BN untuk menghalalkan judi pertaruhan sukan. Perkara ini telah dibangkitkan di parlimen oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau mencadangkan bahawa rancangan ini boleh dilaksanakan sebelum tibanya musim mengaut keuntungan dalam Piala Dunia yang akan bermula bulan hadapan.

PKR dengan keras menyatakan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan hanya menambah masalah penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat. Meluasnya judi sukan akan secara langsung menyerang tunjang budi pekerti (moral) masyarakat yang giat berusaha menghapuskan penyakit sosial seperti rasuah, jenayah keganasan seksual, penderaan dalam rumah dan pinjaman 'jerung' ah long.

Kerajaan BN tidak menghiraukan fakta bahawa golongan miskin dalam masyarakat akan menerima kesan buruk akibat pelaksanaan dasar judi ini. Biarpun perjudian merupakan tabiat yang wujud pada setiap peringkat golongan masyarakat, namun ia memberi kesan besar terhadap golongan berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak boleh kalah dalam perjudian mereka untuk cepat kaya. Kajian menunjukkan golongan miskin lebih mudah terpengaruh dengan judi dan mempertaruhkan sebahagian besar daripada pendapatan mereka berbanding dengan golonganyang kaya.

Tidak ada jaminan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan dapat menghapuskan judi haram. Malah ia akan memperbanyakkan lagi pembuat pertaruhan haram dan 'jerung' ah long pula akan menawarkan pertaruhan yang lebih baik dan menarik, termasuklah jerat pinjaman haram.

Cubaan tidak masuk akal Awang Adek untuk meluluskan rancangan ini sebelum Piala Dunia menunjukkan betapa rakusnya BN untuk mengeruk duit Rakyat.

Warga Malaysia menyukai Piala Dunia dan sukan bola sepak umumnya. Menghalalkan perjudian akan hanya membawa lebih ramai orang ke dalam kancah kitaran ganas yang berakhir dengan kemiskinan dan ketagihan judi.

Lebih teruk lagi, kerajaan BN bersekongkol dengan agensi perjudian yang tidak telus dalam urus niaga kewangan dan keuntungan mereka, berbanding dengan negara-negara lain yang mana terdapat perjudian terkawal.

Cadangan ini hanyalah skim buat duit yang tidak bertanggungjawab dan dicadangkan oleh BN serta ianya merupakan permulaan yang berbahaya dan menghancurkan. Ia perlu ditolak dengan serta-merta.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

- - - - - - - -

MEDIA STATEMENT (RE-RELEASE)

Gambling Proposal - Irresponsible and Destructive Policy
7 May 2010

Parti Keadilan Rakyat strongly opposes the proposal by the BN government to legalise sports betting. The issue was raised in parliament by Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussein who suggested that the proposal could be implemented before the revenue-spinning World Cup which kicks off next month.

PKR strongly states that legalising sports betting will only further cement the social ills that are already affecting the people. Widespread sport betting will directly attack the very moral fabric of a society that is already combatting ills ranging from corruption, violent and sexual offences, domestic abuse and loan shark borrowings.

The BN government is indifferent to the fact that the poorer segment of society will be more affected by such a move. Although gambling is a vice that affects all levels of society, it takes a higher toll on lower-income people who get drawn into gambling away money that they simply can't afford to lose in a quest for quick riches. Studies show that the poor are particularly susceptible to gambling, and bet a higher percentage of their income than those of higher socioeconomic status.

There is no guarantee that by legalising sports gambling, illegal gambling will cease. In fact it may increase if the illegal bookies and ah longs offer better odds, terms and even loans.

Awang Adek's cynical attempt to rush this through before the World Cup shows how desperate BN is to get their hands on more of the Rakyat's money. Malaysians love the World Cup and football in general, and legalising betting will only draw more and more people into a vicious cycle that ends in poverty and gambling addiction.

Furthermore the BN government in cahoot with betting agencies are not transparent with their financial dealings and profits unlike other states where gambling is regulated.

This is one of the most irresponsible money making scheme ever suggested by BN and it will set a dangerous and destructive precedent. It must be rejected immediately.

Latheefa Koya
Information Chief
Parti Keadilan Rakyat

Wednesday, May 12, 2010

Menziarahi Jenazah di Taman Seri Nibong



11 Mei : Y.B Mansor telah menziarahi jenazah isteri Prof. Madya Talhah di Taman Seri Nibong. Isteri beliau merupakan sahabat ketika sama-sama menuntut di USM manakala Prof Talhah merupakan sahabat semasa bekerja bersama di USM.

Y.B. Mansor dan keluarga mengucapakan takziah kepada Prof Tahlah dan keluarga dengan iringan doa semoga roh beliau ditempatkan di sisi orang yang solehah. amin

Tuesday, May 11, 2010

SOLAT JUMAAT DI MASJID TUAN ABDULLAH, TANAH LIAT






7 Mei : Y.B. Mansor telah turun ke DUN Penanti untuk solat Jumaat berjemaah bersama penduduk di Tanah Liat, Penanti. Selain itu juga kehadiran Y.B. adalah untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh anak qaryah masjid. Dalam pertemuan yang tidak fomal ini juga, YB Mansor telah meminta pihak Pejabat Daerah untuk menguruskan peruntukan bagi membaik pulih masjid sebanyak RM 15,000.oo.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI BAGAN












Kerajaan Pakatan membantu tanpa kira fahaman politik

BUTTERWORTH, 8 Mei: Timbalan Ketua Menteri, Dr Mansor Othman berkata, bantuan yang disampaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat tidak memilih latar belakang politik sebaliknya terus kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, kerajaan negeri akan memberikan bantuan kepada sesiapa pun tanpa mengira latar belakang politik tetapi atas dasar kemiskinan berbanding di era kepimpinan Umno dahulu.

Lazimnya, kata beliau PUZ akan memberikan bantuan kepada mereka yang mengalami kesukaran hidup atau mempunyai keluarga yang daif.

"Inilah agenda Kerajaan Pakatan Rakyat berlainan dengan apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang asyik mementingkan politik sempit dengan membiarkan orang Melayu berada di paras kemiskinan untuk menyenangkan mereka menyalurkan bantuan ketika pilihan raya kecil atau umum," tambahnya.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis penyerahan kunci kepada pemilik rumah PUZ di Jalan Mengkuang, semalam.

Sembilan orang mangsa bencana alam di Jalan Mengkuang, Penaga dan Bayan Baru mendapat peruntukan hampir RM200,000 untuk membaiki kerosakan rumah termasuk dua rumah sumbangan Pusat Urus Zakat (PUZ) bernilai RM33,000 sebuah menggantikan rumah yang terbakar penghujung tahun lalu.

Pengarah PUZ Negeri Pulau Pinang, Dr Azman Abdul Samat memberitahu, kesemua mangsa memperolehi berdasarkan mengikut kos kerugian masing-masing.

"PUZ memberikan rumah beranggaran RM33,000 berkeluasan 20 x 34 kaki persegi dengan mempunyai tiga bilik tidur. Yang lain kita bagi bentuk wang tunai ada yang RM6 ribu, RM5 ribu dan RM2 ribu," jelasnya.

Turut sama dalam program tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Ellias Zakaria, timbalannya, Ustaz Saleh Man dan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Mohd Farid Arshad

Sunday, May 9, 2010

Pertandingan Memancing kg. Terus



Seramai 200 peserta telah menyahut cabaran memancing di Kg. Terus, Penanti. Majlis yang telah dirasmikan oleh Y.B. Mansor bin Hj. Othman ini merupakan salah satu program anjurang JKKK Guar Perahu dan merupakan julung-julung kali diadakan di Kg. Terus, Guar Jering Penanti.

Friday, May 7, 2010

Wednesday, May 5, 2010

Gambar Sekitar Karnival Rakyat Harmoni

Karnival Rakyat Harmoni yang berlangsung di Kompleks Sukan MPSP, Bertam mendapat sambutan yang amat menggalakan. Kebanyakan pengunjung begitu gembira dengan adanya karnival sebegini di Parlimen Kepala Batas.

Karnival di bawah naungan MMK Perhubungan Masyarakat ini adalah julung-julung kali diadakan di Pulau Pinang akan diadakan di setiap daerah seluruh Pulau Pinang. Berikut adalah gambar-gambar sekirat Karnival Rakyat Harmoni.