Pages

Thursday, December 24, 2009

Terimakasih Dr Mansor


YB Mansor Osman, Tim Ketua Menteri 1, Tan Sri Islamil Husain dan Cik Shukriah, Pengarah PPANP ketika melihat buku-buku di Pusat Dokumentasi


Tanggal 22 Disember 2009 Persatuan Penulis Pulau Pinang (2PNP) mencatat sejarah. Bilik yang penuh dengan buku-buku lama penulis negeri Pulau Pinang, tokoh-tokoh bahasa, politik dan sastera yang menjadi bahan Dokumentasi Penulis Negeri Pulau Pinang, telah dirasmikan oleh YB Tuan Mansor Osman, Timbalan ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Turut serta ialah Tan Sri Prof. Emeritius Ismail Husain, Ketua Satu Gapena, diiringi oleh Pengarah Perpustakaan, Cik Shukriah.

Turut hadir wakil dari Acheh, Pak Budiman dan Sdra Fadli sarjana bidang seni bunyi.-Terima kasih PPANP.

Majlis Anugerah JKKK Terbaik Negeri Pulau Pinang







23 Disember 2009: Majlis Anugerah JKKK Terbaik negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya. Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran serai 500 orang yang terdiri daripada ahli JKKK seluruh negeri Pulau Pinang.

dalam majlis tersebut Y.B. Mansor telah mensasarkan 5 pekara yang perlu diberi penekanan kepada JKKK pada tahun hadapan. sasaran tersebut adalah ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan perubahan sikap.

Dalam pertandingan tersebut, 5 JKKK seluruh negeri Pulau Pinang yang mewakili 5 daerah telah berentap untuk mendapat johan negeri Pulau Pinang. 5 JKKK tersebut adalah JKKK Batu Uban, JKKK Pondok Upeh, JKKK Pinang Tunggal, JKKK Sungai Sembilang, dan JKKK Simpang Ampat. Pemenang peringkat negeri telah dimenangi oleh JKKK Pinang Tunggal, dari Daerah Seberang Perai Utara.

Majlis Himpunan Mahasiswa Bersama Timbalan Ketua Menteri (1)






22 Disember 2009: Bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang, satu majlis perhimpuinan dengan mahasiswa di negeri Pulau Pinang telah diadakan. Majlis yang dihadiri hampir 500 orang mahasiswa itu telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Mansor bin Hj. Othman Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang.

Dalam majlis tersebut, Y.B. Mansor juga turut meraikan bekas mahasiswa Pulau Pinang yang telah bekerja. Himpunan mahasiswa ini lebih bermakna apabila Y.B. Mansor membuak ruang kepada mahasiswa untuk berdialog dengan kerajaan negeri. Turut hadir adalah Dato' Hj. Yusof bin Wazir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan)dan Puan Hafidzah bt. Hassan, Timbalan Pengarah UPEN.

Tuesday, December 22, 2009

Budaya ' makan kawan ' dalam BN punca bergaduh

Pertelingkahan berhubung siapa paling layak menerajui komponen BN antara Gerakan dan Umno di Pulau Pinang membuktikan budaya kesepakatan yang diamalkan selama ini hanya bersifat retorik semata-mata.

Sebaliknya parti-parti tersebut saling tidak menyenangi antara satu sama lain sehingga sanggup 'makan kawan' apabila berada dalam keadaan terdesak.

" Seharusnya dalam urusan pentadbiran parti, semangat kerjasama penting bagi menjamin kekuatan dan kelangsungan parti di masa bukannya bercakaran bila saat kehilangan kuasa,"

Hal ini ditegaskan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansur Osman ketika dihubungi Era Pakatan. Beliau diminta mengulas perebutan antara Umno dan Gerakan berhubung jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, yang kini disandang oleh Tan Sri Koh Tsu Koon, bekas ketua menteri yang juga presiden Gerakan – parti yang menerajuinya selama lebih 35 tahun.

Menurut beliau, seharusnya Umno Pulau Pinang membantu rakan mereka yang di dalam kesusahan dan bukannya menambah kesulitan dalam parti.Tindakan ini berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa berganding bahu dan membantu antara satu dengan yang lain.

"Kita dapat lihat tiada semangat kerjasama dalam parti BN. Budaya kawan makan kawan ni sebenarnya sudah menjadi amalan BN sejak sekian lama. Perebutan kuasa dikalangan ahli sendiri jelas menunjukkan perpecahan yang berlaku dalam BN sendiri.

"Ini juga antara bukti bahawa gabungan BN amat rapuh dan hanya bersandar kepada dasar perkauman sempit. Apabila rakyat membuka mata serta melihat skop politik yang lebih menyeluruh dalam kontek masyarakat pelbagai kaum komponen BN menjadi semakin kehilangan arah.

"Bukan sahaja di Pulau Pinang malah di negeri-negeri lain juga akan mengalami keadaan sebegini apabila masing-masing tidak lagi meyakini antara satu sama lain," jelas Dr Mansur.

Tindakan Umno yang menuntut jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang jelas menunjukkan yang mereka inginkan kuasa tanpa ada langkah kerjasama untuk merampas negeri itu.

Namun, tindakan itu jelasnya akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat yang semakin kukuh kedudukannya ketika ini. Pakatan Rakyat sentiasa bekerjasama dalam merampas pemerintahan pusat yang diterajui BN ketika ini.

Semalam, Pemuda MIC Pulau Pinang menyokong cadangan agar pengerusi BN di negeri itu diambil alih oleh Umno, bukan lagi di tangan Gerakan, dalam usaha mereka merampas negeri itu daripada Pakatan Rakyat. Tindakan ini jelas menunjukkan perpecahan dalam Umno, MIC dan MCA pulau Pinang ketika ini.

Friday, December 11, 2009

AMK: Mahkamah Syariah turut bicara kes Anwar

Dis 11, 09 4:29pm  (Malaysiakini.com)
 
Kira-kira 30 anggota PKR mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini.
 
Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mereka, prosiding Mahkamah Syariah boleh berjalan serentak dengan prosiding di mahkamah sivil.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua umum PKR itu telah menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa ia merupakan 'satu lagi plot' kerajaan terhadapnya.

Thursday, December 10, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama

Oleh Roziyah Mahamad (erapakatan.com)


KUALA LUMPUR: Konvensyen Pakatan Rakyat yang bakal diadakan merupakan satu usaha Pakatan Rakyat (PR) dalam membentuk satu uniti di antara PKR, PAS dan DAP sendiri.

Konvensyen yang pertama kali diadakan ini bakal membincangkan topik ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’. Pembentangan kertas kerja ini akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut.

Konvensyen ini seolah-olah memberi bayangan kabinet yang wujud hasil gabungan ke tiga-tiga parti dalam merampas pemerintahan yang kini di terajui Barisan Nasional. Ia bagi mengimbangi kepincangan pentadbiran Najib yang sedia ada.

Pembentangan ini akan menjadi dasar yang akan diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Tema konvensyen Pakatan Rakyat ini adalah ‘Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan’. Konvensyen ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa.

Seramai 1500 Perwakilan dari ketiga-tiga Parti akan hadir dan berhimpun di Shah Alam bagi menyaksikan detik penting dan sejarah besar Pakatan Rakyat serta seluruh rakyat Malaysia secara amnya.

Konvensyen ini akan diadakan pada hari Sabtu, 19 Disember 2009 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.

Wednesday, December 2, 2009

Forum Bersama MB Perak YB Dato' Nizar Jamaluddin

Krisis Perak: Pengajaran Menuju Sistem Dua Party di Malaysia
Perak Crisis: The lessons for Two-Party System in Malaysia

  • Penceramah: YB Dato' Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak)
  • Tarikh: 4hb Disember, 2009 Jumaat
  • Masa: 8.30mlm
  • Tempat: Kompleks Penyayang

    Jalan Utama, Pulau Pinang

  • Percuma! Semua Dijemput.
  • Bahasa Malaysia dan English
  

  • dianjur oleh:
   Biro Komunikasi, Parti KeADILan Pulau Pinang