Pages

Monday, October 29, 2012

TKM 1 Pulau Pinang lancar sistem eJKKK

Peserta Majlis Pelancaran eJKKK

Secara umumnya objektif sistem eJKKK ialah:

1. Menyediakan akses maklumat berkaitan JKKK secara atas talian secara mudah dan cepat.

2. Memantapkan proses pemantauan aktiviti dan prestasi JKKK secara lebih tepat dan cepat.

3. Mewujudkan persekitaran komunikasi dan pengkalan data yang lebih cekap antara Pejabat Timbalan Ketua Menteri (I), Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan, Pejabat Daerah dan JKKK.

TKM 1 Melancarkan eJKKK
4. Mewujudkan budaya ICT dalam pentadbiran setiap JKKK Negeri Pulau Pinang. Sistem ini telah dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (SUK) serta Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) bermula pada tahun 2010 dan siap sepenuhnya untuk ujian penggunaannya pada awal tahun 2012 ini.

Kini, sistem Fasa Pertama yang telah siap sepenuhnya ini membolehkan urusan seperti pendaftaran dan penamatan keahlian JKKK boleh dilakukan secara atas talian (online) tanpa melalui proses dokumentasi yang panjang. Selain itu, sistem ini juga menyediakan maklumat data yang lengkap mengenai struktur organisasi dan maklumat peribadi setiap ahli JKKK seluruh negeri Pulau Pinang.

Jika sebelum ini data hanya di kumpulkan di dalam rekod di setiap pejabat daerah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kini data tersebut dapat di akses dengan mudah, cepat dan tepat oleh sesiapa sahaja selepas sistem ini di buka untuk akses umum.

Namun, untuk permulaan fasa pertama ini pihak berkuasa negeri yang terdiri daripada Pejabat Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) sahaja dibenarkan untuk menggunakan sistem ini.

Pihak Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri kini sedang giat memuat-naik data tambahan seperti info dan peta kawasan, senarai kemudahan, maklumat pasar malam, Pasukan Peronda Sukarela, pelaksanaan mesyuarat bulanan, pembayaran elaun dan aktiviti-aktiviti JKKK ke dalam sistem eJKKK ini yang telah memasuki pembangunan fasa ke-2.

Sunday, October 28, 2012

Jom sertai Wacana Wakaf


Pendahuluan :
Wakaf adalah amalan mulia yang sangat di galakkan oleh Islam. Sebagai salah satu mekanisme kebajikan, wakaf agak unik berbanding dengan sedekah, hadiah dan derma kerana harta yang diwakafkan itu akan di ‘tahan’ ia itu tidak dihabiskan tetapi sebaliknya apa-apa manfaat atau pulangan daripada penggunaan harta wakaf itu boleh dibelanjakan. Menyedari kepentingan wakaf sebagai salah satu instrument pembangunan umat Islam, maka Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) mengorak langkah untuk membincangkan dan seterusnya meletakkan halatuju bagi pembangunan wakaf di Pulau Pinang dengan mengetengahkan tokoh-tokoh yang pakar di bidang ini.
Objektif :
  • Memberikan pendedahan kepada umat Islam akan kepentingan wakaf sebagai salah satu instrumen pembangunan Umat Islam.
  • Mengukuhkan kefahaman umat Islam mengenai kepentingan wakaf.
  • Merangka strategi dan susun galur pembangunan hartanah wakaf di Pulau Pinang

Tarikh : 3 November 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi (pendaftaran) - 1.00 petang
Anjuran : Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP)
Ucaptama ”Wakaf Membangunkan Ummah ”
Tan Sri Muhammad Ali bin Hashim
Pengerusi Dewan Pedangangan Islam Malaysia (DPIM)
Bekas Presiden dan CEO Jcorp
Diskusi Wakaf "Memeta Halatuju Wakaf Pulau Pinang”
Ahli Panel:
Datuk Dr. Mohd. Ghazali bin Mohd Noor
Bekas Pengarah Perancangan Strategik Islamic Development Bank (IDB) Gorup, Jeddah
YB Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar 

Tuesday, October 9, 2012

Selamat menempuh peperiksaan - TKM 1 Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula hari ini sehingga 16 Oktober 2012 di ucapkan selamat menempuhi peperiksaan. Saya doakan agar kejayaan akan sentiasa bersama-sama anda. USAHA, DOA &TAWAKAL KUNCI KEJAYAAN.

Insyallah.

Ikhlas Daripada:

YB. DATO' MANSOR BIN HJ OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang
Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti

Friday, October 5, 2012

Laman Rasmi YouTube TKM 1 Pulau Pinang


Kini Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Dato' Mansor Othman mempunyai laman rasmi YouTube. Anda boleh layari seperti link di bawah untuk ikuti video terkini isu-isu semasa di Pulau Pinang..selamat menonton..

http://www.youtube.com/channel/UCNZRHiydrgE2ajUTZSOR7sA?feature=results_main