Pages

Friday, February 18, 2011

318 PELAJAR PULAU PINANG YANG MENUNTUT DI MESIR MENDAPAT BANTUAN RM2000.


GEORGE TOWN 17 FEB: Kira-kira 318 orang pelajar kelahiran Pulau Pinang yang menuntut Mesir akan diberi imbuhan oleh kerajaan negeri untuk menyambung kembali pelajaran apabila keadaan di sana kembali stabil.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini dan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman di sini.


Pemberian ini menunjukkan Kerajaan Negeri sangat prihatin kepada semua isu permasalahan masyarakat dan rakyat negeri ini.

Sehingga kini ada 318 pelajar di mana 111 orang adalah pelajar bagi bidang perubatan manakala 207 orang lagi adalah pelajar bidang syariah.

“Ada 318 orang pelajar kesemuanya. Kerajaan negeri telah bersetuju dalam mesyuarat Exco yang lepas bahawa kita akan memberikan sedikit imbuhan untuk mereka pulang semula ke Mesir. Kita akan memberi RM 2,000 kepada seorang pelajar.

“Ini untuk membantu mereka bagi memberi tiket penerbangan balik dan mengurangkan bebanan keluarga. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri prihatin kepada masalah yang dihadapi masyarakat dan rakyat,” katanya.

Wang imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjumlah RM 1,000 dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP) juga memberikan sejumlah RM 1,000.

Bantuan kewangan ini diberikan bagi meringankan bebanan keluarga pelajar selain membantu membeli tiket untuk pulang semula ke negara itu.

Mengulas perkara sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Kerajaan Persekutuan juga memberi sedikit bantuan bagi pelajar-pelajar ini.

Thursday, February 17, 2011

Mandarin classes for non-Chinese

BASIC Mandarin classes are among measures planned by the Penang Government and Penang Chinese Town Hall (PCTH) to promote racial integration and cross-cultural understanding within the community.

Deputy Chief Minister I Mansor Othman said the classes would be promoted to non-Chinese who had no basic knowledge of the language.

“PCTH currently runs Mandarin classes once a week for English-educated Chinese who have basic understanding in the language.

“We are hoping to expand these classes to three times a week and promote it to others, especially Malays and Indians, who have no knowledge of Mandarin,” Mansor said this after a meeting with PCTH in his office in Komtar.

He said the state would work together with PCTH to set up the classes, which would start next month. Students will have to pay a nominal fee.

PCTH chairman Datuk Lam Wu Chong, who led the town hall delegation, said closer cooperation with the state would help prevent an overlap in festive activities.

“We are looking forward to working with the state in promoting culture, education and social welfare,” Lam said, adding that the town hall welcomed all help from Federal, state and commercial bodies to help run its many activities.

For details on the classes, call PCTH at 04-2617194/2611342.


Mandarin classes for non-Chinese

Bantuan kewangan untuk pelajar-pelajar dari Pulau Pinang kembali ke Mesir



Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mansor Othman mengumumkan di satu sidang media di Pejabat Ketua Menteri bahawa Kerajaan Pulau Pinang akan hulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada 318 pelajar-pelajar dari Pulau Pinang yang terpaksa kembali ke Malaysia kerana krisis di Mesir.

MAINPP akan turut hulurkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar.

Wednesday, February 16, 2011

Berita Harian Online | Sumbangan dakwah juara Imam Muda diiktiraf

GEORGETOWN: Juara rancangan realiti televisyen, Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul 2011 peringkat Pulau Pinang berikutan sumbangannya dalam penyebaran Islam dan aktiviti dakwah, selain memupuk perkembangan ilmu pengetahuan di kalangan umat Islam di negeri ini.

Beliau yang juga seorang imam di Masjid Wilayah Persekutuan, berkata penganugerahan itu adalah sesuatu yang amat bermakna kepada gerakan dakwah yang dijalankan generasi muda umat Islam di negara ini.
“Pengiktirafan ini mampu mendorong golongan muda untuk bergiat dengan lebih aktif dalam aktiviti dakwah dan turut membuka mata beberapa pihak supaya golongan muda turut diberi peranan dalam penyebaran Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada Majlis Perhimpunan Ummah sempena sambutan Maulidur Rasul di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis berkenaan, isterinya, Toh Puan Majimor Shariff; Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria.

Turut menerima anugerah sama, penyelidik produk halal dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Zhari Ismail.


Berita Harian Online | Sumbangan dakwah juara Imam Muda diiktiraf

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H





Tuesday, February 1, 2011

SEKITAR PROGRAM DI KAWASAN


Y.B. Dato Mansor menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat Jalan Tuna, Seberang Jaya





Makan kenduri. Y.B. Dato Mansor menghadiri majlis kenduri khawin di Penanti

Menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Tan, Tanah Liat Penanti






Persatuan Tan di Tanah Liat merupakan sebauh persatuan yang giat menjalankan aktiviti kebajikan di Penanti. Pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan oleh persatuan ini untuk menjaga kebajikan ahli persatuan.

Di seluruh negara terdapat hampir 8000 persatuan Cina yang berdaftar di negara ini. Jumlah ini termasuklah persatuan berasaskan perniagaan, keluarga dan agama. Malahan sumbangan masyarakat Cina di Malaysia khususnya dalam bidang perniagaan tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja.

Kepada Persatuan Tan, Tanah Liat saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas penganjuran majlis makan malam ini.