Pages

Biodata

-->
Biodata Peribadi

Dato' Mansor Bin Othman (DSPN)
B.Soc. Sc ; M.Soc. Sc.(USM) , M.A;M.Phil. (YALE,University)


Taraf Perkahwinan :    
Berkahwin dengan tiga orang anak lelaki
Nama Isteri :              
Datin Aishah Binti Zainul

Jawatan Dalam Parti (PKR)
2010 - Sekarang       
: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.


2010 – sekarang         
: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau pinang
2010 - Sekarang           
: Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh 
1998 - 2010                
: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, PKR.
2009                         
: Tim. Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang. 
1996 - 2010                
: Ketua Bahagian Balik Pulau. 
1998 - 2006                
: Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang.

Mansor menjadi Setiausaha Politik mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1996 atas kekuatannya menyumbang kepada pelbagai program untuk memperkasakan penduduk Pulau Pinang.

Mansor Othman berusia 59 tahun dan mempunyai tiga orang anak. Beliau mempunyai kelayakan akademik yang lengkap, dengan ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Yale Amerika Syarikat yang diiktiraf sebagai antara Universiti terbaik di dunia. Beliau kembali ke tanah air untuk bertugas dengan USM. Antara jawatan yang dipegang ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar, selainmenjadi pensyarah dan penyelidik serta pengerusi Unit Kutipan dan Kawalan Data USM.

Pada tahun 1996 sehingga Anwar dijatuhkan menerusi konspirasi politik dua tahun kemudian,Mansor menjadi Setiausaha Politik kepada mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Semasa bertugas dengan USM dan Anwar, Mansor banyak mencurahkan tenaga membantu menggubal pelbagai program rakyat.

Beliau menjadi AJK Pemadam Pulau Pinang dari tahun 1994-1996, AJK Pendidikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri (1993 - 1998), AJK Majlis Pembangunan Usahawan Pulau Pinang(1994-1998) dan Setiausaha Konvensyen Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang(1994 & 1996). Mansor juga pernah menjadi Penyelaras Program Pembangunan dan Kepimpinan Belia Pulau Pinang dan AJKKonvensyen Bumiputera Pulau Pinang. Selain itu, beliau juga dilantiksebagai AJK Majlis Pembentukan Program Khidmat Sosial Nasional Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1996.

Selama 16 tahun, mulai 1980, Mansor turut menjadi pensyarah mengenai politik Malaysia di Intan, Biro Tata Negara di samping mengendalikan kursus-kursus motivasi dan kepimpinan untuk pelbagai badan kerajaan. Sebagai penyelidik dan pensyarah, Mansor turut membantu agensi awam dalam kajian dan penyelidikan yang membabitkan program memperkasakan ekonomi golongan miskin.

Beliau bertindak sebagai ketua pasukan kajian untuk membangunkan projek TEKUN yang bertujuan meningkatkan keupayaan keusahawanan dan membentuk jaringan antara peniaga kecil menerusi pinjaman mikrokredit. Mansor juga terbabit dalam kajian keberkesanan program pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia, AIM serta membantu kerajaan Pulau Pinang untuk menambahbaik sistem pengurusan tanah di negeri itu.

Mansor adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang. Beliau bukan sahaja memiliki kelayakan akademik yang tinggi, tetapi juga pengalaman luas di bidang pendidikan, pengurusan, pentadbiran awam dan politik. Pembabitannya secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai program sosio-ekonomi untuk lebih 40 tahun menjadikan Masor calon terbaik untuk membantu kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang memperkasa usaha mengubah nasib


PENGALAMAN KERJA
2009 - 2013
: Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang
1996 - 98 
: Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri  Anwar Ibrahim.
1993 - 96 
: Profesor Madya dan Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar USM.
1989 – 92 (1980-82) 
: Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar USM.
1988 - 89 
: Pengerusi Unit Kutipan Dan Kawalan Data.
1979 - 89 
: Fellow Penyelidik/Pensyarah USM.
1976 - 78 
: Pengajar/Pembantu Penyelidik.

KERJA-KERJA PERUNDINGAN & PERKHIDMATAN PROFESIONAL
1993 - 96 : Ahli Lembaga Pengarah PERDA
1993 - 96 : Ahli Senat USM
1980 - 92 : Ahli Jemputan Senat USM
1994 - 96 : Ahli Jawatankuasa EXCO PEMADAM Negeri Pulau Pinang.
1993 - 98 : Ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
1993 - 98 : Ahli Jawatankuasa Program Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan.
1994 - 98 : Ahli Jawatankuasa Majlis Pembangunan Usahawan Pulau Pinang.
1994 & 96 : Setiausaha Konvensyen Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang
1995 :        Panel Brain Storming Session On The Future of FELDA, Ministry of Land and Cooperatives
1989 - 90 : Ahli Jawatankuasa Konvensyen Bumiputera Pulau Pinang.
1989 - 90 : Penyelaras Program Pembangunan dan Kepimpinan Belia Pulau Pinang.
1996 :        Ahli Jawatankuasa Majlis Pembentukan Program Khidmat Sosial Nasional Kementerian Belia dan Sukan.
1980 - 96 : Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dalam kursus- kursus Malaysian Politics ; Public Administration dan Development Administration .Juga sebagai Pensyarah Jemputan kepada INTAN,Biro Tata Negara dan kursus-kursus motivasi dan kepimpinan kepada Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan.

PENYELIDIKAN DASAR YANG TERLIBAT
Sebagai Penyelaras Projek (Ketua Pasukan Kajian)
1995 - 98 : Projek TEKUN – Suatu projek penyelidikan tindakan bertujuan membangunkan keupayaan keusahawanan dan membentuk jaringan perniagaan di kalangan peniaga-peniaga kecil dengan memberi pinjaman mikrokredit.Projek bernilai RM6 Juta anjuran CGC.
1991 - 96 : Issues Manangement And Public Opinion Survey
1989 - 90 : Penang Development Impact Studies.
1991 - 92 : A Study On Land Administration In Johor dibiayai oleh Kerajaan Negeri Johor.
1980 - 82 : The Study on The Modernization of Land Administration System in Penang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
1988 - 90 : BINA ILMU Project dibiayai oleh PERDA.
1995 - 96 : An Impact Evaluation Study of AIM’s Credit Programme. Sebagai Ahli Pasukan Kajian
1976 - 78 : Baling Status Survey.
1979 :        Social-economic survey of Kuala Lumpur Masterland.
1979 - 80 : The Seberang Perak Rehabilitation Project dibiayai oleh FELCRA.
1981 :        The Kemubu Agricultural Development Project dibiayai oleh KEMUBU.
1982 :        The Klang Valley Regional Planning Information System.
1986 :        The Organization Structure and Placement of Terengganu State Civil Service dibiayai oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
1987 :        Pilot Project BINA ILMU.
1981 - 94 : A study on Geosocial and Politics in Selangor dibiayai oleh Kerajaan Selangor.
1996 : A Study on The Foreign Workers in Penang.