Pages

Wednesday, May 18, 2011

Pulau Pinang komited sokong anak muda mereputasi mutu sukan negeri, kata Mansor

Atlet bina badan tidak melepaskan peluang bergambar dengan Mansor & Lydia.

GEORGETOWN | Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dato' Mansor Othman hari petang dari menyempurnakan majlis penyerahan bendera kepada Kontinjen negeri ke Sukan Malaysia ke-14 Kuala Lumpur 2011 selama 6 hari bermula 15 Mei ini.

Bercakap di depan 256 atlet bawah umur 21 tahun, beliau berkata kerajaan negeri senantiasa menyokong perkembangan sukan di negeri pempinan Pakatan Rakyat itu, terutama kepada anak-anak muda yang baru berjinak-jinak dalam dalam aktiviti sukan.

Kata Adun Penanti itu lagi, sukan bukan sekadar mengejar pingat semata-mata, sebaliknya membawa masej perpaduan rakyat menolak politik rasis di negeri ini.

"Anda semua (atlet) di depan saya ini merupakan harapan seluruh warga negeri Pulau Pinang untuk membawa pulang 5 emas, lima perak dan 10 gangsa tahu ini.

"Saya percaya Pulau Pinang bukan sahaja mampu menjadi contoh pada kontijen yang lain...bahkan kita semua di sini mampu menjadi 'duta kecil' bagi kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab membawa masej integriti dan perpaduan rakyat (dalam) menolak politik rasis demi keharmonian bersama," ujarnya di Dewan Utama Desasiswa Tekun, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.

Mansor menyerahkan bendera Pulau Pinang kepada Lydia sebagai simbolik harapan kerajaan negeri terhadap atlet mereputasi mutu sukan negeri.

Sebelum pada itu, Lydia Ong Kok Fooi selaku Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti berkata, kerajaan negeri senantiasa menyokong usaha mereputasi mutu sukan negara.

Ini kerana katanya, Pulau Pinang pernah melahirkan beberapa nama besar yang hari ini merupakan antara lagenda sukan tanah air.

"Pulau Pinang pernah gemilang (sebagai) 'Power House' sukan di mana lahirnya atlet-atlet bertaraf antarabangsa seperti Zaiton Othman, Jeffrey Ong Kuan Seng, Rabia Abdul Salam, Saik Oik Cum (dan) V. Angamah.

"Saya yakin kita boleh kembali mencapai zaman kegemilangan yang pernah kita rasai dan kecapi. Ia tidak mustahil," ujarnya sambil merakamkan penghargaan kepada kontijen yang diketuai oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Negeri, Frederick Tan.

Selain penyerahan bendera Pulau Pinang oleh Mansor kepada Kontijen, majlis turut diserikan dengan tayangan klip video "Anak-Anak Pulau Pinang" dan deklamasi sajak "Bahtera Merdeka" dengan penuh semangat petriotik kenegerian.

Semakan perbarisan atlet oleh Mansor.

Seramai 20 pengurus pasukan, jurulatih (30 orang), urusetia (24 orang) dan pegawai perubatan (5 orang) turut menyertai majlis bersejarah itu.

Sebanyak 17 acara sukan sampingan dipertandingkan pada tahun ini meliputi judo, bola keranjang, tagbi, bola jaring, mendayung, bola tampar pantai, bola air, bina badan, renang berirama, sofbol, futsal, kabaddi, lawn tenis, lawan pedang, ping pong dan krikit.

Penganjuran kali ini adalah temasya sampingan di mana Sukan Malaysia utama yang lazim diadakan dua tahun sekali dijadualkan pada tahun depan. -END

Tak lokek senyuman terutama ketika diramahi anak-anak atlet.