Pages

Tuesday, May 31, 2011

Pulau Pinang sasar 5 koperasi Melayu cipta kejayaan di Festival Perdagangan dan Koperasi Antarabangsa 2011

Senator Datuk Mustafa Kamal bin Mohd Yusoff (dua dari kanan) dan Razali bin Abdullah (dua dari kiri) antara yang menyertai Mansor pada sidang akhbar di Komtar.


GEORGETOWN | Kerajaan negeri Pulau Pinang berharap penyertaan 36 koperasi negeri dalam Festival Persahabatan, Expo Perdagangan dan Koperasi Pulau Pinang Peringkat Antarabangsa 2011 (PFFPITCE 2011) selama lima hari bermula 1 Jun mampu mencipta sekurang-kurangnya 5 koperasi Melayu-Bumiputera yang berjaya kelak, kata Timbalan Ketua Menteri (1) Dato’ Mansor Othman.


Bagi mencapai sasaran itu, beliau berkata festival terbesar Utara Semenanjung Malaysia itu yang beroperasi di perkarangan tapak letak kenderaan Queensbay Mall, di sini mensasarkan jualan kasar melebihi RM12.8 juta.

Saturday, May 28, 2011

Pulau Pinang cadang tubuh koperasi suluruh 249 JKKK

"Jadikan koperasi institusi baru untuk bangunkan potensi rakyat, termasuk Melayu."


GEORGETOWN | Pulau Pinang mengalu-alukan partisipasi Bank Rakyat membantu kerajaan negeri menubuhkan koperasi peringkat Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kata Timbalan Ketua Menteri (1) Dato' Mansor Othman.


Mansor menyampaikan hasrat tersebut kepada Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Korporat) Bank Rakyak, Yusof Abdul Rahman (gambar bawah) pada satu perbincangan di Majlis Mesyuarat Koperasi (MMK) kerajaan negeri, di sini, semalam.

Thursday, May 26, 2011

Jangan politikkan isu roboh gerai Melayu di Batu Feringghi, kata JKKK

"Isu roboh dua gerai ini antara peniaga dan pemilik tanah persenderian, tiada kene-mengena dengan kerajaan negeri."

GEORGETOWN | Kerajaan Pulau Pinang khususnya Timbalan Ketua Menteri (1) Dato' Mansor Othman tidak wajar dipersalahkan dalam isu robohan dua gerai milik peniaga Melayu di Batu Feringghi kelmarin, kata Jabatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Batu Feringghi.

Pengerusinya Jamaluddin Hashim (gambar atas) berkata, isu tersebut sebenarnya melibatkan dua peniaga Melayu - Rahayu binti Abdul Malik dan Mohamad Yusoff Ibrahim - dan pemilik tanah persendirian, bukan membabitkan kerajaan Pulau Pinang.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan Rahayu membuat kenyataan di media-media tertentu bagi menggambarkan kerajaan negeri tidak membela peniaga-peniaga Melayu.

"Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dato' Mansor bin Othman seakan dipersalahkan kononnya tidak membela Melayu di negeri ini.

Wednesday, May 25, 2011

Rancang bina 'Mini Chatuchak' bela peniaga Melayu Pulau Pinang

"Idea 'Mini Chatuchak' wajar dikaji semasaknya sebelum dibawa pada kerajaan negeri."

GEORGETOWN | 'Pasar Mingguan Chatuchak' di Bangkok yang hari ini menjadi salah satu produk pelancongan popular Thailand wajar dibina lebih banyak di Pulau Pinang demi menjana pendapatan peniaga-peniaga Melayu.

Demikian cadangan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Pulau Pinang (PPPMPP) Azizan bin Johari (gambar bawah) dalam satu mesyuarat ringkas semalam bersama-sama Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dato' Mansor Othman.

Saturday, May 21, 2011

Qaryah Guar Perahu rakam penghargaan TKM1 bantu masjid dekati belia Melayu

"Umat mesti diperkasa, masjid mesti berfikir bagaimana nak dekat dengan orang-orang muda."

PENANTI | Qaryah Masjid Taman Guar Perahu dalam Dun Penanti merakamkan penghargaan kepada Dato' Mansor Othman kerana komiten membantu qaryah mendekatkan belia Melayu dengan masjid, kata timbalan pengerusinya Haji Mat Yusof Baharom.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Bengkel Sehari Urus Jenazah di sini yang bermula sejak 8 pagi tadi.


Pakar urus jenazah, Sheikh Muhammad Hussin bin Abdul Halim konsultansi mengenai hal urus jenazah cara profesional.


Program anjuran Biro Wanita dan Dakwah masjid itu katanya lag,i boleh dikatakan mencapai sasaran; iaitu 40 peratus dari 150 penyertaan adalah terdiri oleh golongan anak muda.

Lawatan kerja Penerangan PKR Negeri ke pejabat Dato' Mansor


"Apa yang Dato' Mansor buat untuk orang Melayu mesti kita (PKR) sampai ke pengetahuan rakyat," kata Johari..
Georgetown | Parti Keradilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang dalam rangka lawatannya ke pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) petang kelmarin menyatakan kesediaan untuk membantu Dato' Mansor Othman menjelaskan mengenai tiga tahun pencapaian kerajaan negeri Pakatan Rakyat kepada rakyat khususnya Melayu, kata ketua penerangannya Johari Kassim.

Tidak cukup dengan itu, Setiausaha Sulit bagi TKM(1) Anuar Hamid selaku wakil tuan rumah turut dimaklumkan mengenai kesediaan parti membantu Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang dalam menyebarluaskan akhbar Buletin Mutiara sebagai persiapan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada November ini.

Friday, May 20, 2011

68 keluarga Melayu Pulau Pinang terima bantuan banjir kilat

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus bela nasib rakyat, termasuk Melayu

KEPALA BATAS | Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dato' Mansor Othman hari ini menyampaikan bantuan kewangan oleh kerajaan negeri kepada 68 mangsa banjir kilat di Dun Pinang Tunggal yang kebanyakannya adalah Melayu.

Menurut Mansor, sumbangan yang diberikan adalah hasil kumpulan dana dari Pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng, bahagian penyelaras Dun Pinang Tunggal serta dari pejabatnya sendiri.

Wednesday, May 18, 2011

Pulau Pinang komited sokong anak muda mereputasi mutu sukan negeri, kata Mansor

Atlet bina badan tidak melepaskan peluang bergambar dengan Mansor & Lydia.

GEORGETOWN | Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dato' Mansor Othman hari petang dari menyempurnakan majlis penyerahan bendera kepada Kontinjen negeri ke Sukan Malaysia ke-14 Kuala Lumpur 2011 selama 6 hari bermula 15 Mei ini.

Bercakap di depan 256 atlet bawah umur 21 tahun, beliau berkata kerajaan negeri senantiasa menyokong perkembangan sukan di negeri pempinan Pakatan Rakyat itu, terutama kepada anak-anak muda yang baru berjinak-jinak dalam dalam aktiviti sukan.

Kata Adun Penanti itu lagi, sukan bukan sekadar mengejar pingat semata-mata, sebaliknya membawa masej perpaduan rakyat menolak politik rasis di negeri ini.

Thursday, May 12, 2011

Cermin diri Umno dulu sebelum tuduh Anwar biadab, tegas Mansor

GEORGETOWN | Umno Selangor khususnya Datuk Sohaimi Shahdan tidak layak menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim biadap, sebaliknya wajar cermin diri dahulu, tegas Timbalan Ketua Menteri Datuk Mansor Haji Othman.

Mansor yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian kerana Sohaimi sebelum ini dipercayai terbabit dalam aksi ekstrem mengarak 'kepala lembu berdarah' di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 Ogos dua tahun lalu.

Bahkan kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang lagi, Sohaimi dikatakan antara dalang yang mencetuskan demontrasi rasis kononya mewakili penduduk tempat ekoran cadangan kerajaan negeri Selangor memindahkan kuil Hindu ke Seksyen 23 di Shah Alam ketika itu.

Wednesday, May 11, 2011

PENUBUHAN UNIVERSITI ISLAM DI PENANTI

KENYATAAN MEDIA
Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
TIMBALAN KETUA MENTERI (1) NEGERI PULAU PINANG

PENUBUHAN UNIVERSITI ISLAM DI PENANTI

Adalah menjadi aspirasi utama kerajaan negeri untuk memberi peluang pendidikan yang terbaik bagi semua masyarakat negeri ini bagi meningkatkan taraf hidup dan pendidikan rakyat.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang dalam usaha untuk mewujudkan sebuah universiti Islam di dalam KADUN Penanti, Permatang Pauh. Tapak lokasi bagi cadangan projek ini telahpun dikenalpasti yang merangkumi satu pembangunan bandar baru (new township) di Mengkuang, Bukit Mertajam yang terletak di belakang Institut Perguruan Tuanku Bainun. Cadangan awal bagi rancangan ini adalah untuk menjadikan kampus universiti ini sebahagian daripada bandar baru tersebut.

Buat masa ini, kerajaan negeri sedang dalam usaha untuk mendapatkan persetujuan daripada universiti-universiti dari Arab Saudi, Turki dan negara-negara Islam yang lain untuk membuka kampus di bandar baru ini.

Dengan wujudnya universiti ini nanti akan dapat membantu para pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) untuk melanjutkan pengajian di universiti ini. Usaha ini adalah untuk mengembalikan Pulau Pinang sebagai pusat kegemilangan pengajian Islam satu masa dahulu yang telah banyak melahirkan ilmuan Islam seperti Syed Syeikh al-Hadi, Dr. Buhanuddin al-Helmy, Abu Bakar Asyaari dan ramai tokoh-tokoh Islam yang berjasa kepada negeri dan negara ini.

Selain itu juga, usaha ini adalah untuk mengangkat martabad Islam dan Melayu di Pulau Pinang. Dengan wujudnya institusi ini nanti akan dapat memberikan peluang pendidikan yang lebih berkualiti kepada masyarakat Islam secara keseluruhanya.

Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang


- Posted using BlogPress from my iPhone

TOLAK POLITIK RASIS UMNO-BN

KENYATAAN MEDIA
Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
TIMBALAN KETUA MENTERI (1) NEGERI PULAU PINANG

TOLAK POLITIK RASIS UMNO-BN

Dari isu "Kristian agama rasmi negara?" dan "1Melayu 1Bumi" hinggalah usaha memecah belah Pakatan Rakyat dengan meniupkan pelbagai isu rasis melalui akhbar Utusan Malaysia menggambarkan bahawa Umno, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri seakan tidak ada cara lain melainkan mengikut telunjuk Tun Dr Mahathir demi terus menguasai Putrajaya di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada Julai ini.

Formula terbaru Umno – iaitu menguasai 70 undi popular Melayu - ini mungkin setelah menyedari bahawa rata-rata masyarakat bukan Melayu, khususnya Cina telahpun memberi isyarat kepada mereka akan menolak Umno pada pilihan raya umum nanti.

"Sama ada kita, orang-orang Cina ada dalam kerajaan atau tidak, itu tidak penting (bagi kita)," kata Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) Ser Choon Ing pada The Malaysia Insider, 3 Mei lalu.

Ditambah dengan partisipasi langsung bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagaimana dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini iaitu, "PAS tidak perlu sertai Barisan Nasional, tetapi jika ia mahu menentang Umno, biarlah ia berada di luar Pakatan Rakyat," menggambarkan bahawa Barisan Nasional, khususnya Umno mungkin berdepan kemungkinan kalah lebih besar dengan "swing vote" atau "peralihan undi" Melayu pula kelak.

Pasukan Dr Mahathir mungkin mahu memetakan lanksap politik oposisi sebagaimana sebelum musim pilihan raya ke-10 (2004) dengan merekayasa media supaya memperlihatkan DAP sebagai "parti anti Melayu"; manakala PKR digambarkan bermasalah dengan pelbagai fitnah luar biasa; dan PAS pula ditajamkan keIslamannya supaya ditolak oleh rakyat bukan Islam dan bukan Melayu.

Kalau benar kemungkinan tersebut, apa yang ingin saya katakan di sini, Dr Mahathir sangat bimbang sekiranya berlaku "swing vote" Melayu antara 5 hingga 7 peratus; kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya 70 peratus undi popular di kalangan Melayu; dan ianya bukanlah mustahil berdasarkan rekod beberapa pilihan raya umum sebelum ini.

Kalau inilah ketakutan sebenar Dr Mahathir, saya juga tidak menolak kemungkinan bahawa kebanyakan isu rasis yang ditiupkan di Pulau Pinang ini adalah kerana Umno sendiri takut kehilangan empat atau lima kerusi Adun yang kini disandang oleh Umno yang akan berpindah ke tangan Pakatan Rakyat, samaada PKR atau PAS.

Justeru, saya mewakili rakyat seluruh Pulau Pinang termasuk Melayu mempertahankan keharmonian rakyat dengan menolak politik rasis dan adu domba Umno Barisan Nasional di negeri ini.

DATO’ MANSOR HAJI OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang


- Posted using BlogPress from my iPhone