Thursday, August 19, 2010
Program Penyerahan Lesen Pejaja Pasar Malam
8 Ogos: Lebih 104 penjaja pasar malam di Sungai Ara hari ini terseyum puas apabila mendapat lesen penjaja yang dinanti-nantikan selama ini. Malis penyerahan lesen penjaja ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato; Mansor bin Hj. Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Dalam ucapan aluan oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Melayu Pulau Pinang, telah menyatakan bahawa usaha untuk melesenkan penjaja pasar malam telah dilakukan sekian lama, namun akhirnya usaha ini berjaya pada tahun ini. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.B. Dato yang telah berusaha membantu penjaja dan peniaga di Pulau Pinang.
Ketika memberikan ucapan Y.B. Dato telah menekankan aspek kebersihan pasar malam. Ini kerana Pulau Pinang perlu berubah dari segi sikap dan keadaan persekitaran supaya lebih nyaman daripada sebelumnya.
Dalam masa yang sam, beliau juga menyeru para peniaga agar dapat meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup dengan mempelajari tatacara pengurusan perniagaan dengan lebih tersusun lagi. Dengan itu,peniaga pasar malam akan dapat keluar daripada keadaan sekarang dan terus meningkatkan lagi kualiti hidup mereka.