Pages

Tuesday, September 27, 2011

Masyarakat Cina Mainkan Peranan Singnifikan Dalam Pembangunan Pulau Pinang: Mansor




Pulau Pinang: " Tiada siapa yang dapat menafikan peranan penting yang signifikan yang dimainkan oleh masayarakat Cina di Pulau Pinang" demikian yang ditegaskan oleh Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri (1) melalui mesej facebook ketika hadir bersama dalam sambutan 136 tahun Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang dekat sini.

Beliau juga berkata peranan yang penting masyarakat Cina dan kestabilan politik telah membuatkan Pulau Pinang maju ke hadapan. Untuk itu, masyarakat Cina di Pulau Pinang diseru untuk terus membantu merancakan pembangunan ekonomi di Pulau Pinang.

Menurut Mansor, ekonomi Pulau Pinang telah meningkat maju sehingga berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Beliau berharap dalam masa yang sama usahawan dari komuniti Tionghua dapat membantu menunaikan tanggungjawab sosial dengan memperuntukan bantuan kepada badan-badan kebajikan tanpa mengira kaum dan agama.


Masa depan Pulau Pinang terletak kepada kebolehan anak-anak muda yang ada di Pulau Pinang, Justeru, beliau berharap agar anak-anak muda tanpa mengira kaum perlu menceburi bidang perniagaan. Beliau berkata bahawa orang Islam percaya 9 daripada 10 rezeki terletak dalam bidang perniagaan.

Monday, September 26, 2011

PKR: Pakatan perlu selesai isu hudud dengan rasional

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Mansor Othman berkata parti komponen Pakatan Rakyat tidak boleh meletakkan emosi dalam menyelesaikan isu berkaitan dengan hukum hudud.

Justeru kata beliau, pelaksanaan undang-undang hudud seharusnya dibincangkan di meja musyawarah Pakatan Rakyat.

“Kita tidak boleh meletakkan emosi di hadapan, tetapi meletakan rasional terlebih dahulu. Perkara ini bukan baru, sebelum kewujudan Pakatan Rakyat, kita telah menyaksikan pertembungan yang serupa,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mansor (gambar) yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, rakyat telah memilih untuk berubah daripada menyokong Barisan Nasional (BN) kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pada 2008 dan banyak catatan kejayaan di empat negeri ini telah membuatkan rakyat gembira.

“Namun begitu kita tidak harus berpuas hati. Hakikatnya Pakatan Rakyat telah mentadbir empat negeri dengan jayanya.

“Rakyat sudah merasai nikmat perubahan, kita di Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa kita mampu memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik daripada BN,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu kata Mansor, kepimpinan Pakatan Rakyat harus menginsafi bahawa harapan rakyat terhadap perikatan tiga parti ini sangat tinggi sebagai penganti kepada BN.

Katanya, tidak wajar sekiranya parti-parti komponen Pakatan Rakyat terus terperangkap dengan perkara yang berulang-ulang.

“Tiba masanya kita menginsafi bahawa harapan rakyat yang berada di bahu kita adalah satu tanggungjawab dan amanah yang besar.

“Justeru saya berharap agar pertemuan pemimpin-peminmpin Pakatan Rakyat pada Rabu ini akan digunakan sebaiknya untuk mencari kesepakatan yang terbaik untuk memastikan harapan rakyat yang mahukan Malaysia yang lebih baik terlaksana,” katanya.

Semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan perikatan itu akan bermesyuarat lusa bagi membincangkan isu berkenaan.

Dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PAS berkeras dengan pendirian masing-masing mengenai isu hudud.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-pakatan-perlu-selesai-isu-hudud-dengan-rasional/

Hudud: Don't be emotional, Pakatan told

Hudud: Don't be emotional, Pakatan told

Penang Deputy Chief Minister I Mansor Othman has called for emotions to be put aside when dealing with the sensitive issue of hudud law, which is currently threatening to split the Pakatan Rakyat.

The issue surrounding the law has been raised time and again to challenge the individual stand of Pakatan allies, with DAP and PAS at loggerheads on the matter.

Mansor (left), who is state PKR chief, said rational thought should always come first, before any attempt is made to talk about or discuss the Muslim law, which the Kelantan government is planning to implement.

He said the controversy surrounding hudud, which Kelantan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat wants to incoporate in the syariah court system, was nothing new, and the problem has existed long before Pakatan was formed.

Opposition leader Anwar Ibrahim turned the tables on Umno instead, and accused the of “hypocrisy” in playing up the issue in front of non-Muslim audiences while attacking Pakatan as “traitors to their religion” for “consorting with non-Muslims”.

“We have been witnessing the same conflict before. I urge everyone to put aside their emotions and be rational in discussing the matter,” Nawar told Malaysiakini.

Recently, Nik Aziz, who is PAS spiritual leader, said he was prepared to continue with the decision to see hudud law implemented, even if DAP leaves Pakatan.

DAP, on the other hand, has retaliated by saying that it was ready to leave Pakatan if PAS continued to be adamant about implementing hudud, as it was never agreed to in the Buku Jingga, the coalition's common policy framework.

The secular party had quit the Barisan Alternatif opposition coalition in 2001, at the height of the Sarawak election, and the latter suffered its worst defeat in the 2004 general election.

Mansor, who is Penanti assemblyperson, said the implementation of the controversial law should be discussed at the table among Pakatan alllies before any action is taken.

Inappropriate to continue being 'trapped'

He said it was inappropriate for Pakatan to continue being “trapped” whenever the issue was raised, especially in the media.

“It is time we realise that the rakayat has placed such big hopes, trust and responsibilities on our shoulders,” he said.

“I hope the Pakatan leaders meeting on Sept 28, this Wednesday, will be used properly to find the best opportunity to ensure that the hopes of the rakyat to see a better Malaysia can be implemented,” he added.

Mansor said the people's choice to discontinue supporting the Barisan Nasional resulted in Pakatan governing four states following the 2008 general election.

Within the three years, Pakatan has recorded many successes in these states, which has made brought the people happiness.

However, he warned against being “too complacent” and urged Pakatan leaders to continue providing the best services to the people.

“We must also realise that the people's hope in us is as high as the mountain that we become, as a viable alternative to BN,” he added.

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL MASYARAKAT INDIA PULAU PINANG




23 Sep[tember 2011: Wakil Sebenar Bangsa Malaysia, inilah antara yang disebutkan oleh wakil masyarakat India ketika bertemu dengan YB Dato' Mansor bin hj Othman. Perjumpaan yang dihadiri hampir 20 orang wakil masyarakat India ini mengetengahkan pelbagai isu masyarakat India di Pulau Pinang.

Majlis perjumpaan yang turut dihadiri oleh YB Abd Malik, EXCO Kerajaan Negeri dan YB Raveentaran, ADUN Batu Uban telah memberikan ruang untuk warga masyarakat India mengetengahkan permasalahan dan kaedah mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat India di Pulau Pinang.

Hasil daripada perjumpaan ini telah memutuskan agar satu majlis sambutan Depavalli peringkat Pulau Pinang akan diadakan. Majlis tersebut akan dihadiri oleh segenap lapisan pemimpin politik dan masyarakat.

Tuesday, September 20, 2011

Wajar Tukar Pinjaman PTPTN ke Biasiswa Rakyat: Mansor

Bersempena Hari Malaysia yang merupakan cuti umum, pihak kerajaan negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Penyerahan Wang Bantuan Ke IPTA bagi seluruh Seberang Perai. YB Dato Mansor telah menyampaikan sumbangan kepada 548 orang penerima sumbangan bagi daerah Seberang Perai Tengah.



Dalam ucapan beliau telah menyentuh tentang pentingnya pelajaran dan melahirkan penghargaan kepada semua para ibu bapa dan guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan anak-anak Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan pinjaman PTPTN dan mencadangkan agar diwujudkan Biasiswa Rakyat. Ini kerana menurut beliau, terdapat kebimbangan para pelajar dan ibu bapa tentang masa depan generasi yang meannggung hutang sebelum mendapat pekerjaan.




Mansor juga membuat seruan kepada kerajaan persekutuan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hub pendidikan yang cemerlang. Ini kerana Pulau Pinang telah terbukti sebagai pusat pendidikan yang bertaraf antarabangsa seperti wujudnya Universiti Sains Malaysia (USM), Wawasan Universiti dan pelbagai lagi pusat pengajian tinggi yang unggul.
Tawaran kerjasama tersebut adalah bagi memastikan Pulau Pinang terus maju dalam memacu kecemerlangannya. Ini kerana menurut beliau Pulau Pinang akan terus maju dan mengorak langkah sekiranya Pulau Pinang terus mengekalkan bakat-bakat penting yang mampu membawa Pulau Pinang terus maju ke hadapan.













Berikut adalah Teks Ucapan penuh YB Dato Mansor ketika merasmikan majlis tersebut.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PENDAFTARAN KE IPTA.mediadoc

Monday, September 19, 2011

5,000 saksikan perarakan kemerdekaan



BUTTERWORTH 16 Sept. - Lebih 5,000 orang membanjiri Dataran Pemuda dekat sini untuk menyaksikan majlis Perhimpunan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-54 peringkat negeri hari ini.

Sebanyak 100 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi (IPT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk kumpulan pancaragam menyertai perarakan itu.




Majlis yang diadakan serentak bersama Hari Malaysia itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Sharif.

Pengunjung juga dipertunjukkan dengan perarakan motosikal berkuasa besar dan kenderaan milik beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pos Malaysia.


Majlis itu turut diserikan dengan bacaan ikrar oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Onn serta persembahan koir oleh pelajar SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal.

Dalam pada itu kontinjen Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mengungguli pertandingan perarakan terbaik bagi kategori sektor awam dan Telekom Malaysia muncul juara bagi kategori sektor swasta sementara kontinjen Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi kategori IPT.



Kontinjen lain yang muncul juara adalah Kadet Polis SMK Datuk Haji Ahmad Said, Kepala Batas bagi kategori beruniform dan kadet sementara kontinjen SMJK Jit Sin mengungguli kategori pancaragam.

Tuesday, September 13, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR, PMR DAN STAM

Kepada seluruh anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, dan STAM: Selamat Menghadapi Peperiksaan, Dengan Iringan Doa Semoga Berjaya.

Thursday, September 8, 2011

PERUTUSAN SEMPENA MEMPERINGATI PEMBUKAAN KOTA MEKKAH: CADANGAN PENUBUHAN TABUNG KHAS ZAKAT MALAYSIA

PERUTUSAN SEMPENA MEMPERINGATI PEMBUKAAN KOTA MEKKAH: CADANGAN PENUBUHAN TABUNG KHAS ZAKAT MALAYSIA

Hari ini 10 Ramadhan 1432 H yang merupakan tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu peristiwa Pembukaan Kota Mekah (bahasa Arab: فتح مكة, Fathu Makkah). Pembukaan Kota Mekkah bermaksud pembebasan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan dan cengkaman jahliyah. Sebelum pembukaan Kota Mekah dikuasai, ia telah menjadi pusat penyembahan berhala dan lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab jahiliyah.

Setelah lapan tahun berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW beserta 10,000 orang tentera Islam kembali dan menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah pada 10 Ramadan 8 H bersamaan Januari 630 M
Apabila Rasulullah SAW memasuki Mekah, Rasulullah melakukan tawaf, mencium Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentang Islam.

Marilah kita mengambil semangat daripada peristiwa penting ini untuk sama-sama membantu kaum muslimin yang lain untuk keluar dari kesengsaraan dan penderitaan seperti yang dialami di Somalia saat ini. Justeru itu saya mencadangkan agar diwujudkan satu Tabung Khas Zakat Malaysia bagi membantu negara-negara Islam yang mengalami bencana dan kebuluran. Buat masa ini Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang telah menubuhkan Tabung Iwaza yang memperuntukan 1% daripada kutipan zakat tahunan untuk disalurkan kepada negara-negara Islam yang memerlukan bantuan. Bantuan kepada negara-negara Islam yang mengalami bencara buat masa ini hanya bersifat “ad-hock” sahaja.

Oleh yang demikian, saya berharap agar lontaran idea untuk menubuhkan satu Tabung Khas Zakat Malaysia seperti yang dibuat di Pulau Pinang ini dapat dibincangkan secara serius oleh Majlis Agama Islam di negeri-negeri yang lain. Saya yakin dengan adanya tabung khas ini dapatlah nantinya membantu menyelaraskan bantuan zakat yang dikutip di seluruh negara untuk membantu umat Islam di negara-negara Islam yang lain yang memerlukan bantuan dan mengeluarkan umat Islam daripada lingkaran kemiskinan.

Sekian,

Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang

Friday, September 2, 2011

MERIAH : LEBIH 5000 PENGUNJUNG SERBU RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DATO' MANSOR & DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Rumah terbuka aidilfitri Dato' Mansor Hj Othman dan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah berlansung meriah pada 1 September 2011 bersamaan dengan 3 Syawal 1432H dengan kehadiran lebih 5000 pengunjung yang terdiri dari pelbagai kaum.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr. HJ Abdul Rahman Bin HJ Abas (Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang) dan isteri.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah beberapa Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, Para Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan tidak ketinggalan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri dan Pusat.
















Laporan -MIB-