Pages

Thursday, August 19, 2010

Program Penyerahan Lesen Pejaja Pasar Malam




8 Ogos: Lebih 104 penjaja pasar malam di Sungai Ara hari ini terseyum puas apabila mendapat lesen penjaja yang dinanti-nantikan selama ini. Malis penyerahan lesen penjaja ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato; Mansor bin Hj. Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Dalam ucapan aluan oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Melayu Pulau Pinang, telah menyatakan bahawa usaha untuk melesenkan penjaja pasar malam telah dilakukan sekian lama, namun akhirnya usaha ini berjaya pada tahun ini. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.B. Dato yang telah berusaha membantu penjaja dan peniaga di Pulau Pinang.

Ketika memberikan ucapan Y.B. Dato telah menekankan aspek kebersihan pasar malam. Ini kerana Pulau Pinang perlu berubah dari segi sikap dan keadaan persekitaran supaya lebih nyaman daripada sebelumnya.

Dalam masa yang sam, beliau juga menyeru para peniaga agar dapat meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup dengan mempelajari tatacara pengurusan perniagaan dengan lebih tersusun lagi. Dengan itu,peniaga pasar malam akan dapat keluar daripada keadaan sekarang dan terus meningkatkan lagi kualiti hidup mereka.

Sunday, August 15, 2010

Help for 3,000 Malay night market traders


by Bernard Cheah

GEORGE TOWN (Aug 15, 2010): The state government will help some 3,000 Malay night market traders obtain licences within a year.

Deputy Chief Minister (I) Datuk Mansor Othman said the state government, together with the local councils, would try to license these traders, who are members of the Penang Malay Night Market Traders Association.

"This is so that the state government and local authorities can monitor and control the whereabouts of these traders," he said.

Currently, night market traders only have a licence to rent a lot to carry out their business, and are given permission by either the Penang Island Municipal Council (MPPP) or the Seberang Perai Municipal Council (MPSP) to sell their wares.

The hawker's licence costs RM36 and has to be renewed yearly.

"However, the traders have to abide by the local council's regulations before getting the licence," he said, which includes getting typhoid shots, and following safety and cleanliness measures.

He said the state government would discuss plans to legalise the non-bumiputra night market traders in the near future.

"The pasar malam are important as they help with the state government economy. We will support their businesses whenever possible," he said after presenting more than 40 Sungai Ara night traders with their hawker licences today.

Mansor hoped the night markets would improve and realise their potential as a tourist attraction.

"On my recent visit to Taiwan, the night markets there are managed properly, with sales of products and games for children, and they are a tourist attraction," he said. -- theSun

Saturday, August 14, 2010

Tiga dibenar berniaga semula di Bazar Chowrasta

2010/08/14

GEORGETOWN: Tiga orang peniaga di Bazar Chowrasta, Jalan Penang di sini dibenarkan berniaga semula selepas lesen perniagaan mereka dibatalkan di saat akhir ketika peniaga lain mula berniaga pada hari pertama Ramadan.

Aminul Haque Nazir Ahmad, 59, berkata Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, telah memaklumkannya secara lisan bahawa beliau dan dua rakannya, Zainal Abidin Mydin, 44, dan Shairu Banu Abdul Latif, 48, boleh memulakan perniagaan dan lesen mereka akan dikeluarkan Isnin ini.

"Saya terima panggilan telefon dari Mansor pada 11 pagi tadi yang mengatakan kami boleh berniaga. Sebelum ini seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah membelakangkan Mansor dan membatalkan lesen kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aminul Haque mendakwa pembatalan lesen perniagaannya bersama rakannya ada kaitan dengan insiden tahun lalu apabila berlaku kekecohan ketika MPPP cuba menghalau peniaga daripada berniaga di situ.

Katanya, peniaga sudah berniaga di sepanjang tepi jalan itu setiap kali Ramadan sejak 24 tahun lalu tetapi mula dilarang semenjak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan pada 2008.

"Asalnya terdapat kira-kira 70 lot gerai dan jumlahnya semakin berkurangan setiap tahun dan tahun ini hanya 18 lot gerai sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi," katanya.

Aminul Haque yang telah mengeluarkan modal perniagaan sebanyak RM60,000 hingga RM70,000 juga kesal dengan tindakan ahli majlis berkenaan yang dianggap tidak profesional dan keadaan itu menjejaskan ekonomi mereka yang berniaga hanya sebulan dalam setiap tahun.

"Sepatutnya MPPP berfungsi sepenuhnya bagi membantu peniaga dan bukan mencampuraduk urusan politik, ini sumber rezeki kami," katanya. - BERNAMA

Thursday, August 12, 2010

KARNIVAL SUKAN RAKYAT SEBERANG PERAI






Program yang bertujuan untuk mengumpulkan penduduk pelbagai kaum bagi memupuk kesedaran perpaduan antara kaum dengan aktiviti santai. Jika dilihat dari sudut penglibatan dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan, ternyata program ini telah berjaya mengumpulkan pelbagai kaum untuk sama-sama beriadah dalam masa yang sama merupakan peluang untuk kenal mengenali antara satu sama lain.

Program ini bertambah meriah apabila YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia dan YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang turut hadir dan memeriahkan lagi program tersebut.

Berikut adalah gambar yang sempat di snap.

PERUTUSAN RAMADAN Y.B. TKM 1

Marhaban ya Syahra Ramadan, Marhaban Syahra’ Shiyami
Marhaban ya Syahra Ramadan, Marhaban Syahra’l Qiyami

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa puji dan syukur yang tidak terhingga banyaknya kepada ALLAH yang telah memanjangkan umur kita sehingga kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadan. Ini seperti mana dalam doa yang sering kita ungkapkan: “Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan”

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat syaitan. Di bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.” (Hadis riwayat Ahmad dan An-nasai)

Hadith di atas merupakan satu seruan kepada kita umat Islam untuk mengejar dan merebut ganjaran daripada Allah SWT. Marilah kita memasuki Madrasah Ramadan dengan niat yang tulus suci agar kita dapat menempuh bulan Ramadan dengan melakukan kebaikan dan dalam masa yang sama menunaikan tanggungjawab sebagai muslim dengan sempurna. Ramadan juga perlu dijadikan pemangkin untuk kita terus komited memperjuangkan kebenaran dan keadilan yang menjadi tuntutan kepada kita sebagai muslim. Marilah kita berazam untuk menjadikan Ramadan kali ini jauh lebih bermakna daripada Ramadan yang telah berlalu. Akhir sekali marilah kita merenungi syair yang dikarang oleh Imam as-Sayuthi rahimahullahu taála dalam Kitab al-Izdihar yang bermaksud:

“Ingatlah bulan puasa akan selesai
Adakah di antara kalian yang bertaubat ketika akan berpisah dengannya?
Adakah di antara kalian yang sedih kerana berpisah dengannya?
Dan menyesali kekurangan puasa dan solat malamnya?
Wahai kaum,
Janganlah kalian lalai untuk mengeluarkan kewajiban
Keluarkanlah zakat fitrah ketika Ramadhan telah selesai
Tidaklah ianya disyariatkan melainkan untuk melebur kesia-siannya
Tidaklah ia diwajibkan melainkan untuk membersihkan puasanya
Sungguh beruntung orang yang berzakat dan solat untuk Rabbnya
Di bulan puasa yang akan meleburkan dosanya selama setahun”

Sekian, akhukum fillah


MANSOR BIN HAJI OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang

Monday, July 26, 2010

Perbincangan Dua Hala Antara Pemimpin Negeri Pulau Pinang-Kemboja


Menerima Kunjungan Deligasi India

Sukaneka DUN Penanti




4 Julai 2010: Karnival Sukaneka DUN Penanti telah berlansung di Padang Mengkuang Titi, Penanti Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memeriahkan lagi program ini. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam ketika majlis berlangsung.

Tuesday, July 13, 2010

Kg. Aman, Tasek Gelugor Anjur Program Gotong Royong





JKKK Tasek Gelugor telah berjaya menganjurkan program gotong royong dan bantuan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan di Kg. Aman baru-baru ini.

Program tersebut yang dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah berjaya menarik minta seramai 200 orang penduduk pada pagi tersebut. Y.B. Mansor, Timbalan Ketua Menteri (1) turut bersama pada majlis tersebut.

Dalam program yang sama YB Mansor telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk sekitar Tasek Gelugor. Seramai kira-kira 50 penduduk yang memerlukan telah menerima sumbangan.

YB Mansor juga turut melapangkan masa untuk menziarahi seorang penduduk di Permatang Kerai Kecil yang sakit.

Program Taqwa di Penanti Meriah





2 Julai: Program Taqwa yang merupakan modul pengimarahan masjid telah berjaya diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As Sidik, Taman Guar Perahu. Majlis yang padat dengan pengisian ilmu dan kerohanian ini dapat menarik minat penduduk tempatan untuk turut serta.

Antara intisari program taqwa adalah forum perdana yang bertajuk "Mencari Qalbun Salim" (Mencari Hati Yang Sejahtera) Y.B. Mansor tidak ketinggalan untuk turut serta bersama penduduk bagi menjayakan program ini. Beliau turut bersama-sama penduduk berqiamulai pada pagi Sabtu yang bermula jam 4 pagi.

Rata-rata penduduk yang ditemui merasa amat gembira dengan penganjuran program ini yang disifatkan sebagai program yang baik dan perlu diteruskan.

Y.B. Mansor ketika merasmikan majlis tersebut juga telah menyatakan bahawa pihak beliau telah meluluskan bantuan sebanyak RM 10 Ribu untuk memasang penghawa dingin (air-cond) untuk Masjid Saidina Abu Bakar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan masjid.

Program Taqwa bermula pada pukul 7 malam dan berakhir pada jam 7 pagi.