Pages

Tuesday, July 13, 2010

Program Taqwa di Penanti Meriah





2 Julai: Program Taqwa yang merupakan modul pengimarahan masjid telah berjaya diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As Sidik, Taman Guar Perahu. Majlis yang padat dengan pengisian ilmu dan kerohanian ini dapat menarik minat penduduk tempatan untuk turut serta.

Antara intisari program taqwa adalah forum perdana yang bertajuk "Mencari Qalbun Salim" (Mencari Hati Yang Sejahtera) Y.B. Mansor tidak ketinggalan untuk turut serta bersama penduduk bagi menjayakan program ini. Beliau turut bersama-sama penduduk berqiamulai pada pagi Sabtu yang bermula jam 4 pagi.

Rata-rata penduduk yang ditemui merasa amat gembira dengan penganjuran program ini yang disifatkan sebagai program yang baik dan perlu diteruskan.

Y.B. Mansor ketika merasmikan majlis tersebut juga telah menyatakan bahawa pihak beliau telah meluluskan bantuan sebanyak RM 10 Ribu untuk memasang penghawa dingin (air-cond) untuk Masjid Saidina Abu Bakar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan masjid.

Program Taqwa bermula pada pukul 7 malam dan berakhir pada jam 7 pagi.