Pages

Friday, August 5, 2011

Program 'Explore The Nature Through Adventure' Bersama Mahasiswa Pulau Pinang Berlangsung Meriah

Baru-baru ini seramai 40 orang mahasiswa dan mahasiswi Pulau Pinang dari pelbagai IPTA dan IPTS telah berkampung di Gunung Jerai, Kedah selama 2 hari 1 malam. Ekspedisi yang julung-julung kalinya diadakan ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang (MPMPP) yang di pengerusikan sendiri oleh Y.B. Dato' Mansor Bin Haji Othman.



Selain mendaki dan berkemah, peserta ekspedisi juga didedahkan dengan kemahiran asas survival sepanjang berada di gunung setinggi 1,217 meter dari aras laut itu.


Dato' Mansor dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa program seperti ini adalah perlu bagi menanamkan jati diri yang kukuh dalam kalangan mahasiswa Pulau Pinang disamping mengisi masa cuti semester dengan aktiviti yang berfaedah. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim, ADUN Batu Caves, Y.B. Amirudin Shari, Mantan Senator Dewan Negara Y.B. Ir Haji Zamri Bin Yusuf dan Dr. Badrul Amin Baharon.


Laporan -MIB-