Pages

Sunday, August 7, 2011

Mahasiswa UIAM Berkampung 6 hari 5 malam di Kampung Cerok To'Kun



Program yang diberi nama Zoom Penang 2011 ini telah disertai oleh 44 orang siswa-siswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) termasuk 3 orang pelajar antarabangsa dari Somalia, Sudan, & Thailand. Program Zoom Penang 2011 yang julung-julung kalinya diadakan ini merupakan anjuran bersama Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang (MPMPP), JKKK Kampung Cherok To'Kun dan 2 kolej kediaman UIAM.






Pelbagai program yang merangkumi aktiviti sosial, kemasyarakatan, keagamaan, kebudayaan, sukan rakyat, ceramah motivasi, forum perdana, dialog dan lawatan ke sekitar negeri Pulau Pinang telah dimuatkan pada program kali ini.

Berucap pada majlis perasmian, Y.B Dato' Mansor menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa memberi galakan dan menyokong aktiviti seumpama ini. Kerajaan negeri juga dengan tangan terbuka sentiasa menerima pihak IPTA atau IPTS untuk mengadakan aktiviti luar kampus di negeri ini. Beliau juga menasihatkan siswa-siswi supaya dapat menilai sendiri kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh kerajaan negeri kini dan tidak terpengaruh dengan berita tidak baik mengenai Pulau Pinang di media massa.

Kesanggupan menjalankan aktiviti seumpama ini di negeri Pulau Pinang memberi petunjuk bahawa mahasiswa kini semakin bijak menilai dan berfikiran terbuka.




Laporan -MIB-