Harapan penduduk (Kongsi 10) Kampung Perlis, Bayan Lepas untuk memiliki geran tanah atas rumah yang diduki mereka sejak lebih 10 tahun lepas akhirnya tercapai. Pejabat Timbalan Ketua Menteri I bertindak selepas menerima memorandum daripada penduduk akhir tahun lalu. Rungutan penduduk yang rata-ratanya warga emas yang terjejas akibat pembangunan pada tahun 1994 itu tidak dipandang sepi, bahkan Y.B Dato' Mansor telah mengarahkan semua pihak yang terlibat agar menyelesaikan masalah ini segera.
Hasilnya baru-baru ini bertempat di kawasan kediaman mereka di Jalan Dato' Ismail Hashim, Bayan Lepas satu majlis simbolik penyerahan geran hak milik tanah telah diadakan. Majlis dihadiri lebih 200 orang penduduk yang terlibat bersama-sama Y.B Dato' Mansor, Y.B Dato' Speaker, Y.B Yusmadi Yusoff, Cikgu Asnah (Penyelaras Kadun Bayan Lepas), wakil pemaju Pearl Island Resort Development dan wakil Pejabat Tanah & Galian.

Rata-rata penduduk yang ditemui meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap pembangkang negeri (BN) yang mengambil sikap sambil lewa dalam menangani masalah mereka yang telah berlarutan sejak lebih 10tahun. Para penduduk amat berterima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang proaktif menangani apa jua permasalah rakyat. Janji mereka, sokongan padu kepada Kerajaan Negeri akan terus diberikan.
Laporan -MIB-
Laporan -MIB-