Pages

Tuesday, September 27, 2011

Masyarakat Cina Mainkan Peranan Singnifikan Dalam Pembangunan Pulau Pinang: Mansor




Pulau Pinang: " Tiada siapa yang dapat menafikan peranan penting yang signifikan yang dimainkan oleh masayarakat Cina di Pulau Pinang" demikian yang ditegaskan oleh Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri (1) melalui mesej facebook ketika hadir bersama dalam sambutan 136 tahun Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang dekat sini.

Beliau juga berkata peranan yang penting masyarakat Cina dan kestabilan politik telah membuatkan Pulau Pinang maju ke hadapan. Untuk itu, masyarakat Cina di Pulau Pinang diseru untuk terus membantu merancakan pembangunan ekonomi di Pulau Pinang.

Menurut Mansor, ekonomi Pulau Pinang telah meningkat maju sehingga berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Beliau berharap dalam masa yang sama usahawan dari komuniti Tionghua dapat membantu menunaikan tanggungjawab sosial dengan memperuntukan bantuan kepada badan-badan kebajikan tanpa mengira kaum dan agama.


Masa depan Pulau Pinang terletak kepada kebolehan anak-anak muda yang ada di Pulau Pinang, Justeru, beliau berharap agar anak-anak muda tanpa mengira kaum perlu menceburi bidang perniagaan. Beliau berkata bahawa orang Islam percaya 9 daripada 10 rezeki terletak dalam bidang perniagaan.