Pages

Monday, May 3, 2010

Acara Penutup Karnival Rakyat Harmoni








2 Mei 2010: Walaupun jadual beliau pada hari Ahad padat dengan pelbagai aktiviti, namun itu bukan alasan bagi Y.B. Mansor bin Hj. Othman untuk sama-sama menyertai acara penutup Karnival Rakyat Harmoni di Kompleks Sukan MPSP, Bertam.

Kehadiran pada malam tersebut begitu menggalakan. Orang ramai yang hadir ke majlis tersebut berpusu-pusu untuk tidak melepaskan peluang membeli belah saat-saat terakhir. karnival yang berjalan selama 10 hari tersebut dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam menerima lebih kurang 5000 pengunjung.

Y.B. Mansor turut diberikan peluang untuk mencabut undi bagi hadiah cabutan bertuah yang berupa sebuah motosikal. Hadiah utama bagi acara cabutan bertuah tersebut adalah sebuah kereta proton Iswara.

Rata-rata pengunjung yang hadir menyifatkan program karnival ini sebagai satu program yang baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang. Kemeriahan sambutan karnival ini juga diserikan dengan kehadiran beberapa artis popular seperti Kumpulan Rabbani, Dato' Ustazah Siti Norbahaya, Amy Search, Akli Hayy dan ramai lagi.