Pages

Saturday, August 21, 2010



KENYATAAN MEDIA
3 ORANG PENIAGA BAZAR RAMADAN, JALAN PENANG
21 OGOS 2010

Adalah kami seperti nama di bawah dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri kerana membenarkan pihak kami untuk terus berniaga di bazaar Ramadan, Jalan Penang. Peristiwa yang berlaku pada tahun lepas adalah peristiwa yang telah berlalu dan kami tidak mahu mengingatinya lagi.

Pihak kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Y.B. Dato’ Mansor, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang kerana telah membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini. Ternyata pihak Y.B. Dato’ Mansor telah berusaha sedaya upaya dan bersungguh-sungguh membantu peniaga bumiputra Pulau Pinang. Kami juga mengambil kesempatan di sini untuk menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Y.B. Dato’ Mansor tidak membela peniaga dan penjaja Melayu di Pulau Pinang. Malah beliau telah menunjukkan kesungguhan dalam memastikan kepentingan peniaga-peniaga di Bazar Ramadan terus di bela.

Sekian, terima kasih