Pages

Saturday, September 12, 2009

Pulanglah..Keluargamu menanti dengan penuh harapan di hari lebaran...


Dr Mansor Othman membuat sidang media bersama Encik Alias yang kehilangan anaknya. Anaknya bernama Norshafarahani binti Alias (gambar di atas) atau lebih mesra dengan panggilan Syera, seorang pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan Politeknik, Kulim telah hilang dari rumah tanpa sebarang berita sejak 21 Ogos yang lalu.

"Pulanglah Syera..kerana kami amat merinduimu..terutama sekali ibumu yang saban hari menitis air mata.." kata ayahnya dengan nada pilu sambil menitiskan air mata.

Encik Alias berkata, beliau tidak tahu punca sebenar anaknya itu hilang, tetapi tidak menolak kemungkinan anaknya itu berkecil hati selepas dia ada bertanya, mengapa wang pinjaman PTPTN dalam akaun bank semakin menyusut.

"Saya tidak tahu bagaimana anak saya itu hilang kerana ketika kejadian saya dan isteri, Salmah Ahmad, tiada di rumah kerana membeli barang keperluan Ramadhan."

Sementara itu TKM 1 P.Pinang dan juga Adun Penanti Dr Mansor Othman yang amat simpati dan prihatin dengan masalah Encik Alias, menyeru kepada semua terutamanya pihak media dan polis serta orang ramai agar dapat membantu menjejaki anak Alias yang hilang tanpa berita. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

Beliau juga berkata, mereka yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi ayahnya Encik Alias Othman ditalian 016 - 483 3539 atau datang ke alamatnya 257, Mukim 5, Kubang Semang, Bukit Mertajam.

Pulanglah Syerah...keluargamu amat merinduimu dan menantimu dengan penuh harapan...