Pages

Tuesday, September 29, 2009

Majlis Meraikan Anak Kubang Semang






26 September 2009 Sebelah malam hari raya kedua, YB Mansor menghadiri majlis meraikan anak-anak kubang Semang diperantau. majlis yang diadakan di Masjid Kubang Semang itu merupakan aktiviti tradisi yang telah dijalankan selama 13 tahun. Majlis tersebut merupakan anjuran pemuda Qaryah Masjid Kubang Semang.

Dalam majlis tersebut YB Mansor menekankan agar amalam di bulan Ramadhan yang alalu diteruskan pada bulan -bulan yang seterusnya. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin yang diamalkan pada bulan Rmadhan seperti menepati waktu seperti waktu bersahur dan berbuka serta waktu solat hendaklah menjadi amalan umat Islam seterusnya. Selain itu, YB Mansor turut memuji usaha yang dijalanakn oleh Pemuda Masjid Kubang Semang yang melibatkan anak muda dalam aktiviti masjid.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Y.B. Dato Seri Anwar bin Ibrahim yang juga ahli Parlimen merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Selain itu Dato' Hj. Hashim Yahya mantam Mufti Wilayah Persekutuan turut hadir memeriahkan lagi majlis.

Ulasan Y.B. Dato Seri Anwar Ibrahim : ".....Selesai Maghrib di Yayasan Aman, kami bergerak menuju Masjid Jame’ Kubang Semang bersama mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya.

Prestasi qariah Masjid Kubang Semang hebat kerana mengisi kegiatan penghayatan masjid. Penggembelingan tenaga muda, wanita dan dewasa dapat dijadikan contoh kegiatan masjid lainnya."