Pages

Wednesday, September 9, 2009

Majlis Perasmian Pasar Ramadhan Peringkat Negeri Pulau Pinang






2 September 2009: Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMM)telah berjaya menganjurkan majlis perasmian Pasar Ramadhan Peringkat negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2 September 2009 yang lalu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato' Seri (Dr) Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Abbas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Majlis tersebut telah diadakan di Time Squre, Georgetown yang merupakan tapak baru setelah tapak lama di Komtar telah dimajukan sebagai Komtar Walk.

Dalam majlis tersebut YB Mansor menegaskan bahawa usaha murni untuk memajukan perusahaan dan peniagaan bumiputra adalah amat penting.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan cuba membantu Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang untuk menjayakan hasrat murni yang telah dimulakan semejak 18 tahun yang lalu.

Dalam majlis tersebut juga, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang menyampaikan sumbangan kepada masjid, warga emas dan kanak-kanak sempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan.