Pages

Sunday, August 9, 2009

Majlis Makan Malam Anjuran Persatuan Kebudayaan & Sukan Choo Kar Chong Kar Kuan



9 Ogos 2009 (Ahad)- Y.B. Tuan Mansor bin Othman telah menghadiri majlis Makan Malam Persatuan Kebudayaan & Sukan Choo Kar Chong Kar Kuan yang telah diadakan di Penang Chinese Town Hall, Pulau Pinang.

Majlis ini bertujuan untuk memberi bantuan derma dan sumbangan dari orang ramai bagi membolehkan pihak persatuan untuk membina semula bangunan persatuan yang munsah dijilat api pada 1 Mei 2009.

Persatuan Kebudayaan & Sukan Choo Kar Chong Kar Kuan merupakan persatuan kebudayaan yang melatih remaja dan kanak-kanak dalam tarian singa. Persatuan juga telah berjaya dalam pelbagai pertandingan tarian singa di pelbagai peringkat.

dalam majlis tersebut Y.B. Tuan Mansor telah memberi sumbangan sebanyak RM 5000.00 (Lima Ribu Ringgit Sahaja) untuk persatuan membina semula bangunan mereka.

Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk membantu menjayakan pelbagai aktiviti ke arah kebaikan dan kesejahteraan rakyat.
Beliau juga menyatakan bahawa pihak kerajaan Negeri akan sentiasa membantu mana-mana pertubuhan tanpa mengira latar belakang bangsa, agama mahupun warna kulit.