Pages

Monday, August 31, 2009

Penyerahan Sumbangan Parlimen Balik Pulau

Sempena bulan Ramadhan dan ketibaan Syawal yang bakal menjelang tiba, Kerajaan Negeri menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Moga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka dan agar dapat menempuhi bulan ramadhan ini dengan sempurna.

Antara gambar yang boleh di kongsi bersama sempena Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Menghadiri Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 52 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Menantikan ketibaan TYT dan Ketua Menteri.

Saturday, August 29, 2009

Menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Pulau Betong

Maritim Malaysia menganjurkan majlis berbuka puasa besama TYT Tun Haji Abdul Rahman Abbas.

Turut hadir dalam majlis YB Dato' Abdul Halim, YB Yusmadi Yusof , YB Hilmi dan Komuniti Nelayan Pulau Betong.

Taklimat Untuk Penajaan Koperasi JKKK Guar Jering

YB Mansor menghadiri dan memberikan penerangan dalam tujuan mengalakkan penubuhan Koperasi di peringkat JKKK. Sebagai sebuah Badan Sukarela JKKK memainkan peranan yang penting dalam memastikan kebajikan penduduk dan pembangunan Ekonomi penduduk Kampung yang diwakili.

JKKK adalah agen yang terlibat secara langsung dengan akar umbi, jadi JKKK perlu mencari sumber ekonomi sendiri untuk membantu masyarakat setempat.

Banyak aktiviti ekonomi dapat diwujudkan untuk masyarakat sekiranya Koperasi dibangunkan dengan kerjasama penduduk tempatan. Ianya juga melatih masyarakat untuk berpesatuan.

Semoga dengan kewujudan Koperasi dibawah kendalian JKKK ianya secarat terus dapat membantu ahli dan penduduk setempat.

Wednesday, August 26, 2009

KENYATAAN MEDIA: KEMENANGAN CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRK DUN PERMATANG PASIR



Saya merakamkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN N 11 Permatang Pasir, Y.B. Salleh bin Man. Kemenangan ini adalah kemenangan Pakatan Rakyat khususnya Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang.

Ini menunjukkan rakyat khususnya di Permatang Pasir menghargai jasa baik yang telah Kerajaan Negeri Pulau Pinang lakukan dalam usaha membangunkan negeri ini. Ini juga membuktikan bahawa tomahan UMNO dan BN yang mendakwa Pakatan Rakyat meminggirkan Melayu Pulau Pinang adalah tidak berasas sama sekali.

Permatang Pasir merupakan salah satu dari DUN di Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang. Oleh itu, BN berusaha bersungguh-sungguh untuk mengalahkan calon Pakatan Rakyat dengan hasrat untuk menyekat kemaraan politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan ini jelas menunjukkan usaha BN untuk mematikan karier politik Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai tuduhan yang mengaibkan sama sekali ditolak oleh rakyat. Malah terbukti rakyat terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN
TIMBALAN KETUA MENTERI (1)
NEGERI PULAU PINANG
MERANGKAP ADUN PENANTI

Monday, August 24, 2009







22 Ogos 2009, Permatang Pasir: Y.B. Mansor bin Othman bersama-sama pimpinan PKR turun menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Majlis tersebutyang diadakan di Masjid Jamek Al Falah, Pengkalan Tambang dalam DUN Pematang Pasir dekat sini.

KENYATAAN MEDIA - Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah Berhubung Isu Keluar Parti ADUN Lunas

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

23 Ogos 2009
 
Pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menerima maklum bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohammad Radzhi Salleh, ADUN daripada KEADILAN dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan pendiriannya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi satu kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti.

Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah, dan masalah perkahwinannya di Thailand yang kini sedang dalam proses di Mahkamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namum beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah digantung oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan diambil-alih pengurusan dan pentadbirannya oleh Majlis Pimpinan Negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan diadakan nanti. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat MPP 26 Julai 2009 yang lalu.

Sehubungan dengan itu kepimpinan KEADILAN Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Ust. Azizan bin Abd. Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon pekenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi juga untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.
 
YB. HJ. AHMAD BIN KASIM
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah
 
Pejabat Negeri Kedah, 
Parti Keadilan Rakyat, 
Lot 6 & 7, Tingkat 2
Kompleks Perniagaan Utama
Jalan Sultana Sambungan
05350 Alor Setar

Tel: +604 7325 593
Faks: +604 7345 593

Sunday, August 23, 2009

Program Gerak Gempur Pakatan Rakyat di N11 Permatang Pasir

YB Mansor Othman turut serta turun padang disaat akhir bagi memperkenalkan calon Pakatan Rakyat, Mohd Salleh Man dari PAS.

Program Gerak Gempur yang dirasmikan pagi ini di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat oleh YAB Lim Guan Eng, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, YB Mahfuz Omar, YB Dr. Hatta Ramli dan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat.

Mereka telah dipecahkan kepada 4 kumpulan besar iaitu Tanah Liat, Bukit Indera Muda, Permatang Ara dan Permatang Pauh / Sama Gagah.

YB Mansor Othman dan YB Mujahhid mengetuai kumpulan Gerak Gempur di Bukit Indera Muda. Mereka telah berpecah kepada 2 kumpulan bagi memastikan semua pengundi di Bukit Indera Muda ditemui.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai namun kedua-dua pemimpin ini tetap meneruskan gerak Gempur bagi memastikan kemenaggan Calon Pakatan Rakyat, Mohd Salleh Man dari PAS.

Friday, August 21, 2009

Ramadan: Bulan Meraih Kemenangan

Perutusan Y.B. Tuan Mansor Bin Othman
Ramadan: Bulan Meraih Kemenangan

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Perkasa. Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kita di atas nikmat dan kurnia daripada-Nya yang telah mempertemukan kita sekali lagi dengan bulan Ramadan yang merupakan bulan penuh berkat. Pada bulan ini jugalah diturunkan kitab suci Al Quran kepada manusia. Allah SWT berfirman dalam Surah Al–Baqarah, ayat 185 yang bermaksud: “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).”

Walaupun pada bulan ini, kita di wajibkan berpuasa selama sebulan, tetapi janganlah kita mengganggap ianya sebagai bulan kelemahan bagi diri kita atas alasan berpuasa. Ketahuilah bahawa para salafus soleh (tiga generasi terbaik) sedikit pun tidak mengganggap bulan ini sebagai satu bulan kelemahan, bahkan ia di anggap sebagai satu bulan kemenangan. Ini dibuktikan di mana kemenangan yang pertama di raih oleh umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w ialah dalam bulan Ramadan, iaitu ketika dalam peperangan Badar Kubra pada tanggal 17 Ramadan tahun ke 2 Hijrah

Terdapat pelbagai contoh lain yang menunjukan bulan Ramadan merupakan bulan kemenangan dan bukan untuk bermalas-malasan. Antara contoh lain pada bulan Ramadan tahun ke-10 Hijrah, Rasulullah mengutuskan sepasukan tentera Islam yang diketuai oleh Saidina Ali bin Abi Talib ke negeri Yaman dengan membawa bersama perutusan surat Rasulullah. Terdapat satu kabilah yang berpengaruh di sana dengan tanpa paksaan terus menyahut seruan Rasulullah dan menerima Islam sebagai pegangan hidup mereka pada saat itu juga.

Seterusnya, bulan Ramadan tahun 584 Hijrah merupakan tarikh keramat yang amat bersejarah dalam kalendar Islam apabila Solahuddin al-Ayubi bersama angkatan tenteranya berjaya meraih kemenangan besar dalam peperangan Salib. Solahuddin al-Ayubi juga berjaya mengembalikan kota Baitul Maqdis dan bumi Palestin kepada pangkuan umat Islam.

Demikianlah secebis sejarah yang menunjukkan bulan Ramadan bulan untuk kita sama-sama meraih kemenangan. Justeru sempena bulan Ramadan ini marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita dan menambahkan amal ibadat untuk mencapai kemenangan yang hakiki di hari Akhirat nanti. Insyaallah.

Bagi seseorang yang sedang berpuasa itu dua keriangan yang ia bergembira dengannya: pertama ketika dia berbuka puasa, kedua ketika dia bertemu Tuhannya, dia akan bergembira dengan puasanya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Thursday, August 20, 2009

Tabung pinjaman RM3 juta bantu usahawan kecil

GEORGETOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang melancarkan tabung pinjaman bernilai RM3 juta, dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat, yang bertujuan membantu usahawan kecil dan golongan ibu tunggal.

Di samping itu, projek berkenaan juga sebagai menggalak dan membantu golongan rakyat miskin dan miskin tegar menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu usaha membasmi kemiskinan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Majlis Mesyuarat Negeri Pulau Pinang memutuskan sebelum ini bahawa Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) meluluskan perlaksanaan tabung pinjaman ini secara kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tempoh tiga tahun, mulai 1 Oktober 2009.

Menurutnya, tabung pinjaman ini mengikut model pinjaman mikro USM dengan menekankan kepada memanfaatkan golongan ‘keterbawahan’.

Saturday, August 15, 2009

Seminar Pengukuhan Integriti JKKK 2009







15 Ogos 2009 (Sabtu) : Hasil usaha sama antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Institut Integriti Pulau Pinang telah berjaya mengajurkan Seminar Pengukuhan Intgriti JKKK 2009. Program yang berlangsung di Kompleks Tabung Haji ini telah mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai pihak termasuklah Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Pulau Pinang.

Program tersebut dirasmikan oleh Y.B. Mansor bin Othman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang. Dalam ucapan perasmian, beliau mengingatkan JKKK agar bekerja keras dan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Di samping itu, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan JKKK sedia ada benar-benar terlatih untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Friday, August 14, 2009

Turun Ke Balik Pulau



14 Ogos 2009 (Jumaat)- Y.B Tuan Mansor bin Othman turun ke padang setelah mendapat berita mengenai penderitaan yang dialami oleh hampir 50 nelayan di Kuala Sungai Burung di Balik Pulau dekat sini.

Y.B. Mansor yang turut hadir bersama Penolong Pegawai Daerah Barat Daya dan Jurutera Daerah Jabatan Pengaliran dan Saliran barat Daya. Hasil dari perbincangan tersebut, satu tambakan jalan batu akan dibina sepanjang 50 meter dalam masa terdekat sebagai langkah jangka pendek. Manakala rancangan jangka panjang pula tambakan tersebut akan dipanjangkan sehingga 100 meter tambahnya.

Menurut Pengerusi JKKK Sg. Burung, Abdul Malik bin Man sudah hampir 20 hari nelayan di kawasan tersebut tidak dapat keluar mencari rezeki. Justeru beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.B. Mansor atas keprihatian turun ke padang untuk membantu nelayan menangani masalah tersebut.







Thursday, August 13, 2009

Taklimat Persiapan KEADILAN Menjelang PRK N11 Permatang Pasir

Selesai seminar memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Tropicana, terus pulang ke Permatang Pauh untuk persiapan Jentera Parti Keadilan Rakyat.

Taklimat Persiapan KEADILAN Menjelang PRK N11 Permatang Pasir

Selesai seminar memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Tropicana, terus pulang ke Permatang Pauh untuk persiapan Jentera Parti Keadilan Rakyat.

Seminar Memperkukuhkan Pakatan Rakyat

YB Mansor menghadiri seminar Pakatan Rakyat yang diadakan di Tropicana Golf & Country Resort.

Seminar sehari ini bertujuan untuk memperkuatkan hubungan dalam pakatan rakyat.

Untuk sesi pertama ini ianya dikendalikan oleh pimpinan utama ketiga-tiga parti yang terdiri dari Dato' Seri Anwar Ibrahim (KEADILAN), Dato' Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Lim Kit Siang (DAP)

Wednesday, August 12, 2009

Merasmikan Pertandingan Memasak Di Gurney










KENYATAAN MEDIA - Dato' Seri Anwar Ibrahim, 11 Ogos 2009

KENYATAAN MEDIA

11 Ogos 2009

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak siarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri bersidang pada 8 September 2008, menegaskan komitmen menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.

Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menghina instutusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai Gunung dan Bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Lawatan Dari Delegasi EDO, Nigeria




YB Mansor Othman menerima kunjungan dari Delegasi Nigeria yang datang ke Dewan Undangan Negeri pada hari isnin.

Sunday, August 9, 2009

Majlis Makan Malam Anjuran Persatuan Kebudayaan & Sukan Choo Kar Chong Kar Kuan



9 Ogos 2009 (Ahad)- Y.B. Tuan Mansor bin Othman telah menghadiri majlis Makan Malam Persatuan Kebudayaan & Sukan Choo Kar Chong Kar Kuan yang telah diadakan di Penang Chinese Town Hall, Pulau Pinang.

Majlis ini bertujuan untuk memberi bantuan derma dan sumbangan dari orang ramai bagi membolehkan pihak persatuan untuk membina semula bangunan persatuan yang munsah dijilat api pada 1 Mei 2009.

Persatuan Kebudayaan & Sukan Choo Kar Chong Kar Kuan merupakan persatuan kebudayaan yang melatih remaja dan kanak-kanak dalam tarian singa. Persatuan juga telah berjaya dalam pelbagai pertandingan tarian singa di pelbagai peringkat.

dalam majlis tersebut Y.B. Tuan Mansor telah memberi sumbangan sebanyak RM 5000.00 (Lima Ribu Ringgit Sahaja) untuk persatuan membina semula bangunan mereka.

Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk membantu menjayakan pelbagai aktiviti ke arah kebaikan dan kesejahteraan rakyat.
Beliau juga menyatakan bahawa pihak kerajaan Negeri akan sentiasa membantu mana-mana pertubuhan tanpa mengira latar belakang bangsa, agama mahupun warna kulit.









Tuesday, August 4, 2009

Kerajaan Negeri Bertemu Penduduk Kg Buah Pala

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertemu penduduk Kg Buah Pala bagi membincangkan jalan penyelesaian terakhir.

Saturday, August 1, 2009

Bengkel Khas JKKK Daerah Barat daya dan Timur Laut

1-2 ogos 2009 (sabtu -Ahad): Sesi kedua Bengkel Khas JKKK telah berlangsung di Kompleks Tabung Haji yang melibatkan Dua daerah iaitu Daerah Barat Daya dan Daerah Timut Laut.

Dalam bengkel Pengerusi dan Setiausaha JKKK telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan untuk mentadbir dan mejalankan tugas sebagai agen kerajaan di peringkat kampung.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.