Pages

Tuesday, June 8, 2010

e-beli.com - Satisfy Your Needs

OLEH: Mohd Sabri Said (HarakahDaily)

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman yakin kemunculan portal berita dan perniagaan ebeL@e-Beli.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it boleh menjadi pusat penerimaan maklumat berguna untuk rakyat.

Ketika berucap merasmikan Portal ebeL@e-Beli.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it di Audiotorium A, Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti menambah, melalui laman sesawang berkenaan bukan sahaja memaparkan berita politik bahkan berguna untuk para peniaga khususnya bumiputra mengiklankan perniagaan mereka di sana.

"Sepatutnya program internet di perlebarkan kerana ia cukup luas dan sukar disekat, sebab ia berada di alam maya. Gunakanlah peluang yang ada untuk tujuan baik terutamanya tentang apa yang kerajaan lakukan supaya orang ramai dapat mengetahui dengan jelas tanpa putar belit, " tegasnya.

Penggunaanya yang meluas pasti memberi kesan pada masyarakat dalam jangka masa panjang tambahan lagi kesedaran orang melayu dalam kancah politik tidak meningkat dan memerlukan usaha yang lebih agresif terpaksa dilakukan.

Beliau mengakui melalui cabang internet masih tidak mampu mengubah kefahaman orang melayu terhadap isu yang berlaku terhadap negara melainkan ianya disebarkan menerusi cetakan.

Memandangkan teknologi maklumat begitu cepat perkembangannya, beliau berharap portal ebeL@e-Beli.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it memberi penumpuan tentang pembangunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di samping negeri lain demi melawan arus media perdana yang tidak memberi tempat untuk Kerajaan Negeri memperjelaskan kedudukan sebenar terhadap isu yang timbul.

Ketua Pegawai Operasi ebeL@e-Beli.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , Haji Anuar Hashim (foto diatas) dalam ucapannya berharap kemunculan portal ebeL@e-Beli.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it yang memberi maklumat pemberitaan di samping menyaluran sebaran perniagaan dan pengiklanan. Ia juga berfungsi sebagai media untuk empat negeri utara semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Memandangkan agak kurang penerangan mengenai negeri-negeri berkenaan apa salahnya ebeL@e.Beli.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it mengambil tempat untuk mengupas isu, menyampaikan maklumat dan pengiklanan perniagaan supaya semua pihak mendapat manfaat serta kepuasan.

"Kita menyediakan berita, isu yang berlaku dan perniagaan dalam satu portal. Ia dirancang untuk kepentingan orang ramai mendapatkan maklumat yang sahih, " tambahnya.

Sementara itu, RadenS Albanjari (foto diatas) dalam penerangan ringkas berhubung pengurusan koporat mengenai laman ebeL@e-Beli.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it berkata, bukan sahaja portal ini memaparkan berita dan iklan perniagaan bergambar bahkan pada bulan Ogos ini portal ini juga akan memperkenalkan video atau TV atau apa yang dipanggil sebagai ebeLTV sebagai satu saluran khusus terhadap apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat.

Selain dari menyiarkan isu setempat, TV berkenaan juga akan menyiarkan rancangan berbentuk terjah dan aduan rakyat yang akan dijawab oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Rakyat berpeluang bertanya masalah atau krew kami akan ke tempat anda bagi mendapatkan masalah setempat untuk diketengahkan kepada Adun supaya Adun dapat bertindak menyelesaikan masalah rakyat dengan berkesan dan terurus, " katanya.

Turut hadir dalam majlis peramian itu tadi ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Rosidi Husein, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkifly Ishak, pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang (PKR) dan DAP Negeri.