Pages

Tuesday, January 26, 2010

Y.B. Mansor Menerima Kunjungan Dari Politeknik Unggul, Medan



25 Januari 2010 : Y.B. Mansor bin Othman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang hari ini menerima kunjungan seramai 40 orang deligasi dari Politeknik Unggul, Medan. Kunjungan ini adalah sebahagian dari rangka program Study Banding-Study Erskursi-Study Tour, Politeknik Unggul LP3M .Kunjungan yang diketuai oleh H.M Nasir Mahmud yang merupakan Direktur Politeknik Unggul, Medan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pulau Pinang dan Medan. Selain itu kunjungan ini juga adalah untuk mencari peluang untuk mahasiswa melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Malaysia dan Pulau Pinang khususnya. Selain itu, kunjungan ini juga sebagai tanda persahabatan dua buah bandar yang terjalin kukuh sekian lama dengan pelbagai pengajuran program seperti Medan Fair yang diadakan setiap tahun.

Salah seorang mahasiswa Politeknik Unggul, Siti Sabariah melahirkan kekaguman dengan perkembangan pembangunan di negeri Pulau Pinang yang menurutnya sangat mengagumkan.

Dalam program ini Y.B. Mansor menyatakan bahawa kerajaan negeri akan terus memgeratkan hubungan antara dua buah bandar ini. Selain itu beliau yang juga Pengerusi Majlis Perunding Mahasiswa Pulau Pinang akan merancang program yang melibatkan mahasiswa antara dua buah bandar ini di masa akan datang.
Dalam pada itu, deligasi dari Politeknik Unggul ini juga turut di bawa ke tingkat 60 KOMTAR bagi melihat pemandangan Pulau Pinang secara keseluruhanya.