Pages

Sunday, January 17, 2010

Perasmian Program Perjumpaan Bersama penduduk Taman Bukit Jambul



Selepas menghadiri majlis perasmian pejabat Persatuan Keselamatan Awam (PKA) Y.B. Mansor terus menghadiri majlis perasmian perjumpaan bersama penduduk Taman Bukit Jambul.

Taman Bukit Jambul merupakan taman yang melibatkan beberapa buah flat. Lebih kurang 3000 penduduk mendiami kawasan ini. Apa yang menarik Taman Bukit Jambul melalui Persatuan Penduduk telah melakukan insiatif dengan menggunakan kad pintar untuk menggunakan lif. Ini bagi memastikan semua penduduk membayar kos penyelengaraan bangunan.

Semangat sepakat membawa berkat yang dipraktikan oleh persatuan penduduk di sini wajar diberi pujian.