Pages

Tuesday, September 15, 2009

SEHARI BERSAMA RAKYAT

13 September 2009(Ahad): YB Mansor bin Othman hari ini turun ke padang dan menyumbang kepada rakyat. 4 buah kawasan telah dipilih untuk mendapat bantuan tersebut.






Gambar (atas) menunjukan YB mansor menyampaikan sumbangan kepada masyarakt Cina dan India di Kubang Semang. Lebih kurang 30 orang penduduk yang memerlukan bantuan telah dipilih untuk mendapat sumbangan dari YB Mansor. Sumbangan ini adalah sebagai langkah untuk mengurangkan bebanan hidup rakyat. Setelah selesai majlis di Kubang Semang, YB Mansor terus ke Kg. Telok Wang, sebuah kawasan perkampungan Siam.





Gambar (atas) menunjukkan antara penerima-penerima bantuan di Kampung Telok Wang. Ketika berucap di sini, beliau menegaskan bahawa sumbangan akan diberikan kepada semua pihak tanpa mengira bangsa atau agama yang diantui. Ini kerana beliau merupakan wakil rakyat bagi semua kaum. ketika di kampung Teluk Wang, penduduk di kawasan tersebut membangkitkan persoalan kemudahan air yang masih tidak selesai. Mengikut aduan penduduk, walaupun ada sesetengah rumah sudah dibekalkan air bersih namun mereka terpaksa menanggung pula bayaran yang tinggi untuk kos pemasangan di tempat tersebut.
YB Mansor menjelaskan bahawa beliau sudah berbincang dengan pihak PBA mengenai hal tersebut dan pihak PBA berjanji untuk tidak mengenakan kos bagi penduduk kampung tersebut untuk membantu penduduk di situ yang kurang berkemampuan.



Dalam kesempatan tersebut juga, YB Mansor telah mengunjungi Sami Siam di Watt berhampiran untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada pihak beliau terutama sekali ketika berdepan dengan Pilihanraya Kecil DUN Penanti. (gambar atas)

Seterusnya YB Mansor ke Perkampungan Sungai Lembu yang juga di dalam DUN Penanti untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk di kawasan tersebut. Lebih kurang 30 orang lagi penduduk mendapat bantuan hamper. (gambar bawah)




Seterusnya YB Mansor bergegas ke Permatang Pasir untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk Melayu di kawasan berkenaan. Lebih kurang 250 penduduk kampung di kawasan Permatang Pasir mendapat bantuan berupa hamper, beras dan duit raya. Sumbangan ini diselaraskan oleh Pusat Khidmat ADUN Permatang Pasir, YB Salleh bin Man.





Setelah selesai majlis sumbangan di Permatang Pasir, YB Mansor terus ke Pulau Pinang. kali ini beliau ke Masjid Bayan Lepas untuk satu lagi majlis sumbangan. Majlis yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bayan Lepas ini untuk menyampaikan sumbangan kepada petugas masjid dan penduduk kampung yang juga warga emas di kawasan Bayan Lepas. (gambar bawah)




Majlis sumbangan di Masjid Lepas bermula dengan tahlil dan diikuti dengan ucapan oleh YB Mansor. Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa memang menjadi kewajiban kepada umat untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Malah di bulan ramadhan ini juga kita digalakkan untuk membuat pelbagai kebajikan.

Selain itu menurut beliau, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program sempena bulan Ramadhan. Umpamanya kerajaan negeri telah membelanjakkan sebanyak RM 213,000 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Tiga belas Ribu) untuk program Ehya Ramadhan. Sumbangan tersebut bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadhan yang seharusnya dimuliakan oleh umat Islam.

Dalam masa yang sama Kerajaan negeri menurutnya akan terus komited untuk melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat selras dengan misi untuk Memperkasakan rakyat, Memperkuasakan rakyat dan Memperkayakan rakyat.

Majlis juga diserikan dengan tazkirah ramadhan yang disampaikan untuk memberikan peringatan kepada penduduk sekitar yang hadir supaay berlumba-lumba mengerjakan ibadah di 10 yang terakhir di bulan Ramadhan ini.

Setelah selesai majlis berbuka puasa, YB Mansor meninggalkan majlis untuk hadir solat Tarawikh bersama penduduk di Surau Seri Delima, Sungai Ara.