20 Feb. 2010: YB Mansor melapangkan masa untuk hadir merasmikan majlis ceramah 11 hari maulidur rasul di Young Muslim Sport Club, King Street, Pulau Pinang.
YB Mansor dalam ucapannya menyentuh mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai NGO untuk memastikan usaha dan tujuan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarbangsa tercapai. Justeru YB Mansor mengucapkan tahniah kepada pihak YMSC kerana telah berusaha menjadi sebuah persatuan yang sangat disegani ramai.