Pages

Wednesday, March 24, 2010

KARNIVAL KOPERASI PULAU PINANG



24 mac 2010: Kerajaan negeri berharapa agar semau rakyat negeri Pulau Pinang akan hadir beramai-ramai dalam majlis Karnival Koperasi Pulau Pinang pada 27-28 Mac 2010 ini.

Karnival yang akan melibatkan 140 peniaga ini berlangsung selama 2 hari bermula jam 9 pagi hingga 10 malam. Usaha kerajaan negeri ini adalah untuk memastikan agar gerakan koperasi di negeri Pulau Pinang mendapat peluang untuk mempamerkan jualan produk dan perkhidmatan mereka. Selain itu, koperasi di negeri ini juga diseru untuk sama-sama menghadiri Seminar Koperasi pada 28 Mac untuk menambhakan pengetahuan mereka.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri akan terus komited untuk memperkasakan akar umbi dengan memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.