Pages

Thursday, December 24, 2009

Terimakasih Dr Mansor


YB Mansor Osman, Tim Ketua Menteri 1, Tan Sri Islamil Husain dan Cik Shukriah, Pengarah PPANP ketika melihat buku-buku di Pusat Dokumentasi


Tanggal 22 Disember 2009 Persatuan Penulis Pulau Pinang (2PNP) mencatat sejarah. Bilik yang penuh dengan buku-buku lama penulis negeri Pulau Pinang, tokoh-tokoh bahasa, politik dan sastera yang menjadi bahan Dokumentasi Penulis Negeri Pulau Pinang, telah dirasmikan oleh YB Tuan Mansor Osman, Timbalan ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Turut serta ialah Tan Sri Prof. Emeritius Ismail Husain, Ketua Satu Gapena, diiringi oleh Pengarah Perpustakaan, Cik Shukriah.

Turut hadir wakil dari Acheh, Pak Budiman dan Sdra Fadli sarjana bidang seni bunyi.-Terima kasih PPANP.

Majlis Anugerah JKKK Terbaik Negeri Pulau Pinang







23 Disember 2009: Majlis Anugerah JKKK Terbaik negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya. Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran serai 500 orang yang terdiri daripada ahli JKKK seluruh negeri Pulau Pinang.

dalam majlis tersebut Y.B. Mansor telah mensasarkan 5 pekara yang perlu diberi penekanan kepada JKKK pada tahun hadapan. sasaran tersebut adalah ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan perubahan sikap.

Dalam pertandingan tersebut, 5 JKKK seluruh negeri Pulau Pinang yang mewakili 5 daerah telah berentap untuk mendapat johan negeri Pulau Pinang. 5 JKKK tersebut adalah JKKK Batu Uban, JKKK Pondok Upeh, JKKK Pinang Tunggal, JKKK Sungai Sembilang, dan JKKK Simpang Ampat. Pemenang peringkat negeri telah dimenangi oleh JKKK Pinang Tunggal, dari Daerah Seberang Perai Utara.

Majlis Himpunan Mahasiswa Bersama Timbalan Ketua Menteri (1)






22 Disember 2009: Bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang, satu majlis perhimpuinan dengan mahasiswa di negeri Pulau Pinang telah diadakan. Majlis yang dihadiri hampir 500 orang mahasiswa itu telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Mansor bin Hj. Othman Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang.

Dalam majlis tersebut, Y.B. Mansor juga turut meraikan bekas mahasiswa Pulau Pinang yang telah bekerja. Himpunan mahasiswa ini lebih bermakna apabila Y.B. Mansor membuak ruang kepada mahasiswa untuk berdialog dengan kerajaan negeri. Turut hadir adalah Dato' Hj. Yusof bin Wazir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan)dan Puan Hafidzah bt. Hassan, Timbalan Pengarah UPEN.

Tuesday, December 22, 2009

Budaya ' makan kawan ' dalam BN punca bergaduh

Pertelingkahan berhubung siapa paling layak menerajui komponen BN antara Gerakan dan Umno di Pulau Pinang membuktikan budaya kesepakatan yang diamalkan selama ini hanya bersifat retorik semata-mata.

Sebaliknya parti-parti tersebut saling tidak menyenangi antara satu sama lain sehingga sanggup 'makan kawan' apabila berada dalam keadaan terdesak.

" Seharusnya dalam urusan pentadbiran parti, semangat kerjasama penting bagi menjamin kekuatan dan kelangsungan parti di masa bukannya bercakaran bila saat kehilangan kuasa,"

Hal ini ditegaskan oleh Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansur Osman ketika dihubungi Era Pakatan. Beliau diminta mengulas perebutan antara Umno dan Gerakan berhubung jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, yang kini disandang oleh Tan Sri Koh Tsu Koon, bekas ketua menteri yang juga presiden Gerakan – parti yang menerajuinya selama lebih 35 tahun.

Menurut beliau, seharusnya Umno Pulau Pinang membantu rakan mereka yang di dalam kesusahan dan bukannya menambah kesulitan dalam parti.Tindakan ini berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa berganding bahu dan membantu antara satu dengan yang lain.

"Kita dapat lihat tiada semangat kerjasama dalam parti BN. Budaya kawan makan kawan ni sebenarnya sudah menjadi amalan BN sejak sekian lama. Perebutan kuasa dikalangan ahli sendiri jelas menunjukkan perpecahan yang berlaku dalam BN sendiri.

"Ini juga antara bukti bahawa gabungan BN amat rapuh dan hanya bersandar kepada dasar perkauman sempit. Apabila rakyat membuka mata serta melihat skop politik yang lebih menyeluruh dalam kontek masyarakat pelbagai kaum komponen BN menjadi semakin kehilangan arah.

"Bukan sahaja di Pulau Pinang malah di negeri-negeri lain juga akan mengalami keadaan sebegini apabila masing-masing tidak lagi meyakini antara satu sama lain," jelas Dr Mansur.

Tindakan Umno yang menuntut jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang jelas menunjukkan yang mereka inginkan kuasa tanpa ada langkah kerjasama untuk merampas negeri itu.

Namun, tindakan itu jelasnya akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat yang semakin kukuh kedudukannya ketika ini. Pakatan Rakyat sentiasa bekerjasama dalam merampas pemerintahan pusat yang diterajui BN ketika ini.

Semalam, Pemuda MIC Pulau Pinang menyokong cadangan agar pengerusi BN di negeri itu diambil alih oleh Umno, bukan lagi di tangan Gerakan, dalam usaha mereka merampas negeri itu daripada Pakatan Rakyat. Tindakan ini jelas menunjukkan perpecahan dalam Umno, MIC dan MCA pulau Pinang ketika ini.

Friday, December 11, 2009

AMK: Mahkamah Syariah turut bicara kes Anwar

Dis 11, 09 4:29pm  (Malaysiakini.com)
 
Kira-kira 30 anggota PKR mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini.
 
Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mereka, prosiding Mahkamah Syariah boleh berjalan serentak dengan prosiding di mahkamah sivil.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua umum PKR itu telah menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa ia merupakan 'satu lagi plot' kerajaan terhadapnya.

Thursday, December 10, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama

Oleh Roziyah Mahamad (erapakatan.com)


KUALA LUMPUR: Konvensyen Pakatan Rakyat yang bakal diadakan merupakan satu usaha Pakatan Rakyat (PR) dalam membentuk satu uniti di antara PKR, PAS dan DAP sendiri.

Konvensyen yang pertama kali diadakan ini bakal membincangkan topik ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’. Pembentangan kertas kerja ini akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut.

Konvensyen ini seolah-olah memberi bayangan kabinet yang wujud hasil gabungan ke tiga-tiga parti dalam merampas pemerintahan yang kini di terajui Barisan Nasional. Ia bagi mengimbangi kepincangan pentadbiran Najib yang sedia ada.

Pembentangan ini akan menjadi dasar yang akan diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Tema konvensyen Pakatan Rakyat ini adalah ‘Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan’. Konvensyen ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa.

Seramai 1500 Perwakilan dari ketiga-tiga Parti akan hadir dan berhimpun di Shah Alam bagi menyaksikan detik penting dan sejarah besar Pakatan Rakyat serta seluruh rakyat Malaysia secara amnya.

Konvensyen ini akan diadakan pada hari Sabtu, 19 Disember 2009 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.

Wednesday, December 2, 2009

Forum Bersama MB Perak YB Dato' Nizar Jamaluddin

Krisis Perak: Pengajaran Menuju Sistem Dua Party di Malaysia
Perak Crisis: The lessons for Two-Party System in Malaysia

  • Penceramah: YB Dato' Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak)
  • Tarikh: 4hb Disember, 2009 Jumaat
  • Masa: 8.30mlm
  • Tempat: Kompleks Penyayang

    Jalan Utama, Pulau Pinang

  • Percuma! Semua Dijemput.
  • Bahasa Malaysia dan English
  

  • dianjur oleh:
   Biro Komunikasi, Parti KeADILan Pulau Pinang

Friday, November 27, 2009

Majlis Hari Raya Korban bersama DSAI

Majlis Hari Raya Aidil Adha 2009


Setelah selesai turun ke Kg. Terus Y.B. Mansor terus ke Kg. Mengkuang Mak Sulong untuk menghadiri majsli kurban yang dijalankan di sana pula.






27 November 2009: Y.B. Mansor hadir solat hari raya Aidil Adha di Masjid Kubang Semang.






Selepas Menghadiri majlis Korban di Kubang Semang Y.B. Mansor bergerak ke Kampung Terus, Guar Perahu salah satu kampung dalam DUN Penanti.

Thursday, November 26, 2009

KEADILAN UNTUK PENDUDUK BUKIT ANTARABANGSA

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 25 November 2009


KEADILAN UNTUK PENDUDUK BUKIT ANTARABANGSA

Penduduk Bukit Antarabangsa menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mengubah semula status Laporan Siasatan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa. Sekali lagi, Menteri Besar Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam melindungi keselamatan dan kepentingan rakyat negeri Selangor.

Walau bagaimanapun, saya sungguh kecewa apabila penduduk Bukit Antarabangsa mengadu bahawa laporan yang sepatutnya dijual oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) masih belum boleh diperolehi. Ini berikutan keputusan Kementerian Kerja Raya untuk tidak mengeluarkan laporan tersebut dengan alasan Jemaah Kabinet tidak bersetuju untuk mengubah status laporan; dalam kata lain laporan ini masih menjadi rahsia Kerajaan.

Sebagai Ahli Parlimen Ampang, saya merayu agar Kerajaan Persekutuan membenarkan penyiaran laporan tersebut untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya tragedi lebih besar pada masa akan datang akibat kegagalan mendedahkan sebab musabab tragedi tersebut. Hasil laporan ini sangat penting untuk diketahui oleh orang ramai bagi melanjutkan perbincangan dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun Bukit Antarabangsa dan kawasan tanah tinggi lainnya di negeri Selangor. Kerajaan Persekutuan tidak perlu takut dan patut bersikap terbuka, telus dan bertanggungjawab dan mencontohi Kerajaan Negeri Selangor dalam isu ini.

Pendedahan kandungan laporan ini penting bagi menjaga keselamatan penduduk Bukit Antarabangsa dan membantu mereka dalam perancangan masa depan mereka. Apatah lagi, Bukit Antarabangsa telah diklasifikasikan sebagai kawasan tadahan air di bawah Rancangan Fizikal Negara (2005) yang memerlukan usaha pemuliharaan yang tinggi.

Sesungguhnya slogan ’1Malaysia’ yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri semakin sayup dan malap bagi penduduk Bukit Antarabangsa yang telah menunggu selama satu tahun untuk mengetahui hasil siasatan tragedi tanah runtuh yang meragut lima nyawa.


HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang

###


Delivered to you by / Dihantarkan kepada saudara melalui:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 24, 2009

KENYATAAN AKHBAR Y.B MANSOR BIN OTHMAN


KENYATAAN AKHBAR
Y.B. MANSOR BIN OTHMAN
MENGENAI PROSEDUR PERLANTIKAN AHLI MAJLIS MPPP DAN MPSP


Saya akan melaksanakan 4 kaedah untuk menjamin ketelusan dalam pemilihan Ahli Majlis MPPP dan MPSP bagi tahun 2010. 4 kaedah tersebut adalah seperti berikut:

1. Permohonan terbuka oleh cabang
Pihak cabang parti boleh mengemukakan cadangan nama untuk memilih ahli majlis.

2. Key Performance Indicators (KPI)
Pihak Ketua Whip kedua-dua majlis perbandaran hendaklah mengemukakan Key Performance Indicators (KPI) ahli majlis yang sedia ada. Satu bengel khas untuk mengukur KPI juga telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua ahli majlis.


3. Panel Temuduga Bebas
Satu barisan panel temuduga bebas juga akan dilantik untuk memastikan cadangan nama yang diberikan oleh pihak cabang adalah benar-benar layak untuk menduduki kerusi ahli majlis. Panel ini akan terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan bebas dari parti politik.

4. Keputusan Penal Parti
Akhir sekali pihak parti akan membuat keputusan setelah meneliti berdasarkan tiga pekara yang tersebut seperti di atas.

Langkah ini diambil bagi menangkis dakwaan kronisme dan memastikan tidak wujud kronisme dan memastikan calon yang benar-benar layak sahaja akan dipilih. Ini adalah kerana jawatan ahli majlis merupakan jawatan yang sangat penting kepada kerajaan negeri terutama sekali dalam membantu memberikan perkhidmatan yang efektif kepada rakyat. Kita juga ingin melihat ahli majlis yang akan dilantik nanti menjalankan tugas dengan berkesan dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Ini juga selaras dengan dasar kerajaan negeri iaitu “Cekap, Akauntabiliti, Telus” (CAT).




Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN

Sunday, November 22, 2009

Majlis Pelancaran Program kempen Menanam Pokok Peringkat Seberang Perai Tengah





21 November 2009: Sebanyak 20 pokok disumbangkan kepada jabatan kerajaan, JKKK dan NGO di seluruh Seberang Perai Tengah sebagai simbolik kepada pelancaran program Kempen Menanam Pokok di Seluruh Daerah SPT hari ini.

Dalam ucapan perasmian majlis tersebut beliau berkata kempen ini merupakan sebahagian dari usaha kerajaan untuk menghijaukan negeri Pulau Pinang. Menurut beliau lagi, kerajaan negeri mensasarkan sebanyak 75 ribu pokok akan ditanam pada tahun ini. Untuk rekod buat masa ini sebanyak 30 ribu pokok telah ditanam di seluruh negeri Pulau Pinang.

Beliau turut menyarankan agar setiap pembangunan yang dilakukan di negeri ini sentiasa menitik beratkan konsep kehijauan yang merupakan dasar kerajaan negeri. Dalam pada itu, kerajaan negeri akan memastikan setiap pembangunan yang dirancangkan tidak akan mengenepikan kebajikan rakyat dan konsep yang mesra alam sekitar. Beliau turut berharap agar program seumpanan ini tidak hanya akan melibatkan agensi kerajaan semata-mata malah turut menggalakan penyertaan sektor swasta dalam projek sebegini.

Monday, November 16, 2009

Majlis Perletakan Batu Asas Ma'ahad Manarut Taqwa Balik Pulau






14 November 2009- YB Mansor bin Hj. Othman hadir merasmikan majlis Perletakan Batu Asas Ma'ahad Manarut Taqwa, Balik Pulau. Majlis perletakan batu asas disempurkan oleh Ustaz Zawawi bin Jusoh, Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan. Beliau hadir mewakili YAB Menteri Besar Kelatan yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

Majlis tersebut dihadiri sekitar 700 orang meriah dengan persembahan silat dan bacaan ayat suci al-Quran. Menurut YB Mansor, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa membantu sekolah-saekolah agama yang memerlukan bantuan.

77th Penang Medical Practitioners Society (PMPS) Annual Dinner 2009





7 November 2009: YB Mansor bin Hj. Othman hadir ke Jamuan Makan Malam Persatuan Perubatan Pulau Pinang, salah sebuah NGO tertua di Pulau Pinang.

Majlis tersebut juga diserikan dengan kehadiran TYT Tun Dato Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Toh Puan Dato Seri Utama Hajjah Majmor binti Shariff.

YB Mansor hadir memberikan ucapan sebagai mewakili YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Thursday, November 12, 2009

Kovensyen KEADILAN Pulau Pinang







Anwar beri kata dua pada pemimpin PKR
Nov 9, 09 1:49pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan anggota PKR sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.

"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti," katanya.

Anwar yang juga ketua umum PKR menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang malam tadi.

Katanya, ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.

"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno," katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata ketua cabang dan wakil rakyat PKR hendaklah sentiasa mematuhi dasar-dasar parti.

Katanya, mereka tidak boleh beranggapan bahawa mereka akan terus menjadi pemimpin dan wakil rakyat untuk selama-lamanya.

Sebaliknya, kata beliau, mereka mesti berkhidmat kepada rakyat dan mematuhi dasar dan prinsip-pembaharuan parti.

Anwar berkata, walaupun sesetengah kritikan terhadap pemimpin dan wakil rakyat parti ti boleh diterima, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mereka yang enggan mematuhidasar-dasar yang ditetapkan oleh parti.

Sumber: Mkini

Tuesday, November 10, 2009

Perlantikkan Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri

Banyak pihak yang menantikan perlantikkan Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri yang baru.
 
Setelah selesai Konvensyen KEADILAN Negeri Pulau Pinang saya telah memaklumkan akan membuat pengumuman dalam minggu ini.
 
Saya akan mengumumkan Jawatankuasa tersebut setelah mendapat persetujuan dari Presiden Parti.