Pages

Tuesday, November 24, 2009

KENYATAAN AKHBAR Y.B MANSOR BIN OTHMAN


KENYATAAN AKHBAR
Y.B. MANSOR BIN OTHMAN
MENGENAI PROSEDUR PERLANTIKAN AHLI MAJLIS MPPP DAN MPSP


Saya akan melaksanakan 4 kaedah untuk menjamin ketelusan dalam pemilihan Ahli Majlis MPPP dan MPSP bagi tahun 2010. 4 kaedah tersebut adalah seperti berikut:

1. Permohonan terbuka oleh cabang
Pihak cabang parti boleh mengemukakan cadangan nama untuk memilih ahli majlis.

2. Key Performance Indicators (KPI)
Pihak Ketua Whip kedua-dua majlis perbandaran hendaklah mengemukakan Key Performance Indicators (KPI) ahli majlis yang sedia ada. Satu bengel khas untuk mengukur KPI juga telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua ahli majlis.


3. Panel Temuduga Bebas
Satu barisan panel temuduga bebas juga akan dilantik untuk memastikan cadangan nama yang diberikan oleh pihak cabang adalah benar-benar layak untuk menduduki kerusi ahli majlis. Panel ini akan terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan bebas dari parti politik.

4. Keputusan Penal Parti
Akhir sekali pihak parti akan membuat keputusan setelah meneliti berdasarkan tiga pekara yang tersebut seperti di atas.

Langkah ini diambil bagi menangkis dakwaan kronisme dan memastikan tidak wujud kronisme dan memastikan calon yang benar-benar layak sahaja akan dipilih. Ini adalah kerana jawatan ahli majlis merupakan jawatan yang sangat penting kepada kerajaan negeri terutama sekali dalam membantu memberikan perkhidmatan yang efektif kepada rakyat. Kita juga ingin melihat ahli majlis yang akan dilantik nanti menjalankan tugas dengan berkesan dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Ini juga selaras dengan dasar kerajaan negeri iaitu “Cekap, Akauntabiliti, Telus” (CAT).




Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN