Pages

Saturday, May 28, 2011

Pulau Pinang cadang tubuh koperasi suluruh 249 JKKK

"Jadikan koperasi institusi baru untuk bangunkan potensi rakyat, termasuk Melayu."


GEORGETOWN | Pulau Pinang mengalu-alukan partisipasi Bank Rakyat membantu kerajaan negeri menubuhkan koperasi peringkat Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kata Timbalan Ketua Menteri (1) Dato' Mansor Othman.


Mansor menyampaikan hasrat tersebut kepada Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Korporat) Bank Rakyak, Yusof Abdul Rahman (gambar bawah) pada satu perbincangan di Majlis Mesyuarat Koperasi (MMK) kerajaan negeri, di sini, semalam.


Wakil Bank Rakyat dihargai


"Saya minta, kalau boleh setiap JKKK boleh tubuh satu koperasi. Di Pulau Pinang ini, kita (kerajaan negeri) perlukan lebih (koperasi) untuk Melayu dan kaum-kaum lain," ujar Mansor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Koperasi Negeri.


Hasrat tersebut disampaikan ketika 39 JKKK negeri telahpun mempunyai koperasi masing-masing. Jumlah keseluruhan JKKK di Pulau Pinang adalah 249.


Mesyuarat selama sejam itu antara lain bercadang untuk menganjurkan majlis taklimat mengenai skim pinjaman mikro kredit dan skim 'ar-Rahnu' yang ditawarkan oleh Bank Rakyat kepada mereka yang berminat untuk menubuhkan korperasi di peringkat negeri.


"Hasil perbincangan tadi, Bank Rakyat bersedia untuk memberi taklimat kepada kita (kerajaan negeri) mengenai skim-skim baru yang ditawarkan oleh bank koperasi untuk menghidupkan koperasi-koperasi kita.


"Kita juga akan cuba mencari jalan untuk berbincang dengan Angkasa (Badan Puncak Gerakan Koperasi Malaysia) supaya rancangan urus bina korperasi dapat dipercepatkan.


"Menubuhkan koperasi (dan) menguruskannya memang bukan perkara mudah, tetapi dengan pinjaman micro kredit dan 'ar-Rahnu' yang disediakan oleh Bank Rakyat merupakan salah satu jalan keluar untuk selamatkan peniaga-peniaga Melayu kita dari menjadi mangsa 'along'," ujarnya lagi.


Turut hadir Ketua Wilayah Utara Bank Rakyat, Tuan Haji Mohd Azmir bin Mohd Nasurdin dan Shaharudin Mohd Sa'ad (Pengerusi Jabatan Klhidmat Koperasi & Usahawan).


Manakala kerajaan negeri diwakili oleh Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Hashimah Hashim, Timbalan Pengawah (Makro) Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Hafidzah Hassan, Penolong Pengarah UPEN negeri Noor Syawaliza Ayub dan Masayu Azreen Md Said (Pegawai Tadbir di Pejbatan TKM1). -END


Mansor selaku pengerusi jawatankuasa tetap mempengerusikan mesyuarat bersama-sama wakil Bank Rakyat.