Pages

Friday, March 25, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PELAJAR MALAYSIA DI MEDAN, INDONESIA

Pada 19 Mac 2011 (Sabtu) yang lalu, bertempat di Grand Swiss Bell Hotel Medan, Indonesia telah diadakan Majlis Makan Malam & Ramah Mesra bersama pelajar Malaysia di Medan. Majlis yang bermula pukul 8 sehingga 11malam ini mendapat sambutan diluar jangkaan dengan lebih daripada 250 orang pelajar dari pelbagai jurusan di Universiti sekitar Medan seperti Universitas Sumatera Utara (USU), Universitas Negeri Medan (UNIMED), Universitas HKBP Nommensen, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara dan beberapa institusi pendidikan yang lain.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Wakil Persatuan Pelajar Malaysia di Medan, seterusnya ucapan oleh Consul General Malaysia di Medan Puan Norlin Othman. Majlis seterusnya di susuli oleh ucapan amanat oleh YB. Dato’ Mansor Bin Haji Othman kepada semua pelajar yang disambut dengan penuh tepukan gemuruh apabila menyentuh soal kejayaan Kepimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mentadbir negeri sejak tahun 2008.





Sesi dialog turut diadakan dengan YB. Dato’ Mansor sebagai panelis disamping Yang Berhormat Dato’ Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri P.Pinang dan Puan Norlin Othman yang turut sama menjawab persoalan daripada para pelajar.

Pada penghujung majlis tersebut, YB. Dato’ Mansor turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM3000.00 daripada Kerajaan Negeri P. Pinang kepada Persatuan Pelajar Malaysia di Medan.