Pages

Wednesday, February 16, 2011

Berita Harian Online | Sumbangan dakwah juara Imam Muda diiktiraf

GEORGETOWN: Juara rancangan realiti televisyen, Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul 2011 peringkat Pulau Pinang berikutan sumbangannya dalam penyebaran Islam dan aktiviti dakwah, selain memupuk perkembangan ilmu pengetahuan di kalangan umat Islam di negeri ini.

Beliau yang juga seorang imam di Masjid Wilayah Persekutuan, berkata penganugerahan itu adalah sesuatu yang amat bermakna kepada gerakan dakwah yang dijalankan generasi muda umat Islam di negara ini.
“Pengiktirafan ini mampu mendorong golongan muda untuk bergiat dengan lebih aktif dalam aktiviti dakwah dan turut membuka mata beberapa pihak supaya golongan muda turut diberi peranan dalam penyebaran Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada Majlis Perhimpunan Ummah sempena sambutan Maulidur Rasul di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis berkenaan, isterinya, Toh Puan Majimor Shariff; Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria.

Turut menerima anugerah sama, penyelidik produk halal dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Zhari Ismail.


Berita Harian Online | Sumbangan dakwah juara Imam Muda diiktiraf