Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengotakan janji untuk mengiktiraf sumbangan warga emas di negeri ini. Di Penanti sahaja lebih kurang 1500 orang warga emas mendapat pengiktirafan RM 100 setahun sekali. Rata-rata warga emas yang ditemui amat gembira kerana mendapat sumbangan dari Kerajaan Negeri yang selama ini tidak pernah diberi oleh kerajaan terdahulu.
Dalam pada ini kerajaan negeri juga akan menyerahkan sumbangan sebanyak RM 1000 kepada waris warga emas yang mendaftar tetapi meninggal dunia. Sumbangan ini adalah untuk mengiktiraf jasa anak-anak yang telah berbuat baik kepada ibu bapa mereka.