Friday, November 30, 2012
Monday, November 26, 2012
Sunday, November 25, 2012
Saturday, November 24, 2012
Thursday, November 22, 2012
Video penuh Wacana Islam dan Melayu sempena Ma'al Hijrah
Rakaman pada 15hb Nov 2012 bertempat di Kompleks Tabung Haji, sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri. Ahli panel yang terlibat :-
1- Prof Madya Dato' Dr Muhd Asri Zainal Abidin (MAZA)
2- Yang Berhormat Dr Mujahid Yusuf Rawa
3- Dr Maszlee Malik (Moderator Debat Sinar Harian)
- Penampilan penulis buku Islam Dan Melayu : Dato' Dr Siddiq Fadzil
Antara yang menarik :
1- Adakah betul bangsa Melayu itu istimewa?
2- Allah tidak akan menghukum seseorang atas sesuatu yang dia tiada kuasa memilih.
3- Perlunya untuk menyelongkar dan semakan semula sejarah sebenar bangsa Melayu.
4- Fitnah terhadap Hang Tuah dan Hang Jebat
5- Tiga bangsa yang Melayu kena tiru untuk maju.
Dan banyak lagi kupasan menarik dari para ahli panel. Selamat menonton dan berhijrah..
Saturday, November 17, 2012
Anwar umum TKM 1 bertanding di Nibong Tebal
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menamakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mansor Othman sebagai calon PKR bagi kerusi parlimen Nibong Tebal.
Kerusi itu dimenangi oleh Tan Tee Beng dalam pilihan raya umum 2008 tetapi keluar PKR setahun kemudiannya untuk menjadi wakil rakyat bebas.
Tan (kanan), yang merupakan bekas pemimpin Pemuda Gerakan, kemudiannya menyertai parti KITA tetapi dipecat daripada parti awal tahun ini. KITA ditubuhkan oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Bercakap dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 2,000 di Sungai Udang malam tadi, Anwar memohon maaf kerana beliau yang memilih Tan bertanding di situ, sambill menambah, kali ini parti itu memilih seorang yang telah teruji dan berpengalaman.
Mansor mungkin berdepan dengan pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, yang tewas hilang kerusi itu kepada Tan dengan majoriti 3,087 undi pada 2008.
"Oleh kerana kita akan berdepan dengan ketua Umno negeri, maka kita akan hantar ketua PKR negeri, Datuk Mansor, untuk bertanding di sini," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.
"Kita mahu Datuk Mansor membantu kita apabila kita menang Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang."
Mansor bertanding dua kerusi?
Dengan Mansor, yang merupakan ADUN Penanti, bertanding kerusi Parlimen, maka tidak jelas sama ada beliau akan digugurkan sebagai timbalan ketua menteri sekiranya Pakatan mempertahankan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, bekas pensyarah universiti itu boleh bertanding di dua kerusi - mempertahankan DUN Penanti serta untuk merampas kembali Tebal Nibong.
Kes polis rogol warga Indonesia, Mansor Othman desak cepat tubuh IPCMC
Saya ingin merujuk kepada laporan berita Bernama dan Sinar Harian bertarikh 11 November 2012 mengenai dakwaan kes tiga anggota pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merogol seorang warga Indonesia.
Dakwaan yang dilaporkan di Prai, Pulau Pinang ini amat menggusarkan rakyat Pulau Pinang mengenai tahap keselamatan tatkala yang didakwa melakukan jenayah adalah mereka yang diberi amanah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Inilah yang dikatakan ”harapkan pagar, pagar makan padi”.
Rakyat Malaysia, khususnya warga Pulau Pinang mendesak agar dakwaan ini dipandang serius oleh pihak pasukan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tambahan pula kes ini melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan jiran tetangganya Indonesia.
Saya mengulangi ketegasan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa langkah penambahbaikan pasukan PDRM hendaklan dilaksanakan tanpa berlengah-lengah lagi sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang dibentuk pada tahun 2005.
Suruhanjaya ini yang dipengerusikan oleh Bekas Ketua Hakim Negra, Tun Mohamed Dzaidin telah mencadangkan beberapa elemen penting dalam menambahbaik pasukan PDRM.
Salah satu elemen penting adalah dengan penubuhan sebuah Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Cadangan ini turut mendapat sokongan Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Perdana Menteri kelima).
Namun sehingga kini tidak ada perlaksanaan ke atas cadangan ini dan tiada sebarang usaha serius pihak kerajaan untuk mempertingkatkan kepercayaan rakyat kepada pasukan PDRM.
Kita berharap tindakan segera dapat dilakukan ke atas ketiga-tiga pegawai polis yang terlibat dalam kes ini seperti mana yang telah dijanjikan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang.
Kita juga menuntut kebertanggungjawaban Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menyegera dan menangani kes ini. Kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan guaman kepada pengadu melalui pasukan peguam Pakatan Rakyat bagi menunjukkan bahawa kita mengambil berat tentang perkara ini.
Datuk Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Kes polis rogol warga Indonesia: KDN didesak bertindak serius
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak mengambil tindakan serius berhubung tiga polis didakwa merogol warga Indonesia di Prai, baru-baru ini.
Mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab itu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menyifatkan polis terbabit umpama ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.
“Rakyat Malaysia, khususnya warga Pulau Pinang mendesak agar dakwaan ini dipandang serius oleh pihak pasukan PDRM dan KDN. Tambahan pula kes ini melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan jiran tetangga, Indonesia.
“Kita berharap tindakan segera dapat dilakukan ke atas ketiga-tiga pegawai polis yang terlibat dalam kes ini seperti mana yang telah dijanjikan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang,” katanya pada kenyataan.
Berharap kejadian sama tidak berulang, Naib Presiden KEADILAN itu menggesa supaya langkah penambahbaikan pasukan PDRM dilaksana segera.
“Saya mengulangi ketegasan pihak Kerajaan Pulau Pinang bahawa langkah penambahbaikan pasukan PDRM hendaklan dilaksanakan tanpa berlengah-lengah lagi sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang dibentuk pada tahun 2005.
“Suruhanjaya ini yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaidin telah mencadangkan beberapa elemen penting dalam menambahbaik pasukan PDRM,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu.
Sementara itu, PAS yang diwakili Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, memberi jaminan polis yang terlibat dalam kes tesebut tidak akan terlepas daripada hukuman.
Katanya, jika benar berlaku seperti yang didakwa, itu bukan menggambarkan imej pasukan polis negara ini, sebaliknya peribadi mereka.
Monday, November 12, 2012
500 peserta bersama TKM 1 sepetang main Sepakraga Tuju
Sunday, November 11, 2012
Betapa mesranya TKM 1 bersama masyarakat India Penanti
Masyarakat India sedang tekun mendengar ucapan YB Dato' Mansor Othman Adun Penanti merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang di Yayasan Aman. |
Sokongan mereka tidak berbelah bagi kepada Adun Penanti |
YB Dato' Mansor Othman bermurah hati memberi sumbangan sempena Deepavali kepada masyarakat India penganut Hindu di Penanti |
Seramai 100 orang masyarakat India menerima bantuan dari Adun Penanti |
Anak kecil India begitu gembira menerima layanan Wakil Rakyat Penanti, sampai beliau tambah dua kali. |
Betapa mesranya YB Dato' Mansor Othman melayani masyarakat India, mereka amat terharu dengan layanan istimewa YB Dato' Mansor Othman |
Orang-orang kuat YB Dato' Mansor Othman |
Thursday, November 8, 2012
TKM 1 turun padang tengah malam tinjau masalah rakyat
Pak Mat Desa mengadu bekenaan air sungai Kulim sering memasuki rumah beliau jika hujan lebat lebih dari sejam. |
Penerangan oleh Jurutera Daerah JPS Encik Anuar berkenaan hujan lebat dari Kulim yang mengakibatkan limpahan air sungai membanjiri beberapa rumah di Kuala Mengkuang pada sekitar jam 11 malam. |
turun padang meninjau masalah rakyat |
Tinjauan TKM 1 berakhir jam 12.45 malam dan mengharapkan Pihak JPS SPT dapat melakukan sesuatu tindakan untuk mengatasi masalah limpahan air sungai tersebut. |
TKM 1 santai bersama JKKK, Briged Pmtg Pauh dan PPS Penanti.
TKM 1 YB Dato' Mansor Othman menyampaikan amanat penting diambang pilihanraya. |
Cikgu Azmee Pengerusi JKKK Kubang Ulu/Kuala Mengkuang |
Ahmad Isa Pengerusi JKKK Mengkuang Mak Sulong. |
Hj. Bakar Pengerusi JKKK Padang Ibu. |
Saudara Rosli Ahmad Setiausaha JKKK Guar Perahu.
Saudara Shukri Hamid Pengerusi JKKK Tanah Liat MK 9 |
Saudara Rosli Ahmad Setiausaha JKKK Mengkuang Titi. |
Ahli JKKK Wanita Penanti yang turut serta dalam majlis santai yang begitu meriah... |
Ahmad Mahmud dari JKKK Kg. Mengkuang begitu terharu dan bersemangat menerima uniform baru dari TKM 1 |
Satu kelebihan TKM 1, beliau mesra rakyat...layan diri bersama rakyat..Gulai ikan temenung lemak memang menjadi kegemaran sejak dulu lagi.. |
JKKK Sg Lembu turut hadir diketuai oleh Tan Sing Lee |
Monday, October 29, 2012
TKM 1 Pulau Pinang lancar sistem eJKKK
Peserta Majlis Pelancaran eJKKK |
Secara umumnya objektif sistem eJKKK ialah:
1. Menyediakan akses maklumat berkaitan JKKK secara atas talian secara mudah dan cepat.
2. Memantapkan proses pemantauan aktiviti dan prestasi JKKK secara lebih tepat dan cepat.
3. Mewujudkan persekitaran komunikasi dan pengkalan data yang lebih cekap antara Pejabat Timbalan Ketua Menteri (I), Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan, Pejabat Daerah dan JKKK.
TKM 1 Melancarkan eJKKK |
Kini, sistem Fasa Pertama yang telah siap sepenuhnya ini membolehkan urusan seperti pendaftaran dan penamatan keahlian JKKK boleh dilakukan secara atas talian (online) tanpa melalui proses dokumentasi yang panjang. Selain itu, sistem ini juga menyediakan maklumat data yang lengkap mengenai struktur organisasi dan maklumat peribadi setiap ahli JKKK seluruh negeri Pulau Pinang.
Jika sebelum ini data hanya di kumpulkan di dalam rekod di setiap pejabat daerah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kini data tersebut dapat di akses dengan mudah, cepat dan tepat oleh sesiapa sahaja selepas sistem ini di buka untuk akses umum.
Namun, untuk permulaan fasa pertama ini pihak berkuasa negeri yang terdiri daripada Pejabat Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) sahaja dibenarkan untuk menggunakan sistem ini.
Pihak Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri kini sedang giat memuat-naik data tambahan seperti info dan peta kawasan, senarai kemudahan, maklumat pasar malam, Pasukan Peronda Sukarela, pelaksanaan mesyuarat bulanan, pembayaran elaun dan aktiviti-aktiviti JKKK ke dalam sistem eJKKK ini yang telah memasuki pembangunan fasa ke-2.
Subscribe to:
Posts (Atom)