Pages

Monday, January 25, 2010

Merasmikan Pasar Malam Kg. Seronok




24 Januari 2010. Penduduk Kg Seronok di KADUN Bayan Lepas membanjiri kawasan Pasar Malam Kg. Seronok yang baru 6 minggu beroperasi. Majlis pada malam itu lebih bermakna apabila Y.B. Tuan Mansor bin Hj. Othman turut hadir bersama memeriahkan lagi majlis.

Pasar malam yang dikelolakan oleh JKKK Kg. Seronok itu merupakan satu lagi ruang dan peluang yang dibuka kepada peniaga khususnya bumiputera. Terdapat lebih dari 200 peniaga yang beroperasi pada setiap malam ahad. Pasar Malam Kg. Seronok juga turut menyediakan khidmat petugas lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan jalan raya memandangkan kawasan pasar malam yang terletak di jalan utama.

Pada malam itu juga, pihak JKKK selaku pengelola pasar malam menganugerahakan kepada peniaga pasar malam yang memberikan contoh yang baik kepada penaiga yang lain. Kretria yang dinilai adalah berdasarkan kehadiran dan kebersihan.

Menurut YB Mansor menjadi hasrat kerajaan negeri untuk membantu golongan peniaga kecil. Sebelum ini katanya pihak kerajaan negeri telah memperuntukan Tabung khusus untuk usahawan yang dikendalikan oleh pihak PDC. Selain itu, beliau juga turut menyeru orang ramai yang berusia 60 tahun ke atas agar mendaftarkan diri dalamPendaftaran Warga Emas kerana kerajaan negeri akan memberi pengiktirafan khusus kepada warga emas. Pada majlis itu juga sumbangan diberi kepada warga emas di kawasan Kg. Seronok.Sebelum itu, Y.B. Mansor menunaikan solat maghrib di Masjid Kg. Seronok.