Saturday, January 30, 2010
Thursday, January 28, 2010
SELANGOR KUTUK PERBUATAN LONTAR KHINZIR DALAM MASJID
KENYATAAN MEDIA
27 JANUARI 2010
SELANGOR KUTUK PERBUATAN LONTAR KHINZIR DALAM MASJID
Kerajaan Negeri Selangor mengutuk perbuatan melontar kepala khinzir di Masjid Jumhuriyah di Taman Datuk Harun dan Masjid Masjid Al-Tarmizi di Taman Sentosa. Kami percaya perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu beniat jahat dan bertujuan untuk menghasut permusuhan diantara masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
Kami menyeru agar penduduk berdekatan kawasan masjid tersebut dan Rakyat Selangor amnya mengambil sikap tenang dalam menghadapi situasi ini kerana sebarang perbuatan atau kenyataan ekstrem hanya akan memudaratkan lagi keadaan. Jika perkara ini berlaku, kita akan terjerumus dalam perangkap mereka yang mahu menimbulkan kekeliruan dan benci diantara kita.
Kerajaan Negeri menyeru pada pihak polis untuk menyegerakan siasatan agar mereka yang terlibat dibawa kemuka pengadilan dan bersedia untuk memberi bantuan jika perlu. Kami menegaskan bahawa sebarang serangan ke atas rumah beribadat tidak direstui oleh mana-mana ajaran agama. Saling menghormati dan toleransi adalah elemen penting bagi menjamin kestabilan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dalam negara seperti Malaysia.
TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
Wednesday, January 27, 2010
Jangan Jadi Mangsa Kepada Agen Provokator
JANGAN JADI MANGSA KEPADA AGEN PROVOKATOR!
KUTUKAN SEKERAS-KERASNYA TERHADAP SERANGAN KE ATAS MASJID-MASJID
Serangan terbaru yang berupa kepala khinzir di dalam kawasan Masjid At-Tirmizi, Sri Sentosa merupakan satu lagi cubaan terbaru golongan tertentu dalam mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama di Negara kita.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
27 Januari 2010
Tuesday, January 26, 2010
Y.B. Mansor Menerima Kunjungan Dari Politeknik Unggul, Medan
25 Januari 2010 : Y.B. Mansor bin Othman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang hari ini menerima kunjungan seramai 40 orang deligasi dari Politeknik Unggul, Medan. Kunjungan ini adalah sebahagian dari rangka program Study Banding-Study Erskursi-Study Tour, Politeknik Unggul LP3M .Kunjungan yang diketuai oleh H.M Nasir Mahmud yang merupakan Direktur Politeknik Unggul, Medan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pulau Pinang dan Medan. Selain itu kunjungan ini juga adalah untuk mencari peluang untuk mahasiswa melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Malaysia dan Pulau Pinang khususnya. Selain itu, kunjungan ini juga sebagai tanda persahabatan dua buah bandar yang terjalin kukuh sekian lama dengan pelbagai pengajuran program seperti Medan Fair yang diadakan setiap tahun.
Salah seorang mahasiswa Politeknik Unggul, Siti Sabariah melahirkan kekaguman dengan perkembangan pembangunan di negeri Pulau Pinang yang menurutnya sangat mengagumkan.
Dalam program ini Y.B. Mansor menyatakan bahawa kerajaan negeri akan terus memgeratkan hubungan antara dua buah bandar ini. Selain itu beliau yang juga Pengerusi Majlis Perunding Mahasiswa Pulau Pinang akan merancang program yang melibatkan mahasiswa antara dua buah bandar ini di masa akan datang.
Dalam pada itu, deligasi dari Politeknik Unggul ini juga turut di bawa ke tingkat 60 KOMTAR bagi melihat pemandangan Pulau Pinang secara keseluruhanya.
Monday, January 25, 2010
Merasmikan Pasar Malam Kg. Seronok
24 Januari 2010. Penduduk Kg Seronok di KADUN Bayan Lepas membanjiri kawasan Pasar Malam Kg. Seronok yang baru 6 minggu beroperasi. Majlis pada malam itu lebih bermakna apabila Y.B. Tuan Mansor bin Hj. Othman turut hadir bersama memeriahkan lagi majlis.
Pasar malam yang dikelolakan oleh JKKK Kg. Seronok itu merupakan satu lagi ruang dan peluang yang dibuka kepada peniaga khususnya bumiputera. Terdapat lebih dari 200 peniaga yang beroperasi pada setiap malam ahad. Pasar Malam Kg. Seronok juga turut menyediakan khidmat petugas lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan jalan raya memandangkan kawasan pasar malam yang terletak di jalan utama.
Pada malam itu juga, pihak JKKK selaku pengelola pasar malam menganugerahakan kepada peniaga pasar malam yang memberikan contoh yang baik kepada penaiga yang lain. Kretria yang dinilai adalah berdasarkan kehadiran dan kebersihan.
Menurut YB Mansor menjadi hasrat kerajaan negeri untuk membantu golongan peniaga kecil. Sebelum ini katanya pihak kerajaan negeri telah memperuntukan Tabung khusus untuk usahawan yang dikendalikan oleh pihak PDC. Selain itu, beliau juga turut menyeru orang ramai yang berusia 60 tahun ke atas agar mendaftarkan diri dalamPendaftaran Warga Emas kerana kerajaan negeri akan memberi pengiktirafan khusus kepada warga emas. Pada majlis itu juga sumbangan diberi kepada warga emas di kawasan Kg. Seronok.Sebelum itu, Y.B. Mansor menunaikan solat maghrib di Masjid Kg. Seronok.
Tuesday, January 19, 2010
Y.B. Mansor dan YB Law Menziarahi Mangsa Bot Terbalik
Dalam tragedi malang itu, 6 orang mati lemas selepas bot yang mereka naiki terbalik dipukul ombak.
Pada pagi ini YB Mansor dan YB Law turun menziarahi keluarga mangsa untuk menzahirkan perasaan simpati atas kejadian malang tersebut. Disamping itu YB Mansor juga turut menyumbangkan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.
YB Law memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa
Sunday, January 17, 2010
Perasmian Program Perjumpaan Bersama penduduk Taman Bukit Jambul
Selepas menghadiri majlis perasmian pejabat Persatuan Keselamatan Awam (PKA) Y.B. Mansor terus menghadiri majlis perasmian perjumpaan bersama penduduk Taman Bukit Jambul.
Taman Bukit Jambul merupakan taman yang melibatkan beberapa buah flat. Lebih kurang 3000 penduduk mendiami kawasan ini. Apa yang menarik Taman Bukit Jambul melalui Persatuan Penduduk telah melakukan insiatif dengan menggunakan kad pintar untuk menggunakan lif. Ini bagi memastikan semua penduduk membayar kos penyelengaraan bangunan.
Semangat sepakat membawa berkat yang dipraktikan oleh persatuan penduduk di sini wajar diberi pujian.
Merasmikan Pejabat Persatuan keselamatan Awam
Saturday, January 9, 2010
Ceramah Di Galeri Pejuang, Cherok To'Kun, Mengimbau Sejarah Awal Reformasi
Ini adalah sebagai langkah permulaan dalam siri tahun 2010 untuk memulakan semula penerangan kepada orang ramai tentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Thursday, January 7, 2010
8 Januari 2010 (Jumaat)
) 7.00 MLM – Jamuan Makan Malam Bersama:
1) YB Dato Seri Anwar Ibrahim
2) YAB Sdr Lim Guan Eng
3) YB Mansur Othman
4) YB Chong Eng
Tempat : Pejabat DAP Bukit Mertajam, Taman Ciku, Bukit Mertajam
—-
2) 8.30 MLM – Solat Isya/ Hajat
Tempat : Masjid Cherok Tok Kun
—-
3) 9.00 – 12.00 MLM – Ceramah Umum 1
Tempat : Galeri Perdana, Cherok Tok Kun
Penceramah:
1) YB Dato Seri Anwar Ibrahim
2) YBHG Rashidi Hussain
3) YB Sim Tze Tzin
4) YB Saifuddin Nasution
—–
9.00 – 12.00 MLM – Ceramah Umum 2
Tempat : Dewan Besar Sungai Bakap, Seberang Prai Selatan, Nibong Tebal
Penceramah :
1) YB Mansur Othman
2) YB Saifuddin Nasution
3) YB Tan Tee Beng
4) YB Tan Hock Leong
5) YB Dato Seri Anwar Ibrahim