Pages

Sunday, October 25, 2009

YB Mansor Othman Dilantik sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri Pulau Pinang.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat petang tadi telah membuat beberapa rombakan kepada Pengesi Pimpinan Negeri bagi memantapkan lagi pentadbiran parti.

YB Mansor Othman. Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang telah dilantik sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri Pulau Pinang yang baru.

Manakala YB Dato' Seri Mohamad Zahrain Hashim telah dilantik di dalam Biro Politik Pusat untuk memaklumkan perkembangan KEADILAN Negeri Pulau Pinang.

Selain Pulau Pinang antara Negeri-Negeri yang dibuat perlantikkan baru adalah Melaka, Kelantan, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Menurut Presiden KEADILAN Dato' Seri Dr. Wan Azizah pertukaran yang dilakukan adalah bagi memantapkan pentabiran Parti di Negeri-Negeri tersebut.