Pages

Thursday, October 29, 2009

Kenyataan Media Presiden Parti Keadilan Rakyat

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 29 Oktober 2009


Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.
Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.
Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.
Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.
Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
###

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Date: 29 October 2009


Recent changes to the leadership in Keadilan have caused confusion and consternation among some. I recognise that not everyone will be pleased with decisions made by the party’s leadership and not everyone will appreciate the difficulty we face in seeking to accommodate all views, including those of the divisions and branches which make up the backbone of the party, while striving to guide our party towards achieving its goals.

As our party grows in number and transforms into a national organization we have struggled at times to identify right strategy and mix of leadership that will carry us to the next level. Along the way we have encountered great challenges and have also uncovered promising new talent. Our task remains a work in progress and the announcements made this week are based on consensus and consultation within the party to work towards a better future.

Keadilan was established with a mission to be a unifying force for Malaysians of all races and religions and restore the integrity of the principles enshrined in the Federal Constitution. This mission carries unprecedented import and its pursuit confronts us with unparalled challenges.

Over the years many have poured scorn on our aspirations for a brighter future and have derided our belief in an end to racial politics and rampant corruption. And yet we, with our partners in the Pakatan Rakyat, made historic progress towards restoring democracy, freedom and the Rule of Law. We have done so despite a hostile media and the relentless attacks on us by the institutions of the government and the unlimited resources of the UMNO-led BN coalition.

I acknowledge the setbacks that we have faced since the March elections. Political parties are complex organisms and political coalitions are neither crystallised overnight nor even in a fortnight. The frustrations which have been expressed by some colleagues within the party and by some supporters are valid and I remain open to engaging all parties on the principle of mutual respect, understanding and an unrelenting commitment to the principles of justice and fairness.

The future of the nation does not lie in the hands of any one individual nor does our party nor does this coalition. I continue to ask the ongoing faith and patience of the people in supporting the mission of Keadilan and of Pakatan Rakyat.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President
Parti Keadilan Rakyat

Sunday, October 25, 2009

YB Mansor Othman Dilantik sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri Pulau Pinang.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat petang tadi telah membuat beberapa rombakan kepada Pengesi Pimpinan Negeri bagi memantapkan lagi pentadbiran parti.

YB Mansor Othman. Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang telah dilantik sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri Pulau Pinang yang baru.

Manakala YB Dato' Seri Mohamad Zahrain Hashim telah dilantik di dalam Biro Politik Pusat untuk memaklumkan perkembangan KEADILAN Negeri Pulau Pinang.

Selain Pulau Pinang antara Negeri-Negeri yang dibuat perlantikkan baru adalah Melaka, Kelantan, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Menurut Presiden KEADILAN Dato' Seri Dr. Wan Azizah pertukaran yang dilakukan adalah bagi memantapkan pentabiran Parti di Negeri-Negeri tersebut.

Menghadiri Majlis Sambutan Depavali YB Dr. Xavier di DUN Sri Andalas

Friday, October 23, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Kunjungan Dari Biro Pendidikan Keadilan Melaka

Pada 19 & 20 Oktober Biro Pendidikan Melaka telah datang ke Pulau Pinang bagi tujuan lawatan sambil belajar.

Moga dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak memberi ruang kepada Ahli Biro untuk mengetahui pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Pulau Pinang.

Wednesday, October 14, 2009

13 Buah Rumah Di Kg. Tok Elong Kini Mendapat Bekalan Air



Hari ini 13 buah rumah di Kg. Tok Elong mendapat bekalan air bersih yang amat mereka nanti-nantikan.

YB. Mansor yang turun sendiri ke padang melihat sendiri keadaan sebenar. Beliau turut berterima kasih kepada pihak media atas bantuan menghebahkan maklumat ini .

Monday, October 5, 2009

Bersama Calun PAS, Sdr. Zulkifi Hj Omar di Pasar Teluk Kemang.

YB Mansor Othman turun ke Pasar Teluk Kemang dengan calun Pakatan Rakyat Sdr. Zulkifli bersama YB Makhtar dan YB Eur.

Sdr. Zulkifli sempat menunjukan aksi membukus Nasi Lemak di salah sebuah gerai di kawasan Pasar.

Bersedia Gempur Di N31 Bagan Pinang

Di awal pagi jam 7.30 am telah memulakan program dengan bertemu jentera Pakatan Rakyat yang akan memulakan gerak kerja memgempur menemui pengundi. Rata-rata semua petugas dalam semangat juang yang tinggi.

Bergambar bersama sebahagian Jentera Muslimat PAS Pulau Pinang yang siap sedia mengempur di Taman Politeknik, Teluk Kemang.

Bersama Lim Kit Siang di Pentas DAP di Teluk Kemang

Berceramah di Markas Dewan Ulamak PAS, Kg Bagan Pinang