Pages

Monday, June 29, 2009




PROGRAM : PELANCARAN PROGRAM TAHUN MELAWAT PULAU PINANG 2010 – 2012
TARIKH : 01 JULAI 2009
TEMPAT : PADANG KOTA LAMA, PULAU PINANG



Tuesday, June 23, 2009



Y.B. Mansor menghadiri Majlis Pertemuan dan Suaikenal di antara AJK Persatuan Melayu Pulau Pinang dengan Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang.

Majlis diadakan di Dewan Pemenang, Bangunan Pemenang, Pulau Pinang.

Turut hadir adalah isteri beliau Yang Berbahagia Puan Aishah bt. Zainul. Antara tetamu lain adalah Y.B. Dato' Abdul Halim bin Hussain, Y.B. Abdul Malik bin Abul Kassim serta yang Berbahagia Dato' Hj. Yusoff bin Wazir.

Pertemuan ini adalah untuk saling mengenali antara PEMENANG dan Timbalan Ketua Menteri (1).

Tuesday, June 2, 2009

Pusat Khidmat YB Mansor Othman

Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N12 Penanti YB Mansor Othman akan di buka di persimpangan masuk ke Taman Guar Perahu (Jalan Arumugan Pillai , Jalan Guar Perahu 1).

HSM 10, Lot 1612 MK 20, Jalan Guar Perahu 1, 14000 Bukit Mertajam
Tel : 04- Email : adunpenanti@gmail.com

Monday, June 1, 2009

TKM 1: Dr. Mansor angkat sumpah Rabu

Anna Yusof (suara Keadilan)

BUKIT MERTAJAM, 1 Jun (SK) : Timbalan Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman yang memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti semalam akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Negeri Pulau Pinang Rabu ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini malam tadi.

Beliau berkata majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi.

“Saya akan syorkan supaya Dr. Mansor dilantik sebagai TKM1 nanti,” katanya.

Dalam pada itu Lim turut mengucapkan tahniah kepada Dr. Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah kemenangan rakyat.

“Ini adalah kemenangan rakyat, kita akan terus bekerja untuk rakyat,” katanya.

Malah perkembangan itu turut dinyatakan oleh Penasihat Dap, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

Prinsip-Prinsip Pemerintahan Bakal Timbalan Ketua Menteri 1

Sekiranya saya menang Pilihan Raya Kecil Penanti dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, saya berazam memainkan peranan membantu dan melengkapkan kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng ke arah menterjemahkan dasar-dasar semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan:

1. Mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan serta menghormati hak asasi manusia tanpa diskriminasi dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang.

2. Melaksanakan dasar ekonomi yang mementingkan pertumbuhan dan pembangunan mapan serta pengagihan kekayaan yang adil untuk semua rakyat negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum.

3. Mengiktirafkan pendidikan berkualiti sebagai asas kemajuan setiap insan serta keseluruhan negeri Pulau Pinang, khasnya untuk bersaing dalam sektor teknologi maju (high-tech) dalam era pasca globalisasi.

4. Membasmikan kemiskinan dan memastikan semua keperluan asas seperti makanan, kesihatan, perumahan dan pengangkutan awam dapat dikecapi oleh golongan miskin negeri Pulau Pinang.

5. Menumpukan perhatian yang sewajarnya kepada kemajuan kawasan-kawasan pedalaman, dari segi infrastruktur serta corak hidup penduduk kawasan tersebut.

6. Mengiktiraf dan menghargai sumbangan kaum wanita terhadap pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pulau Pinang.

7. Mengembangkan potensi dan memantapkan peranan belia yang merupakan masa depan Negeri Pulau Pinang dengan program-program bermakna yang akan mengurangkan gejala sosial yang melibatkan anak-anak muda.

8. Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri teladan di mana rakyat semua kaum dan agama menghormati dan membantu satu sama lain dan hidup bersama secara padu dan aman.

9. Memupuk keperihatinan terhadap alam sekitar dan menggalakkan gaya hidup yang mesra alam agar persekitaran Pulau Pinang dipulih semula dan kembali menjadi habitat terpilih serta tarikan pelancong utama.

10. Memandukan pemerintahan negeri Pulau Pinang berdasarkan prinsip dan nilai-nilai kerohanian sejagat dan mewujudkan suatu masyarakat murni dan progresif di Negeri Pulau Pinang.


MANSOR BIN OTHMAN
Calon Parti Keadilan Rakyat
Pilihan Raya Kecil DUN N. 12 Penanti

Piagam Calon Parti Keadilan Rakyat

28 Mei 2009

1. Mengadakan pusat khidmat rakyat dalam tempoh 48 jam selepas diumumkan sebagai wakil rakyat DUN Penanti. Pusat ini akan berfungsi sebagai ‘one stop center’ yang membolehkan rakyat tanpa mengira kaum dan latarbelakang mendapatkan perkhidmatan daripada wakil rakyat. Pusat ini akan dilengkapi kemudahan telekomunikasi dan internet.


2. Mengadakan talian ‘hotline’ dan email aduan untuk membolehkan rakyat berhubung dan berurusan 24 jam sehari dengan wakil rakyat.


3. Mempraktikkan amalan turun padang bertujuan mendengar sendiri punca masalah rakyat dalam DUN Penanti


4. Mendahulukan program kebajikan rakyat terutama kelompok ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas supaya keperluan dan kebajikan mereka terjaga


5. Mengadakan program tuisyen dan bimbingan pelajaran percuma kepada anak-anak cemerlang terutama dari kalangan keluarga berpendapatan rendah.


6. Membina jaringan dengan kumpulan ‘civil societies’ , NGO’s dan institusi pendidikan sekaligus memanfaatkan pengalaman dan kepakaran mereka untuk pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan dalam DUN Penanti


7. Menggerakkan program ‘empowerment’ untuk ‘local opinion leaders’ dengan fokus utama kepada imam, jawatankuasa masjid, JKKK, pimpinan dan jawatankuasa rumah ibadat.


8. Mewujudkan klinik komuniti untuk kemudahan rakyat Penanti


9. Menwujudkan Bazar Rakyat untuk menjadi platform aktiviti kelompok peniaga kecil dan tarikan perlancongan setempat


10. Mempertingkatkan kemudahan prasarana termasuk aktiviti pengindahan kawasan pasar Penanti, tanah perkuburan dan tempatt-tempat rekreasi


11. Mewujudkan dewan komuniti untuk aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri-kendara, forum rakyat dan sambutan hari kebesaran.