Pages

Thursday, November 8, 2012

TKM 1 turun padang tengah malam tinjau masalah rakyat

Pak Mat Desa mengadu bekenaan air sungai Kulim sering memasuki rumah beliau jika hujan lebat lebih dari sejam.

Penerangan oleh Jurutera Daerah JPS Encik Anuar berkenaan hujan lebat dari Kulim yang mengakibatkan limpahan air sungai membanjiri beberapa rumah di Kuala Mengkuang pada sekitar jam 11 malam.

turun padang meninjau masalah rakyat
Tinjauan TKM 1 berakhir jam 12.45 malam dan mengharapkan Pihak JPS SPT dapat melakukan sesuatu tindakan untuk mengatasi masalah limpahan air sungai tersebut.

TKM 1 santai bersama JKKK, Briged Pmtg Pauh dan PPS Penanti.

TKM 1 YB Dato' Mansor Othman menyampaikan amanat penting diambang pilihanraya.



Cikgu Azmee Pengerusi JKKK Kubang Ulu/Kuala Mengkuang

Ahmad Isa Pengerusi JKKK Mengkuang Mak Sulong.

Hj. Bakar Pengerusi JKKK Padang Ibu.

Saudara Rosli Ahmad Setiausaha JKKK Guar Perahu.

Saudara Shukri Hamid Pengerusi JKKK Tanah Liat MK 9
Saudara Rosli Ahmad Setiausaha JKKK Mengkuang Titi.

Ahli JKKK Wanita Penanti yang turut serta dalam majlis santai yang begitu meriah...
Ahmad Mahmud dari JKKK Kg. Mengkuang begitu terharu dan bersemangat menerima uniform baru dari TKM 1
Satu kelebihan TKM 1, beliau mesra rakyat...layan diri bersama rakyat..Gulai ikan temenung lemak memang menjadi kegemaran sejak dulu lagi..
JKKK Sg Lembu turut hadir diketuai oleh Tan Sing Lee

Happy Deepavali...semua dijemput hadir,,,


Monday, October 29, 2012

TKM 1 Pulau Pinang lancar sistem eJKKK

Peserta Majlis Pelancaran eJKKK

Secara umumnya objektif sistem eJKKK ialah:

1. Menyediakan akses maklumat berkaitan JKKK secara atas talian secara mudah dan cepat.

2. Memantapkan proses pemantauan aktiviti dan prestasi JKKK secara lebih tepat dan cepat.

3. Mewujudkan persekitaran komunikasi dan pengkalan data yang lebih cekap antara Pejabat Timbalan Ketua Menteri (I), Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan, Pejabat Daerah dan JKKK.

TKM 1 Melancarkan eJKKK
4. Mewujudkan budaya ICT dalam pentadbiran setiap JKKK Negeri Pulau Pinang. Sistem ini telah dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (SUK) serta Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) bermula pada tahun 2010 dan siap sepenuhnya untuk ujian penggunaannya pada awal tahun 2012 ini.

Kini, sistem Fasa Pertama yang telah siap sepenuhnya ini membolehkan urusan seperti pendaftaran dan penamatan keahlian JKKK boleh dilakukan secara atas talian (online) tanpa melalui proses dokumentasi yang panjang. Selain itu, sistem ini juga menyediakan maklumat data yang lengkap mengenai struktur organisasi dan maklumat peribadi setiap ahli JKKK seluruh negeri Pulau Pinang.

Jika sebelum ini data hanya di kumpulkan di dalam rekod di setiap pejabat daerah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kini data tersebut dapat di akses dengan mudah, cepat dan tepat oleh sesiapa sahaja selepas sistem ini di buka untuk akses umum.

Namun, untuk permulaan fasa pertama ini pihak berkuasa negeri yang terdiri daripada Pejabat Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) sahaja dibenarkan untuk menggunakan sistem ini.

Pihak Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri kini sedang giat memuat-naik data tambahan seperti info dan peta kawasan, senarai kemudahan, maklumat pasar malam, Pasukan Peronda Sukarela, pelaksanaan mesyuarat bulanan, pembayaran elaun dan aktiviti-aktiviti JKKK ke dalam sistem eJKKK ini yang telah memasuki pembangunan fasa ke-2.

Sunday, October 28, 2012

Jom sertai Wacana Wakaf


Pendahuluan :
Wakaf adalah amalan mulia yang sangat di galakkan oleh Islam. Sebagai salah satu mekanisme kebajikan, wakaf agak unik berbanding dengan sedekah, hadiah dan derma kerana harta yang diwakafkan itu akan di ‘tahan’ ia itu tidak dihabiskan tetapi sebaliknya apa-apa manfaat atau pulangan daripada penggunaan harta wakaf itu boleh dibelanjakan. Menyedari kepentingan wakaf sebagai salah satu instrument pembangunan umat Islam, maka Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) mengorak langkah untuk membincangkan dan seterusnya meletakkan halatuju bagi pembangunan wakaf di Pulau Pinang dengan mengetengahkan tokoh-tokoh yang pakar di bidang ini.
Objektif :
  • Memberikan pendedahan kepada umat Islam akan kepentingan wakaf sebagai salah satu instrumen pembangunan Umat Islam.
  • Mengukuhkan kefahaman umat Islam mengenai kepentingan wakaf.
  • Merangka strategi dan susun galur pembangunan hartanah wakaf di Pulau Pinang

Tarikh : 3 November 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi (pendaftaran) - 1.00 petang
Anjuran : Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP)
Ucaptama ”Wakaf Membangunkan Ummah ”
Tan Sri Muhammad Ali bin Hashim
Pengerusi Dewan Pedangangan Islam Malaysia (DPIM)
Bekas Presiden dan CEO Jcorp
Diskusi Wakaf "Memeta Halatuju Wakaf Pulau Pinang”
Ahli Panel:
Datuk Dr. Mohd. Ghazali bin Mohd Noor
Bekas Pengarah Perancangan Strategik Islamic Development Bank (IDB) Gorup, Jeddah
YB Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar 

Tuesday, October 9, 2012

Selamat menempuh peperiksaan - TKM 1 Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula hari ini sehingga 16 Oktober 2012 di ucapkan selamat menempuhi peperiksaan. Saya doakan agar kejayaan akan sentiasa bersama-sama anda. USAHA, DOA &TAWAKAL KUNCI KEJAYAAN.

Insyallah.

Ikhlas Daripada:

YB. DATO' MANSOR BIN HJ OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang
Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti

Friday, October 5, 2012

Laman Rasmi YouTube TKM 1 Pulau Pinang


Kini Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Dato' Mansor Othman mempunyai laman rasmi YouTube. Anda boleh layari seperti link di bawah untuk ikuti video terkini isu-isu semasa di Pulau Pinang..selamat menonton..

http://www.youtube.com/channel/UCNZRHiydrgE2ajUTZSOR7sA?feature=results_main

Thursday, April 19, 2012

Salleh Man akan mula tugas pengerusi MAINPP

Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Salleh Man akan mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam tempoh tiga bulan dari tarikh watikah pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dikeluarkan pada 10 Februari.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman berkata watikah pelantikan itu telah memberi perkenan kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim sebagai Yang Dipertua MAINPP bagaimanapun kerajaan negeri telah membuat permohonan agar tempat itu diisi oleh Salleh.

"Kerajaan negeri memang mencalonkan Abdul Malik untuk jawatan itu kerana nama Salleh tidak terpilih untuk tempoh 2010 hingga 2011 dan diganti dengan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Ellias Zakaria," katanya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di Georgetown hari ini.

Bagaimanapun Mansor berkata pemilihan Salleh untuk kali kedua adalah disebabkan janji oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan melantik beliau sekiranya memenang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 2009.

Sementara itu Abdul Malik, yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata bahawa beliau tidak ragu-ragu melepaskan jawatan itu kepada Salleh kerana ia adalah keputusan kerajaan negeri.

Kekosongan jawatan Yang Dipertua MAINPP berlaku setelah Elias yang merupakan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM menamatkan perkhidmatannya pada 31 Dis 2011.

Thursday, April 5, 2012

MAHASISWA PULAU PINANG DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) & UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) SAMBUT MERIAH KUNJUNGAN DATO' MANSOR


KUCHING 31 Mac 2012- Kesempatan lawatan kerja ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh Y.B. Dato' Mansor Hj Othman untuk bertemu dan beramah mesra dengan siswa-siswi dari negeri Pulau Pinang yang sedang menuntut di IPTA kedua-dua negeri tersebut.



Dato' Mansor yang juga merupakan Pengerusi Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang (MPMPP) melapangkan masa untuk makan malam bersama kira-kira 300 orang siswa-siswi Pulau Pinang di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Disamping jamuan makan malam, program tersebut juga diserikan dengan majlis penganugerahan sijil kecemerlangan akademik oleh MPMPP kepada mahasiswa anak Pulau Pinang yang cemerlang dalam bidang pengajian mereka.





Dalam ucapannya Dato' Mansor mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih terhadap pihak pentadbiran UNIMAS kerana kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis makan malam tersebut. Kehadiran wakil pentadbiran dan juga pensyarah Universiti di majlis yang dijayakan di salah sebuah hotel di bandaraya Kuching itu dilihat sebagai petanda positif kerjasama erat antara MPMPP dan UNIMAS demi kebajikan para pelajar.



Dato' Mansor juga menasihati mahasiswa yang hadir supaya tidak mensia-siakan masa berharga di Universiti dengan menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk menjadi modal insan yang berjaya untuk kembali berkhidmat kepada negeri Pulau Pinang pada suatu masa nanti. Menurut beliau lagi, mahasiswa merupakan aset kepada Kerajaan Negeri sebagai tenaga kerja dan kepimpinan negeri pada masa hadapan, oleh itu MPMPP merupakan medium perantara untuk menjamin kebajikan mahasiswa yang sedang menuntut samaada di dalam mahupun di luar negeri.






Sementara itu pada hari sebelumnya di Kota Kinabalu Sabah, Dato' Mansor melapangkan masa untuk makan tengahari bersama kira-kira 30 orang mahasiswa Pulau Pinang yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS).