Pages

Tuesday, March 2, 2010

RIBUAN RAKYAT MENDENGAR AMANAT ANWAR DI KAMPUNG GUAR JERING





PERMATANG PAUH- Sambutan menggalakkan di kampung Guar Jering terhadap DSAI makin mengejutkan.Penganalisis politik menyatakan bahawa semakin banyak tekanan terhadap beliau semakin ramai yang ingin menyambut beliau di mana sahaja beliau hadir.

DSAI menyatakan bahawa Dr Yusoff Qardawi ,ulama besar Qatar yang ketua ulama islam sedunia akan datang ke Kuala Lumpur pada bulan ini untuk mengeluarkan fatwa selama 12 minit untuk seluruh umat islam di Malayisa kerana sesiapa yang membuat fitnah adalah kerja orang munafik dan orang fasiq, Majlis ini akan di lancarkan di Kuala Lumpur dengan pesanan khas Yusof Qardawi , sementara di pasentren wali sogo, sunan ampel wali ke 9 juga telah membuat solat hajat khas 12,000 dimana hampir orang yang hadir. Ini di hadiri oleh Ketua AMK saudara Shamsul Iskandar . Manakala di Kerala India pula Sheikh Abdul Rahman bersama 10,000 pengikut nya bersembahyang khas dan meinta saya juga berdoa di rumah bersama-sama mereka.

"Umno mencerca orang tanpa ada adap"

"Kalau betul nak ada roh islam, kita tak dapat lawan PAS,cuma bila kalah di Pulau Pinang,mereka (umno) cuba pula untuk menunjukkan mereka lebih islam.Kita faham dan sekarang Azizah juga di cerca, adakah sampai macam inikah kerja mereka.Jika ada mana-mana sahaja pihak yang mahu menyertai Umno , maka kita mencerca dan akhirnya sampai negeri pula tidak dapat dijaga.

"Menteri pula yang sanggup menipu dengan harga jet pejuang, begitu juga dengan harga kapal selam, dan sampai berlakunya pembunuhan Altantunya,ini saya bercakap di parlimen.Negara apakah kita ini" demkian jelas Anwar lagi.


"Janganlah menjual maruah dan di perbodohkan oleh menteri.Ekonomi negara jatuh dan yang kita menang dengan Burma, malah kita jatuh dengan Indonesia,Vietnam,Thailand, kita kalah.Ini nak jadi apa kah negara kita ini"

Beliau kemudian bertolak ke Kedah untuk berceramah di sana.

alam majlis yang sama juga TKM1 Dr Mansor Othman dan Yb Azmin menerima 128 borang kemasukan ahli baru PKR . Ini berikutan di tempat yang sama juga pada sebelah petangnya Datuk Zahid Hamidi telah hadir di kampung berkenaan dan menerima 77 keahlian baru yang di katakan ahli PKR dan PAS dari Penanti yang berpaling tadah kepada Umno.


Maklumat yang di sampaikan kepada team WRLR , menyatakan bahawa , kemasukan tersebut bukannya penduduk kampung Guar jering, akan tetapi dari kawasan lain. Untuk mendapatkan kepastian,maka ramai yang tertanya-tanya gerangan dari manakah mereka ini?

Jawapan mereka ialah " Bukan orang Kampung kami tu.. sekor pun kami tak kenai" ada juga yang berkata "Biasala.. lakonan semula, Orang UMNO masuk UMNO" dan ada juga yang berkata "Depa berlakon saja tu.. Zahid Hamidi nak mai, depa kena tunjuk la yang ahli depa tu semakin ramai.. padahal dok berkurang lagi ada la".

Itulah antara sebahagian dari jawapan penduduk kampung Guar Jering tempat majlis itu diadakan..

Nampaknya Ahli-ahli UMNO sekarang semakin bijak memperbodohkan pemimpin mereka..



Ehsan: WRLR

Monday, March 1, 2010

Merasmikan Pertandingan Bola Sepak di Guar Jering



28 Feb: YB Mansor turun ke padang menghadiri majlis pertandingan bola sepak bersama pemuda di Guar Jering, Penanti.
Majlis yang dianjurkan oleh JKKK Guar Perahu itu mendapat sambutan yang menggalakan dari pemuda di Guar Jering.
Sebelum itu, satu majlis ceramah perdana telah diadakan di Padang Guar Jering yang turut dihadiri Dato Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sambut menggalakkan. Dianggarkan seramai 10000 orang hadir dalam ceramah tersebut.
Selain itu, seramai 151 orang menyertai Parti Keadilan pada malam ceramah tersebut.

Majlis Perasmian Ceramah Maulidur Rasul Anjuran YMSC


20 Feb. 2010: YB Mansor melapangkan masa untuk hadir merasmikan majlis ceramah 11 hari maulidur rasul di Young Muslim Sport Club, King Street, Pulau Pinang.

YB Mansor dalam ucapannya menyentuh mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai NGO untuk memastikan usaha dan tujuan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarbangsa tercapai. Justeru YB Mansor mengucapkan tahniah kepada pihak YMSC kerana telah berusaha menjadi sebuah persatuan yang sangat disegani ramai.

Majlis Ceramah Perdana "Tolak Fitnah, Selamatkan Pulau Pinang"




12 Februari 2010: YB Mansor bersama barisan exco yang lain telah hadir ke Tapak Pesta Pulau Pinang untuk majlis ceramah perdana "Tolak Fitnah, Selamatkan Pulau Pinang".
Turut hadir adalah YB Salleh Man, Persuruhjaya PAS Pulau Pinang dan YB Dato Mahfuz Omar Naib Presiden PAS.

Saturday, February 20, 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA DUN PENANTI

Seluruh rakyat dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dun Penanti:

21 Februari 2010
Dewan Persatuan Tan Kongsi, Tanah Liat

Jam: 2.00- 5.00 pm

Hadirlah beramai-ramai

Saturday, February 13, 2010

Friday, February 12, 2010

Kenyataan Media

KENYATAAN MEDIA

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN

PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) NEGERI PULAU PINANG

 

 

Selepas kritikan yang tidak berasas kepada Ketua Umum parti iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim, kita memang menjangka Dato Seri Zahrain akan keluar dari parti. Justeru keputusan ini tidak sesekali mengejutkan kita walaupun kita kesal dengan kenyataan yang tidak berasas yang dikeluarkan oleh Dato Seri Zahrain.

 

Sebenarnya cabang beliau sendiri telah menghantar surat untuk berjumpa dengan beliau tetapi beliau tidak berani bersemuka dengan anggota-anggota cabangnya sendiri. Ini bermakna beliau tidak mempunyai pengikut di cabang beliau sendiri. Malah cabangnya sendiri bercadang untuk membuat undi tidak percaya kepada beliau. Ini sekaligus membuktikan beliau tidak mempunyai pengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang malah di cabangnya juga.

 

Dato Seri Zahrain sekarang bebas untuk membuat kritikan kepada Pakatan Rakyat kerana beliau tidak lagi terikat dengan permuafakatan Pakatan Rakyat namun Dato Seri Zahrain mesti ingat bahawa ahli-ahli parti juga kini bebas membuat kritikan kepada beliau tanpa sebarang sekatan.

 

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN

12 FEBRUARI 2010


Sent from my iPhone

Thursday, February 11, 2010

CERAMAH PERDANA : TOLAK FITNAH, SELAMATKAN PULAU PINANG



CERAMAH PERDANA - TOLAK FITNAH, SELAMATKAN PULAU PINANG

Ceramah diatas akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 12 Febuari 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Tapak Pesta, Sg Nibong, Pulau Pinang
Penceramah :
YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri)
YB Mansor Othman (TKM 1)
YB Dato' Mahfuz Omar

Sila hadir beramai-ramai dan sebarkan maklumat ini kepada semua ahli-ahli serta penyokong PR.

Sunday, February 7, 2010

Penyampaian Sumbangan dan Hadiah Di Pinang Tunggal

Penyampaian sumbangan kepada warga rumah orang tua Happy Retirement Home di Pematang Durian.







Pertandingan akhir Piala TKM1 Pulau Pinang antara Mesra FC A dan Mesra FC B.



Johan Piala TKM1 Mesra FC A






Permain terbaik perlawanan




- Posted using BlogPress