Pages

Thursday, November 21, 2013

KENYATAAN MEDIA Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN

KENYATAAN MEDIA
Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT
NEGERI PULAU PINANG

Saya ingin merujuk kepada laporan berita The Star pada 20 November 2013 muka surat 6 (Nation) yang bertajuk”MP gunning for council chief”
Kenyataan YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong yang mengesa Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Ar. Patahiyah Ismail meletakan jawatan sekiranya beliau tidak lebih baik daripada YDP MPPP terdahulu adalah kasar dan tidak mencerminkan keseluruhan pendirian gabungan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Pihak kami juga berpandangan sesuatu teguran kepada penjawat awam hendaklah disampaikan melalui saluran yang betul dan hendaklah dengan cara yang berhemah. Justeru, tindakan YB Jeff Ooi menegur di media secara terbuka adalah tidak wajar dan tidak mencerminkan sifat profesional sebagai seorang ahli parlimen.
Penggunaan kata-kata kesat seperti ”kucing kurap” juga tidak sesuai dan sangat tidak wajar diungkapkan oleh seorang Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri. Penggunaan kata-kata kesat terhadap kakitangan awam adalah tidak selari dengan sikap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sentiasa memperkasa dan menghargai jasa dan pengorbanan kakitangan awam.
Tindakan YB Jeff Ooi ini juga telah menyulitkan urusan kerajaan kerana akan menwujudkan persepsi yang buruk kakitangan awam terhadap pimpinan kerajaan. Adalah wajar untuk YB Jeff Ooi memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu bagi menjernihkan keadaan ini.
Sekian,
Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ OTHMAN
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang
Ahli Parlimen Nibong Tebal
TARIKH: 21 NOVEMBER 2013

Monday, May 13, 2013

Terima Kasih


Kepada semua pengundi dan jentera Pakatan Rakyat. Pihak Admin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda sepanjang PRU13.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 17, 2013

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI PULAU PINANG.

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI PULAU PINANG.

12 teras utama yang akan menjadi dasar PR Penang

1) KERAJAAN BERSIH

1.1) Mempertingkatkan urus tadbir CAT.
1.2) Pengisytiharan harta secara terbuka semua wakil rakyat.
1.3) Memantapkan enakmen kebebasan maklumat.
1.4) Melarang ahli keluarga wakil rakyat drpd berurusniaga.
1.5) Melaksanakan dasar kerajaan berjiwa rakyat 3P utk Perkasakan, Perkuasakan, Perkayakan rakyat

2) PERTUMBUHAN EKONOMI

2.1) Menjadi Pusat Halal Global serta hab serantau rantaian bekalan pembuatan dan pasaran di Indo-Malaysia-Thai
2.2) Merancakkan pertumbuhan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan, jamin keadilan sosio ekonomi dan peluang saksama.
2.3) Mewujudkan Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Hijau di Batu Kawan.
2.4) Perkembangkan skim bantuan kewangan mikro-kredit dengan tambahn RM5 juta.
2.5) Memberdayakan Perusahan Kecil & Sederhana negeri melalui :PUSAT SMART, PUSAT SME, TAMAN PERINDUSTRIAN SME RM150juta
2.6) Membangunkan zon industri akualtor di SPU dan SPS serta hapuukan bayaran lesen tangkap ikan dan bot serta memberi pukat secara tahunan.

3) PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN

3.1) Mempromosi Penang sebagai destinasi pelancongan berpendapatan tggi & sederhana.
3.2) Membangunkan pelancingan MICE, melalui penubuhan 2 lokasi MICE iaitu Subterrance Penang International Conference & Exhibition Centre (sPICE) serta Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) yang bernilai RM600 juta.
3.3) Mengembangkan sektor pelancongan perubatan.
3.4) Memantapkan Penang sebagai destinasi warisan, rekreasi, agama, sukan, makanan dan eko-pelancongan
3.5) Membangunkan Balik Pulau dan Batu Kawan sebagai resort warisan eko.

4) PENGEMBANGAN SAINS & PENDIDIKAN

4.1) Menggalakkan minat dlm sains & teknologi melalui Majlis Sains Penang dan inisiatif Tech-Dome Penang.
4.2) Memupuk modal insan dgn melatih semula, mengekalkan dan mencungkil bakat.
4.3) Menjadikan Penang hab pendidikan serantau dgn menraik universiti antarabangsa untuk mendirikan kampus di Penang seperti Asian Women's Leadership University (AWLU) dan sebuah universiti Islam antarabangsa.
4.4) Mendirikan Pusat Pembelajaran Penang dgn Program Pembelajaran Kreatif untuk kelas pemulihan dalam membaca, menulis Matematik, Sains, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.
4.5) Meluaskan program latihan semula dan peningkatan kemahiran melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Penang (PSDC)

5) PENYEDIAAN INFRASTRUKTUR

5.1) Melaksanakan pelan induk pengangkutan negeri untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas iaitu ;-
- Merancang pembinaan trem di seluruh negeri Pulau Pinang dan teksi air.
- Melaksana projek RM6.3 billion utk meleraikan trafik melalui 3 lebuhraya drpd Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, Persiaran Gurney ke Lebuhraya Lim Chong Eu, Air Itam ke Lebuhraya Lim Chong Eu serta terowong bawah dasar laut yang akan menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam.
- Kerja menaiktaraf dan pembinaan jalan baru di Sbrg Prai dan di Pulau seperti Bukit Minyak dan Jambatan Kampung Tanjung Berembang sebanyak RM60juta

5.2) Meluaskan perkhidmatan WiFi percuma di seluruh negeri dan menyediakan infrastruktur internet berkelajuan tinggi.
5.3) Menambah dan menaiktaraf pasar dan kompleks makanan awam sebanyak RM35 juta.
5.4) Menambah projek perparitan dan menyusuli dgn kerajaan persekutuan ttg perlaksanaan Rancangan Tebatan Banjir.

6) PERUMAHAN UNTUK SEMUA
6.1) Meneruskan Tabung Perumahan Mampu Milik sebanyak RM500 juta demi membantu setiap keluarga.
6.2) Membina 22,000 unit rumah mampu milik berkualiti di George Town, Teluk Kumbar, Butterworth, Bukit Mertajam, Batu Kawan dan Juru sekaligus merangkumi 5 daerah.
6.3) Memastikan semua daerah mempunyai rumah sewa golongan termiskin
6.4) Menggerakkan Lembaga Perumahan Negeri untuk menjamin pengurusan perumahan yang lebih berkesan.
6.5) Meneruskan peruntukan RM50 juta utk Program Bantuan Perumahan Penang bagi membaiki kemudahan flat, rumah kos rendah dan rumah awam kerajaan negeri.

7) MEMARTABATKAN ISLAM

7.1) Menjadikan MAINPP dan agensinya tonggak kegiatan ummah dan pembangunan insan dgn memperkemaskan pengurusan wakaf.
7.2) Menjadikan masjid pusat pembangunan ummah dengan konsep Masjid Madani.
7.3) Menubuhkan sebuah Hospital Islam berkonsepkan wakaf di Penang.
7.4) Memberi tanah untuk pembangunan surau, perkuburan Islam dan MAINPP.
7.5) Meneruskan peruntukan tahunan untuk aktiviti keagamaan.
7.6) Memberi tanah RM50 juta utk dirikan Kompleks Ibu Pejabar Syariah dan belanjakan RM10 juta utk bina mahkamah Syariah.

8) NEGERI BERKEBAJIKAN

8.1) Menghapuskan kemiskinan melalui Agenda Ekonomi Saksama (AES) dgn menjamin pendapatan isi rumah minima RM770 sebulan.
8.2) Meneruskan sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas, OKU dan ibu tunggal. Khairat kematian RM1000 secara one-off kpd waris, sumbangan RM200 untuk program Anak Emas, Pelajar Emas, RM1000 kepada mahasiswa IPTA serta RM100 sebulan kepada penarik beca.
8.3) Memulakan operasi Pusat Dialisis CAT di setiap daerah.
8.4) Kad bas Rapid Penang percuma kepada OKU, serta menjadikan Penang sebagai negeri mesra OKU.
8.5) Menubuhkan unit pendaftran dan unit bantuan di setiap daerah untuk mengawal penduduk Malaysia tanpa kewarganegaraan.
8.6) Memberikan insentif perkhidmatan kepada pemandu teksi sebanyak RM600 setahun.

9) PEMBANGUNAN WANITA DAN ANAK MUDA

9.1) Membangun dasar responsif gender demi memartabatkan golongan wanita & menghapuskan diskriminasi ke atas wanita.
9.2) Memberi pemeriksaan mamogram percuma serta menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di setiap daerah.
9.3) Pembinaan gelanggan futsal di setiap KADUN.
9.4) Mempergiatkan program-program pemerkasaan wanita dan memperkenalkan kanak-kanak melalui PWDC.
9.5) Mewujudkan program latihan & latihan semua anak muda utk menghadapi pasaran kerja dgn kerjasama PSDC dan Pusat CAT.

10) KESENIAN, KEBUDAYAAN & WARISAN.

10.1) Memelihara dan mengukuhkan taraf George Town sebagai Bandar Warisan Sedunia UNESCO.
10.2) Menubuhkan ArtsPenang sebagai badan penyelaras & pelaksanaan seni dan budaya serata membentuk Majlis Warisan Penang dan Pesuruhjaya Warisan Negeri di bawah enakmen Warisan Negeri.
10.3) Memohon kerajaan persekutuan menetapkan lingkaran tanah warisan Melayu seperti di Tanjung Tokong dan Batu Uban.
10.4) Menaiktaraf Dewan Sri Pinang dan Dewan Bandaran sebagai pentas seni antarabangsa.
10.5) Memantapkan Lembaga Wakaf Hindu.
10.6) Menambah zon rumah ibadat bukan Islam di penempatan baru mengikut keperluan.

11) PULAI PINANG BERSIH, HIJAU, SIHAT & SELAMAT

11.1) Meneruskan kempen "Tiada Beg Plastik Percuma", laranagan mengunakan bekas polisterina, menjadikan Penang Bebas Asap Rokok (PENBAR) serta mensasarkan kadar kitar semula 40% dan mengurangkan penjanaan sisa per kapita 50%.
11.2) Menyiapkan Pelan Tempatan Khas utk Bukit Bendera & Taman Botani serta mewujudkan lebih ruang hijau & tmn rekreasi.
11.3) Menggalakkan pensijilan Green Building Index (GBI) untuk membina bangunan mesra alam sekitar.
11.4) Menambah CCTV dan pencahayaan lampu jalan untuk mengekalkan Pulau Pinang negeri paling selamat di Malaysia.
11.5) Mengekalkan Balik Pulau sebagai Koridor Hijau.

12) DESENTRALISASI

12.1) Melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan untuk memperkasakan demokrasi tempatan.
12.2) Mempertingkatkan sistem pengangkutan awam melalui perkhidmatan bas percuma waktu puncak di seluruh negeri.
12.3) Menjadikan Penang sebagai negeri berbasikal dengan penyediaan laluan berbasikal 200km di serata negeri.
12.4) Mengembalikan Pelabuhan Pulau Pinang dan perkhidmatan feri kepada kuasa kerajaan negeri.
12.5) Mengembalikan kuasa menentukan hak milik kekal tanah kepada kerajaan negeri.

Monday, April 15, 2013

Manisfesto Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang

Dalam beberapa jam lagi Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang akan melancarkan Manifesto bagi mendekati pengundi di Pulau Pinang,

Semoga dengan Manifesto ini ianya akan memberi ruang kepada pengundi untuk meneliti dan meneruskan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Friday, November 30, 2012

Thursday, November 22, 2012

Video penuh Wacana Islam dan Melayu sempena Ma'al Hijrah



Rakaman pada 15hb Nov 2012 bertempat di Kompleks Tabung Haji, sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri. Ahli panel yang terlibat :-

1- Prof Madya Dato' Dr Muhd Asri Zainal Abidin (MAZA)
2- Yang Berhormat Dr Mujahid Yusuf Rawa
3- Dr Maszlee Malik (Moderator Debat Sinar Harian)
- Penampilan penulis buku Islam Dan Melayu : Dato' Dr Siddiq Fadzil

Antara yang menarik :

1- Adakah betul bangsa Melayu itu istimewa?
2- Allah tidak akan menghukum seseorang atas sesuatu yang dia tiada kuasa memilih.
3- Perlunya untuk menyelongkar dan semakan semula sejarah sebenar bangsa Melayu.
4- Fitnah terhadap Hang Tuah dan Hang Jebat
5- Tiga bangsa yang Melayu kena tiru untuk maju.

Dan banyak lagi kupasan menarik dari para ahli panel. Selamat menonton dan berhijrah..

Saturday, November 17, 2012

Anwar umum TKM 1 bertanding di Nibong Tebal


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menamakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mansor Othman sebagai calon PKR bagi kerusi parlimen Nibong Tebal.

Kerusi itu dimenangi oleh Tan Tee Beng dalam pilihan raya umum 2008 tetapi  keluar PKR setahun kemudiannya untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Tan (kanan), yang merupakan bekas pemimpin Pemuda Gerakan, kemudiannya menyertai parti KITA tetapi dipecat daripada parti awal tahun ini. KITA ditubuhkan oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 2,000 di Sungai Udang malam tadi, Anwar memohon maaf kerana beliau yang memilih Tan bertanding di situ, sambill menambah, kali ini parti itu memilih seorang yang telah teruji dan berpengalaman.

Mansor mungkin berdepan dengan pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, yang tewas hilang kerusi itu kepada Tan dengan majoriti 3,087 undi pada 2008.

anwar ibrahim ceramah in sungai udang penang"Oleh kerana kita akan berdepan dengan ketua Umno negeri, maka kita akan hantar ketua PKR negeri, Datuk Mansor, untuk bertanding di sini," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

"Kita mahu Datuk Mansor membantu kita apabila kita menang Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang."

Mansor bertanding dua kerusi?

Dengan Mansor, yang merupakan ADUN Penanti, bertanding kerusi Parlimen, maka tidak jelas sama ada beliau akan digugurkan sebagai timbalan ketua menteri sekiranya Pakatan mempertahankan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, bekas pensyarah universiti itu boleh bertanding di dua kerusi - mempertahankan DUN Penanti serta untuk merampas kembali Tebal Nibong.

Kes polis rogol warga Indonesia, Mansor Othman desak cepat tubuh IPCMC


Saya ingin merujuk kepada laporan berita Bernama dan Sinar Harian bertarikh 11 November 2012 mengenai dakwaan kes tiga anggota pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merogol seorang warga Indonesia.
Dakwaan yang dilaporkan di Prai, Pulau Pinang ini amat menggusarkan rakyat Pulau Pinang mengenai tahap keselamatan tatkala yang didakwa melakukan jenayah adalah mereka yang diberi amanah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Inilah yang dikatakan ”harapkan pagar, pagar makan padi”.
Rakyat Malaysia, khususnya warga Pulau Pinang mendesak agar dakwaan ini dipandang serius oleh pihak pasukan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tambahan pula kes ini melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan jiran tetangganya Indonesia.
Saya mengulangi ketegasan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa langkah penambahbaikan pasukan PDRM hendaklan dilaksanakan tanpa berlengah-lengah lagi sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang dibentuk pada tahun 2005.
Suruhanjaya ini yang dipengerusikan oleh Bekas Ketua Hakim Negra, Tun Mohamed Dzaidin telah mencadangkan beberapa elemen penting dalam menambahbaik pasukan PDRM.
Salah satu elemen penting adalah dengan penubuhan sebuah Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Cadangan ini turut mendapat sokongan Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Perdana Menteri kelima).
Namun sehingga kini tidak ada perlaksanaan ke atas cadangan ini dan tiada sebarang usaha serius pihak kerajaan untuk mempertingkatkan kepercayaan rakyat kepada pasukan PDRM.
Kita berharap tindakan segera dapat dilakukan ke atas ketiga-tiga pegawai polis yang terlibat dalam kes ini seperti mana yang telah dijanjikan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang.
Kita juga menuntut kebertanggungjawaban Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menyegera dan menangani kes ini. Kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan guaman kepada pengadu melalui pasukan peguam Pakatan Rakyat bagi menunjukkan bahawa kita mengambil berat tentang perkara ini.
Datuk Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

Kes polis rogol warga Indonesia: KDN didesak bertindak serius


Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak mengambil tindakan serius berhubung tiga polis didakwa merogol warga Indonesia di Prai, baru-baru ini.
Mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab itu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menyifatkan polis terbabit umpama ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.
“Rakyat Malaysia, khususnya warga Pulau Pinang mendesak agar dakwaan ini dipandang serius oleh pihak pasukan PDRM dan KDN. Tambahan pula kes ini melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan jiran tetangga, Indonesia.
“Kita berharap tindakan segera dapat dilakukan ke atas ketiga-tiga pegawai polis yang terlibat dalam kes ini seperti mana yang telah dijanjikan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang,” katanya pada kenyataan.
Berharap kejadian sama tidak berulang, Naib Presiden KEADILAN itu menggesa supaya langkah penambahbaikan pasukan PDRM dilaksana segera.
“Saya mengulangi ketegasan pihak Kerajaan Pulau Pinang bahawa langkah penambahbaikan pasukan PDRM hendaklan dilaksanakan tanpa berlengah-lengah lagi sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang dibentuk pada tahun 2005.
“Suruhanjaya ini yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaidin telah mencadangkan beberapa elemen penting dalam menambahbaik pasukan PDRM,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu.
Sementara itu, PAS yang diwakili Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, memberi jaminan polis yang terlibat dalam kes tesebut tidak akan terlepas daripada hukuman.
Katanya, jika benar berlaku seperti yang didakwa, itu bukan menggambarkan imej pasukan polis negara ini, sebaliknya peribadi mereka.

Monday, November 12, 2012

500 peserta bersama TKM 1 sepetang main Sepakraga Tuju

Gambar menceritakan segala-galanya.... 

500 peserta bermain dalam kebun kelapa sawit di Kuala Mengkuang
Adun Penanti YB Dato' Mansor Othman tunjuk bakat main sepakraga :-)

Sunday, November 11, 2012

Betapa mesranya TKM 1 bersama masyarakat India Penanti

Masyarakat India sedang tekun mendengar ucapan YB Dato' Mansor Othman Adun Penanti merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang di Yayasan Aman.
Sokongan mereka tidak berbelah bagi kepada Adun Penanti
Cikgu Arumugam wakil masyarakat India Penanti dan Permatang Pauh turut memberi ucapan sambutan Deepavali dan beliau memberi jaminan bahawa sokongan masyarakat India akan berterusan menyokong Adun Penanti dan amat berharap Pakatan Rakyat akan berjaya tawan Putrajaya.
YB Dato' Mansor Othman bermurah hati memberi sumbangan sempena Deepavali kepada masyarakat India penganut Hindu di Penanti
Seramai 100 orang masyarakat India menerima bantuan dari Adun Penanti
Anak kecil India begitu gembira menerima layanan Wakil Rakyat Penanti, sampai beliau tambah dua kali.
Betapa mesranya YB Dato' Mansor Othman melayani masyarakat India, mereka amat terharu dengan layanan istimewa YB Dato' Mansor Othman
Orang-orang kuat YB Dato' Mansor Othman

Thursday, November 8, 2012

TKM 1 turun padang tengah malam tinjau masalah rakyat

Pak Mat Desa mengadu bekenaan air sungai Kulim sering memasuki rumah beliau jika hujan lebat lebih dari sejam.

Penerangan oleh Jurutera Daerah JPS Encik Anuar berkenaan hujan lebat dari Kulim yang mengakibatkan limpahan air sungai membanjiri beberapa rumah di Kuala Mengkuang pada sekitar jam 11 malam.

turun padang meninjau masalah rakyat
Tinjauan TKM 1 berakhir jam 12.45 malam dan mengharapkan Pihak JPS SPT dapat melakukan sesuatu tindakan untuk mengatasi masalah limpahan air sungai tersebut.

TKM 1 santai bersama JKKK, Briged Pmtg Pauh dan PPS Penanti.

TKM 1 YB Dato' Mansor Othman menyampaikan amanat penting diambang pilihanraya.



Cikgu Azmee Pengerusi JKKK Kubang Ulu/Kuala Mengkuang

Ahmad Isa Pengerusi JKKK Mengkuang Mak Sulong.

Hj. Bakar Pengerusi JKKK Padang Ibu.

Saudara Rosli Ahmad Setiausaha JKKK Guar Perahu.

Saudara Shukri Hamid Pengerusi JKKK Tanah Liat MK 9
Saudara Rosli Ahmad Setiausaha JKKK Mengkuang Titi.

Ahli JKKK Wanita Penanti yang turut serta dalam majlis santai yang begitu meriah...
Ahmad Mahmud dari JKKK Kg. Mengkuang begitu terharu dan bersemangat menerima uniform baru dari TKM 1
Satu kelebihan TKM 1, beliau mesra rakyat...layan diri bersama rakyat..Gulai ikan temenung lemak memang menjadi kegemaran sejak dulu lagi..
JKKK Sg Lembu turut hadir diketuai oleh Tan Sing Lee

Happy Deepavali...semua dijemput hadir,,,


Monday, October 29, 2012

TKM 1 Pulau Pinang lancar sistem eJKKK

Peserta Majlis Pelancaran eJKKK

Secara umumnya objektif sistem eJKKK ialah:

1. Menyediakan akses maklumat berkaitan JKKK secara atas talian secara mudah dan cepat.

2. Memantapkan proses pemantauan aktiviti dan prestasi JKKK secara lebih tepat dan cepat.

3. Mewujudkan persekitaran komunikasi dan pengkalan data yang lebih cekap antara Pejabat Timbalan Ketua Menteri (I), Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan, Pejabat Daerah dan JKKK.

TKM 1 Melancarkan eJKKK
4. Mewujudkan budaya ICT dalam pentadbiran setiap JKKK Negeri Pulau Pinang. Sistem ini telah dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (SUK) serta Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) bermula pada tahun 2010 dan siap sepenuhnya untuk ujian penggunaannya pada awal tahun 2012 ini.

Kini, sistem Fasa Pertama yang telah siap sepenuhnya ini membolehkan urusan seperti pendaftaran dan penamatan keahlian JKKK boleh dilakukan secara atas talian (online) tanpa melalui proses dokumentasi yang panjang. Selain itu, sistem ini juga menyediakan maklumat data yang lengkap mengenai struktur organisasi dan maklumat peribadi setiap ahli JKKK seluruh negeri Pulau Pinang.

Jika sebelum ini data hanya di kumpulkan di dalam rekod di setiap pejabat daerah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kini data tersebut dapat di akses dengan mudah, cepat dan tepat oleh sesiapa sahaja selepas sistem ini di buka untuk akses umum.

Namun, untuk permulaan fasa pertama ini pihak berkuasa negeri yang terdiri daripada Pejabat Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) sahaja dibenarkan untuk menggunakan sistem ini.

Pihak Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri kini sedang giat memuat-naik data tambahan seperti info dan peta kawasan, senarai kemudahan, maklumat pasar malam, Pasukan Peronda Sukarela, pelaksanaan mesyuarat bulanan, pembayaran elaun dan aktiviti-aktiviti JKKK ke dalam sistem eJKKK ini yang telah memasuki pembangunan fasa ke-2.