Pages

Tuesday, May 11, 2010

SOLAT JUMAAT DI MASJID TUAN ABDULLAH, TANAH LIAT






7 Mei : Y.B. Mansor telah turun ke DUN Penanti untuk solat Jumaat berjemaah bersama penduduk di Tanah Liat, Penanti. Selain itu juga kehadiran Y.B. adalah untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh anak qaryah masjid. Dalam pertemuan yang tidak fomal ini juga, YB Mansor telah meminta pihak Pejabat Daerah untuk menguruskan peruntukan bagi membaik pulih masjid sebanyak RM 15,000.oo.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI BAGAN












Kerajaan Pakatan membantu tanpa kira fahaman politik

BUTTERWORTH, 8 Mei: Timbalan Ketua Menteri, Dr Mansor Othman berkata, bantuan yang disampaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat tidak memilih latar belakang politik sebaliknya terus kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, kerajaan negeri akan memberikan bantuan kepada sesiapa pun tanpa mengira latar belakang politik tetapi atas dasar kemiskinan berbanding di era kepimpinan Umno dahulu.

Lazimnya, kata beliau PUZ akan memberikan bantuan kepada mereka yang mengalami kesukaran hidup atau mempunyai keluarga yang daif.

"Inilah agenda Kerajaan Pakatan Rakyat berlainan dengan apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang asyik mementingkan politik sempit dengan membiarkan orang Melayu berada di paras kemiskinan untuk menyenangkan mereka menyalurkan bantuan ketika pilihan raya kecil atau umum," tambahnya.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis penyerahan kunci kepada pemilik rumah PUZ di Jalan Mengkuang, semalam.

Sembilan orang mangsa bencana alam di Jalan Mengkuang, Penaga dan Bayan Baru mendapat peruntukan hampir RM200,000 untuk membaiki kerosakan rumah termasuk dua rumah sumbangan Pusat Urus Zakat (PUZ) bernilai RM33,000 sebuah menggantikan rumah yang terbakar penghujung tahun lalu.

Pengarah PUZ Negeri Pulau Pinang, Dr Azman Abdul Samat memberitahu, kesemua mangsa memperolehi berdasarkan mengikut kos kerugian masing-masing.

"PUZ memberikan rumah beranggaran RM33,000 berkeluasan 20 x 34 kaki persegi dengan mempunyai tiga bilik tidur. Yang lain kita bagi bentuk wang tunai ada yang RM6 ribu, RM5 ribu dan RM2 ribu," jelasnya.

Turut sama dalam program tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Ellias Zakaria, timbalannya, Ustaz Saleh Man dan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Mohd Farid Arshad

Sunday, May 9, 2010

Pertandingan Memancing kg. Terus



Seramai 200 peserta telah menyahut cabaran memancing di Kg. Terus, Penanti. Majlis yang telah dirasmikan oleh Y.B. Mansor bin Hj. Othman ini merupakan salah satu program anjurang JKKK Guar Perahu dan merupakan julung-julung kali diadakan di Kg. Terus, Guar Jering Penanti.

Friday, May 7, 2010

Wednesday, May 5, 2010

Gambar Sekitar Karnival Rakyat Harmoni

Karnival Rakyat Harmoni yang berlangsung di Kompleks Sukan MPSP, Bertam mendapat sambutan yang amat menggalakan. Kebanyakan pengunjung begitu gembira dengan adanya karnival sebegini di Parlimen Kepala Batas.

Karnival di bawah naungan MMK Perhubungan Masyarakat ini adalah julung-julung kali diadakan di Pulau Pinang akan diadakan di setiap daerah seluruh Pulau Pinang. Berikut adalah gambar-gambar sekirat Karnival Rakyat Harmoni.










Monday, May 3, 2010

Acara Penutup Karnival Rakyat Harmoni








2 Mei 2010: Walaupun jadual beliau pada hari Ahad padat dengan pelbagai aktiviti, namun itu bukan alasan bagi Y.B. Mansor bin Hj. Othman untuk sama-sama menyertai acara penutup Karnival Rakyat Harmoni di Kompleks Sukan MPSP, Bertam.

Kehadiran pada malam tersebut begitu menggalakan. Orang ramai yang hadir ke majlis tersebut berpusu-pusu untuk tidak melepaskan peluang membeli belah saat-saat terakhir. karnival yang berjalan selama 10 hari tersebut dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam menerima lebih kurang 5000 pengunjung.

Y.B. Mansor turut diberikan peluang untuk mencabut undi bagi hadiah cabutan bertuah yang berupa sebuah motosikal. Hadiah utama bagi acara cabutan bertuah tersebut adalah sebuah kereta proton Iswara.

Rata-rata pengunjung yang hadir menyifatkan program karnival ini sebagai satu program yang baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang. Kemeriahan sambutan karnival ini juga diserikan dengan kehadiran beberapa artis popular seperti Kumpulan Rabbani, Dato' Ustazah Siti Norbahaya, Amy Search, Akli Hayy dan ramai lagi.

Sunday, May 2, 2010

Kempen Daftar Undi Di Queensbay Mall






Semalam 1 Mei merupakan hari buruh kepada seluruh rakyat Malaysia. Seperti yang diketahui umum Hari Buruh merupakan cuti umum bagi seluruh pekerja di Malaysia. Dalam kesempatan cuti umum ini Pakatan Rakyat telah mengadakan Kempen Daftar Undi di seluruh kompleks beli belah di seluruh negeri Pulau Pinang.

Y.B. Mansor telah hadir merasmikan majlis ini di Queensbay Mall yang merupakan salah satu pusat membeli belah yang turut menganjurkan Kempen Daftar Undi ini. Lebih kurang 20 0rang petugas terlibat untuk memberikan penerangan kepada masyarakat untuk terlibat dalam keputusan pilihanraya.

Y.B. Mansor turut menggesa supaya pihak SPR untuk memberikan pendaftaran automatik kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun agar mereka dapat terlibat dalam proses demokrasi.

Majlis ini hasil kerja kuat Y.B. Sim Tzi Zin yang merupakan ADUN Pantai Jerjak. Pihak Y.B Mansor mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas yang berusaha memastikan kempen ini berjalan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada pihak media yang hadir membuat liputan.

Friday, April 30, 2010

Sumbangan Kepada Masyarakat India di Penanti




Sempena dengan meraikan tahun baru bagi kalender Masyarakat India, Y.B. Mansor bin Othman menyampaikan sumbangan kepada masyakarat India di Penanti.

Wednesday, April 28, 2010

KARNIVAL RAKYAT HARMONI

Kepada seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang,

Dijemput hadir beramai-ramai dalam program Karnival Rakyat Harmoni

Tarikh: 23 April - 2 Mei 2010

Masa: 10.00 pagi - 11.00 malam

Tempat: Kompleks Sukan MPSP, Bertam

Tentatif program:

23 APRIL 2010 (Jumaat) - Program Mutiara Infaq bersama Anak-anak Yatim (9.00 mlm)

- Perasmian Karnival Rakyat Harmoni oleh TKM 1 Pulau Pinang (10.00

mlm)

- Bersama bekas Vokalis Kum. Rock Melissa – Sdr. Radzi


24 APRIL 2010 (Sabtu - Program Semanis Rasa Bersama

-Dato’Ustazah Siti Nurbahyah & Ust Wan Akashah (9.45)


25 APRIL 2010 (Ahad) - Bersama composer Paklong ‘Selagi Ada Rindu’ (9.30 mlm)


26 APRIL 2010 (Isnin) - KENDURI RAKYAT (12.00 T/HARI – 3.00 PTG / selagi ada)

- Ceramah Perdana Oleh Ust. Roslan Che Ros (9.30 mlm)


27 APRIL 2010 (Selasa) - bersama Kum. Nasyid Rabbani (9.45 mlm)


28 APRIL 2010 (Rabu) - Penampilan istimewa Aishah (10.00 mlm)


29 APRIL 2010 (Khamis) - Konsert Rakyat Harmoni bersama Amy Search & Kum Rabbani (9.30

mlm)


30 APRIL 2010 (Jumaat) - Bersama Sdr.Akhil Hayy (9.45)



1 MEI 2010 (Sabtu) - Celoteh bersama D.J Makngah Satirah $ Skuad Kembara Uzai

-Bersama Kum.Nasyid Dzil Afnan



2 MEI 2010 (Ahad) - Cabutan Bertuah - sebuah kereta, motosikal dan barangan elektrik



JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Saturday, April 24, 2010

Laporan Berita Harian melampau – YDP Maipp

PULAU PINANG, 22 April: Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Ellias Zakaria menggangap laporan Berita Harian hari ini bertajuk 'Agong tolak Mansor' bersikap melampau untuk melagakan dirinya dengan Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mansor Othman dan pihak istana.

Beliau ketika dihubungi kesal dengan tajuk berkenaan seolah-olah beliau berselisih mengenai isu tersebut sedangkan dirinya dan Dr Mansor mempunyai hubungan yang akrab.

"Pagi tadi saya telah menelefon Dr Mansor menjelaskan keadaan sebenar supaya Dr Mansor tidak terkejut dengan tajuk berita itu. Saya langsung tidak menyentuh tentang cadangan kerajaan negeri mencadangkan Dr Mansor tetapi hanya bercakap Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dirinya sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) sehingga 31 Disember 2011, " terangnya.

Cerita itu sengaja direka untuk memecahkan perpaduan yang nyata kukuh walaupun jawatan YDP Maipp menjadi kontrovesi setelah Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan daripada Barisan Nasional (BN).

Akhirnya jawatan YDP Maipp telah diselesaikan dengan penuh harmoni apabila bekas YDP Maipp lalu, Shabudin Yahya meletakkan jawatan pada bulan Januari lalu.

Beliau berharap semua berita yang disiarkan menepati kehendak lojik atau apa yang disebut bukan berlandaskan motif tertentu untuk melagakan seseorang.

"Buatlah berita yang benar jangan mencipta apa yang tidak disebut, mudah-mudahan tidak menimbulkan kontroversi yang baru, " jelasnya.

Sumber : harakahdaily