Pages

Monday, November 9, 2009

Gotong Royong di Sg. Semambu, Penanti




Majlis Ulangtahun ke 18 Persatuan Pengilang Plastik Pulau Pinang

Penyamapaian sumbangan berjumlah RM 10,000 kepada Sekolah Menengah Jit Sin, Bukit Mertajam hasil dari pertadingan amal yang dijalankan oleh pihak persatuan.


Merasmikan Galeri Seni Lukis Melayu Pulau Pinang



Melawat Keluarga Mangsa Lemas di Penanti



Penanti: YB Masor meluangkan kira-kira 20 minit bersama keluarga mangsa lemas di Penanti. Kanak-kanak malang tersebut sebelum ini hilang sebelum ditemui meninggal dunia akibat lemas.

Projek Mendalamkan Sungai Mengkuang


Saturday, November 7, 2009

Konvensyen KEADILAN Negeri Pulau Pinang


8 November 2009
Dewan Tunku, KOMTAR

Monday, November 2, 2009

Sembang-Sembang Forum on Two Party System

YB Mansor Othman dan Datuk Zaid Ibrahim dalam Sembang-sembang Forum yang membincangkan isu "Two Party System" yang dianjurkan oleh YB Sim Tze Tzin.

Sunday, November 1, 2009

18 bulan Pakatan tadbir P. Pinang dengan jayanya

18 bulan Pakatan tadbir P. Pinang dengan jayanya
Dzulfikar Mashoor Sat | Oct 31, 09 | 5:01:16 pm MYT(harakahdaily)

IPOH, 31 Okt: Walaupun baru 18 bulan memerintah kerajaan Pulau Pinang, Pakatan Rakyat berjaya melakukan pelbagai perubahan.

Ianya termasuk menangani kemiskinan tegar rakyat yang gagal diselesaikan sejak 51 tahun Umno memerintah kerajaan negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pagi tadi menjelaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat telahpun melaksanakan insentif RM500 kepada setiap keluarga miskin di negeri itu.

"Umno perintah Pulau Pinang 51 tahun dengan dasar pecah (dan) perintah...mereka gagal selesaikan isu kemiskinan tegar. Kita perintah, kita pastikan setiap keluarga miskin tegar dapat RM500," tegas.

Ujarnya, Umno dan BN memperlekah dasar itu akan kerana ia akan menjadikan kerajaan bankrup.

"Mereka kata kerajaan kita akan bankrup kalau terus beri duit kepada rakyat. Kalau beri rasuah kepada mereka tak apa. Inilah dasar Umno," jelasnya lagi.

ImageKetika membentangkan kertas kerja Pengalaman Pulau Pinang: Perpaduan Kaum dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak, Guan Eng juga menjelaskan bahawa kerajaan negerinya mengamalkan prinsip ketuanan rakyat.

"Saya lebih suka guna perpaduan rakyat dari guna perpaduan kaum seperti Umno...kerana perpaduan kaum akan menjadikan semua kaum lebih mementingkan (dari) nilai Malaysia," tegas.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang membangunkan prasarana wireless secara percuma agar rakyat diperkasa dengan maklumat.

Tambahnya lagi, kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang juga melaksanakan beberapa dasar kebajikan untuk kepentingan rakyat.

"Di Pulau Pinang beri elaun kepada Huffaz (penghafal al-Quran)...iktiraf lebih 100 Huffaz dengan beri sijil dan elaun tertentu kerana mereka penting untuk jaga rakyat."

"Kita (kerajaan negeri) jalankan skim pinjaman mikro kredit Islam kepada ibu-ibu tunggal."

Beliau yang juga Setiausaha Agong DAP menegaskan kerajaan boleh melaksanakan kebajikan kepada rakyat kerana kerajaan negeri mengamalkan penjimatan, ketelusan dan amanah.

"Kerajaan juga boleh kongsi kekayaan dengan rakyat kerana kerajaan dapat jimat RM38 juta...12 peratus...kita tak kebas (curi), kita bagi pada rakyat."

"Kita laksana tender terbula dengan e-tender. Kalau dulu (Umno) guna kabel politik, kita (Pakatan) guna kabel komputer secara adil dan amanah."

Beliau juga menjelaskan bahawa Pulau Pinang merupakan kerajaan negeri pertama mendapat pengiktirafan dari Agensi Transperansi Antarabangsa (TI). _