Pages

Sunday, March 27, 2011

Dana Pilihanraya KEADILAN dDilancarkan

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 25, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PELAJAR MALAYSIA DI MEDAN, INDONESIA

Pada 19 Mac 2011 (Sabtu) yang lalu, bertempat di Grand Swiss Bell Hotel Medan, Indonesia telah diadakan Majlis Makan Malam & Ramah Mesra bersama pelajar Malaysia di Medan. Majlis yang bermula pukul 8 sehingga 11malam ini mendapat sambutan diluar jangkaan dengan lebih daripada 250 orang pelajar dari pelbagai jurusan di Universiti sekitar Medan seperti Universitas Sumatera Utara (USU), Universitas Negeri Medan (UNIMED), Universitas HKBP Nommensen, Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara dan beberapa institusi pendidikan yang lain.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Wakil Persatuan Pelajar Malaysia di Medan, seterusnya ucapan oleh Consul General Malaysia di Medan Puan Norlin Othman. Majlis seterusnya di susuli oleh ucapan amanat oleh YB. Dato’ Mansor Bin Haji Othman kepada semua pelajar yang disambut dengan penuh tepukan gemuruh apabila menyentuh soal kejayaan Kepimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mentadbir negeri sejak tahun 2008.





Sesi dialog turut diadakan dengan YB. Dato’ Mansor sebagai panelis disamping Yang Berhormat Dato’ Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri P.Pinang dan Puan Norlin Othman yang turut sama menjawab persoalan daripada para pelajar.

Pada penghujung majlis tersebut, YB. Dato’ Mansor turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM3000.00 daripada Kerajaan Negeri P. Pinang kepada Persatuan Pelajar Malaysia di Medan.







Thursday, March 24, 2011

Perasmian Ranting Kampung Pelet

YB Dato' Mansor dan YB Law Choo Kiang berucap di Kg Pelet dalam Majlis Penubuhan Ranting KEADILAN di Kg Pelet.


Penubuhan ini akan memperkuatkan lagi kekuatan KEADILAN di Permatang Pauh.

YB Dato' turut menerangkan isu-isu semasa tentang pilihanraya di sarawak dan juga Isu Fitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ranting Kg Pelet di ketuai oleh Sdr. Maudi Bin Azizan. Dalam majlis ini juga seramai 95 ahli baru menyertai KEADILAN .

- Posted using BlogPress from my iPhone


CERAMAH PERDANA : Siapa Tok Dalang Fitnah 3

Siapa dalang fitnah 3

Tarikh : 26hb March 2011 (Sabtu)
Masa : 9.30 malam
Penceramah :
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Dato' Mansor Hj Othman
4. YB Dato' Johari Abdul

Semua dijemput hadir dan sebarkan

Solat Hajat di Masjid Bandar Perda selepas Maghrib.




Ceramah Perdana FITNAH II & III akan diadakan di Padang Awam Taman Pauh Indah (Belakang Restoran ABC Corner) pada 26 Mac 2011 (Sabtu) selepas Solat Hajat Perdana diadakan di Masjid Bandar Perda, Bukit Mertajam sesudah Solat Maghrib pada hari yang sama.

Antara penceramah yang hadir adalah YAB Lim Guan Eng, YB Dato' Johari Abdul, Sdr Khalid Jaafar, YB Dato Mansor Othman dan juga DS Anwar Ibrahim..

Satu ceramah yang akan memberikan penjelasan tentang isu Fitnah II dan juga Fitnah III yang didalangi oleh UMNO..

Seluruh Rakyat Malaysia yang tidak mahu FITNAH dijadikan budaya hidup kita, tak kira dipelusuk mana anda berada dijemput hadir!!!

Thursday, March 3, 2011

Laporan Berita Sinar Harian 2 Mac 2011

P Pinang bagi RM2,000 pelajar kembali ke Mesir



P Pinang bagi RM2,000 pelajar kembali ke Mesir
Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 2 Mac: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menyerahkan RM2,000 kepada 318 pelajar Mesir dari negeri ini termasuk anak kepada Yang bekas Dipertua Majlis Agama Islam (Maipp), Shabudin Yahya.

Sumbangan tersebut adalah pembuka tirai negeri pertama menyerahkan sumbangan berbanding negeri lain di Malaysia.

Sebelum ini Pulau Pinang juga mendahului mengumumkan peruntukan dan mengadakan perjumpaan antara pelajar dan waris pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri yang diadakan di Dewan Sri Pinang baru-baru ini.

Pada peringkat awal Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria telah bertekad memberi keringanan kepada ibu bapa dengan mengeluarkan wang menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) sekurang-kurangnya RM1,000 seorang.

Tetapi, setelah perbincangan dalam mesyuarat Exco semua sepakat menambah RM1,000 lagi daripada kerajaan negeri menjadikan RM2,000 semuanya.

Pada program yang dimulai meraikan pelajar dan ibu bapa dengan makan tengah hari itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hasil penjimatan akhirnya banyak perkara boleh Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakannya termasuk bantuan berkenaan sebagai meringankan tanggungan ibu bapa.

Slogan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) membawa kebaikan walaupun pada awal pemerintahan terpaksa berhadapan cercaan dan hutang peninggalan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Selepas mempekenalkan dasar CAT pada umum ia terus melonjak terutamanya para pelabur yang bertambah sejak kebelakangan ini.

"Tentu pelajar tertanya-tanya apakah CAT. Ia bukan kucing sepertimana yang selalu dihebohkan oleh Umno sebaliknya pentadbiran yang menjurus kepada kebebasan, keadilan dan jauh daripada sikap rasuah," ujar Guan Eng.

Sementara itu, Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, Muhamad Hilmi Mohd Yusuf menyifatkan, bantuan itu sebagai galakan terhadap pelajar untuk teruskan belajar di serata univesiti di Mesir.

"Saya mewakili keseluruhan pelajar ucap terima kasih yang tidak terhingga dan berharap kerajaan negeri dapat pula ke sana menziarahi kami sebab sampai saat ini belum ada seorang pun kepimpinan negeri yang berbuat demikian," katanya.


P Pinang bagi RM2,000 pelajar kembali ke Mesir